Masakan tradisional adalah masakan yang tak pernah lapuk dek dek hujan dan tak pernah lekang dek panas. Masakan tradisional tetap menjadi pilihan masayarakat kita zaman berzaman.
Untuk resipi kali ini, aku bawakan resipi masak lemak daging cili api daun kaduk iaitu resipi dari arwah nenek aku. Aku ingat, masa kecil-kecil dulu selalu arwah nenek aku yang aku panggil wan masakkan lauk kegemaran keluarga kami ini.
Untuk resipi ini, tambahkan sedikit kerisik bagi penaik rasa. Cuma masa aku sediakan resipi ni haritu, aku tak ada stock kerisik di rumah. Apa pun, selamat mencuba.
Masak Lomak Cili Api Daging Bersama Daun Kaduk
Bahan-bahan ;
1. 300gm daging
2. Segenggam cili api (ikut tahap kepedasan masing2)
3. 3 ulas bawang merah
4. 1 inci kunyit hidup (boleh tukar kunyit serbuk kalau tak ada kunyit hidup)
5. 1 kotak kecil santan Ayam Brand
6. 1 cawan air
7. 1 keping asam gelugur
8. 2 batang serai dititik/diketuk
9. 3 helai daun kaduk
10. 1 sudu garam halus
Kaedah Masakan :
1. Tumbuk halus bawang merah,cili api & kunyit hidup
2. Satukan bahan yang ditumbuk, daging, serai & secawan air dalam periuk.
3. Hidupkan api dan biarkan bahan sehingga hampir kering
4. Bila dah hampir kering masukkan santan & asam gelugur
5. Masukkan daun kaduk
6. Masukkan garam halus
7. Kacau sebati & biar menggelegak
8. Tutup api bila dah nampak santan mula pecah minyak
9. Sedia dihidang.
0 Comments