Kuih Cek Mek Molek Antara 255 Item Warisan Kebangsaan

Siapa suka makan kuih cek mek molek? Tahu tak korang bahawa kuih cek mek molek adalah antara 255 item Warisan Kebangsaan yang telah diisytiharkan pada 17 Oktober 2018 oleh Menteri Pelancongan, Seni dan Kebudayaan ketika itu iaitu Datuk Mohammadin Ketapi pada Majlis Pengisytiharan Warisan Kebangsaan 2018.


Kuih tradisi dari negeri Cik Siti Wan Kembang ini sangatlah mudah dibuat dan rasanya sangatlah sedap. Kali ini aku nak berkongsikan cara nak masak kuih cek mek molek ni supaya korang boleh buat sendiri untuk minum petang bersama keluarga.


Resipi Kuih Cek Mek Molek


Bahan-bahan :

1. Keledek
2. Tepung Gandum
3. Gula

Cara Membuat :

1. Rebus keledek hingga empuk (ketepikan & disejukkan)
2. Bila keledek dah sejuk, lenyekkan hingga betul-betul hancur
3. Masukkan tepung gandum. Suka aku nak ingatkan disini, tepung jangan diletak terlalu banyak. Memadailah sehingga adunan boleh dibentuk sebab bila terlalu banyak tepung, kuih akan menjadi liat dan keras.
4. Buat bentuk agak membujur dan masukkan 1 sudu kecil gula.
5. Panaskan minyak dalam kuali.
6. Goreng sehingga kekuningan.
7. Sedia dihidang



Kuih ni jangan makan ketika panas-panas sangat sebab dikhuatiri mulut akan melecur dengan gula yang cair didalam kuih. Seeloknya makan ketika agak suam. Selamat mencuba ye semua.

Seperti biasa, aku sediakan video untuk korang lebih memahami bagaimana cara membuat kuih cek mek molek ini.




Post a Comment

0 Comments