Resipi Cucur Jawa Viral

by - Friday, April 17, 2020

Siapa suka makan cucur jawa? Atau ni kali pertama korang dengar pasal cucur jawa? Sebenarnya kalau kat kampung aku panggil kuih ni kuih cucur je, tak ada perkataan jawa kat belakang. Masa kecil dulu memang suka sangat kuih ni. 


Kalau arwah mak dan abah pergi pekan sari mesti beli kuih ni. Kuih kegemaran keluarga aku jugak ni sebenarnya. Kami sekeluarga boleh dikatakan gemar kuih ni dari kecil sampai la sekarang. Kuih ni tak susah pun sebenarnya nak buat cuma perlu diperap lama untuk dapatkan bunga yang cantik. Kuali juga memainkan peranan ye! Nak buat kuih ni cantik mesti gunakan kuali yang kecil je.

Jadi, kali ni aku nak kongsikan resipi kuih cucur jawa yang viral ni. Kalau korang ikut betul-betul adunan ni Insyallah korang akan dapat kuih cucur yang sedap dan lembut walaupun sejuk.


Resipi Cucur Jawa Viral (Setengah Adunan)


Bahan-bahan :

1. 1 cawan tepung gandum
2. 1 cawan tepung beras
3. 1/2 cawan gula merah
4. 1/ cawan gula putih
5. 1 cawan air

* Gula tu korang boleh kurangkan jadi setengah cawan jika korang jenis tak suka terlalu manis.

Cara-cara memasak :

1. Satukan semua bahan diatas, kacau sebati dan perap 5-6 jam (aku suka perap semalaman ; jangan masuk dalam peti ais ye)
2. Selepas dah perap, panaskan minyak ke dalam kuali (minyak jangan terlalu banyak dan jangan terlalu sedikit)
3. Curahkan adunan menggunakan senduk (masak 1 keping dalam 1 masa)
4. Balik-balikkan kuih supaya masak sekata
5. Tutup api dan sedia dihidang.



Kalau korang masih kurang faham resipi di atas, aku ada sediakan video tutorial cara memasak kuih cucur jawa ni. Selamat menonton dan selamat mencuba.



Artikel berkaitan

3 comments

  1. Senangnya bahan dan membuatnya..nak try laaa..tapi nengok yang buat tak jadi tu kan, seram gile kejadiannyaa hahahaha...agak jadi Sis up, kalau tak jadi, diam je laa hahahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha sure jadi sis if ikut step kte bulat2. Make sure guna kuali paling kecil n refer video camne nak buat hehe..

      Delete
  2. Pernah buat sekali tapi tak kerinting tepi dia. Nak cuba lagilah tapi kena beli kuaki dulu

    ReplyDelete