Kekal Berhubung dan Berhibur Dengan Yoodo Sepanjang Tempoh PKP

Sedar tak sedar kita dah masuk fasa ke-3 di dalam Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) untuk memerangi Covid-19. Secara jujur, sesuatu yang tak terjangkau dek akal bila kita semua boleh menghabiskan masa sebulan di rumah tanpa aktiviti keluar rumah dan bebas seperti dulu.

Bagi aku sendiri, sukar sebenarnya menghabiskan masa di rumah tanpa internet. Aku pasti semua pun begitu, namun pastikan kita tidak membazir dan pilihlah pelan internet yang paling menjimatkan. Disebabkan itulah aku begitu tertarik dengan Yoodo.


Yoodo? Apa Itu Yoodo?

Bagi mereka yang kali pertama mendengar perkataan Yoodo, Yoodo adalah perkhidmatan mudah alih digital bebas yang dimiliki dan dikendalikan oleh Celcom Axiata Berhad. Ia menawarkan perkhidmatan mudah alih pertama yang benar-benar disesuaikan di negara ini dengan ketelusan, fleksibiliti dan kemudahan pelanggan sepenuhnya.


Pendek kata, ia adalah perkhidmatan yang sangat diperlukan di Malaysia dengan menggunakan line Celcom sepenuhnya.



Kekal Berhubung Dengan Pelan Menarik Yoodo

Kekal Berhubung Dengan Pelan Menarik YoodoYoodo baru-baru ini mengumumkan barisan inovasi produk baru yang menarik sebagai sebahagian daripada perayaan ulang tahun ke-2 mereka. Sempena ulang tahun ke-2 itu , mereka juga mengumumkan pelbagai promosi dan tawaran baru dalam tempoh PKP. Produk, promo dan tawaran baru ini telah banyak membantu rakyat Malaysia melalui tempoh sukar ini.


Menurut Head of Yoodo iaitu Mr. Chow Tuck Mun "Kami memahami bahawa ini adalah masa-masa sukar bagi semua rakyat Malaysia, dan kami ingin melakukan semua yang kami mampu untuk membantu pengguna kami," 

"Sama ada terus berhubung dengan orang tersayang, mengikuti berita terkini atau hanya menikmati permainan, muzik atau video kegemaran anda dalam talian, Yoodo ingin memberi peluang kepada pengguna kami untuk tetap selamat di rumah dan pada masa yang sama untuk terus berhubung. "

"Inovasi produk terbaru kami ditambah dengan promosi dan tawaran semasa menjadikan Yoodo sebagai telco terbaik untuk digunakan dalam jangka masa yang belum pernah terjadi sebelumnya untuk negara dan masyarakat kita," tambah Tuck Mun.

Untuk tempoh yang sukar ini, Yoodo cuba merawat kedukaan penduduk Malaysia dengan memperkenalkan ;

  •          Renew Anytime

Satu ciri baru yang menjadikan Yoodo satu-satunya telco di Malaysia yang membolehkan pengguna menyesuaikan sepenuhnya data, suara dan SMS rancangan mudah alih mereka di mana sahaja dan pada bila-bila masa tanpa perlu menyelesaikan kitaran bulan penuh.

  •          Power Pass

Data fleksibel yang menawarkan 100GB data selama 60 minit dengan harga RM2. Yoodo turut melancarkan data tambahan baru untuk TikTok, Viu dan Call of Duty Mobile. Wahhh..memang asyik la aku nak terus aktif di TikTok dan habiskan drama bersiri yang viral sekarang iaitu  World of Married Couple tu hahaha..


Bukan tu je, untuk masa terdekat ni Yoodo turut akan memberi tambahan buat Mobile Legends:Big Bang. Wah..sakan la korang yang gamers tu.

Untuk memberi penghargaan kepada pengguna Yoodo atas kesetiaan mereka, Yoodo telah melancarkan Yoodo Rewards. Pelanggan yang telah membeli sebanyak 10 Tambahan akan mendapat 1 percuma dan mereka yang telah membeli pas Roam Like Home bernilai 10 hari akan mendapat 1 hari tambahan percuma.


Promosi & Tawaran

Berita baik untuk semua, Yoodo juga telah membawa kembali 20GB atas permintaan ramai dengan hanya RM20. Promo ini membolehkan pengguna membeli 20GB data berkelajuan tinggi kepada pengguna mengikut kehendak mereka. Maksudnya korang boleh pilih pelan mengikut kesesuaian korang.

Untuk memastikan rakyat Malaysia tetap terhubung dan berhibur di seluruh MCO, Yoodo menyediakan semua data internet percuma kepada semua pengguna setiap hari. Tawaran data percuma Yoodo bermula pada 30 Mac dan berterusan sehingga 28 April 2020, yang penting ianya 24 jam tau! Bukan macam sesetengah telco yang hadkan penggunaan antara jam 8 pagi hingga 6 petang tu.


Walaupun Yoodo masih memberikan penghantaran SIM secara percuma melalui surat biasa, mereka juga telah mengumumkan potongan harga untuk penghantaran kad SIM ekspres. Kini pengguna baru boleh mendapatkan kad SIM Yoodo yang dihantar terus ke depan pintu rumah mereka dalam masa 2 jam melalui penghantaran ekspres dengan harga hanya RM5 berbanding harga sebelumnya iaitu RM15. Tawaran istimewa berkaitan MCO ini sudah berkuat kuasa dan dilanjutkan sehingga 30 April 2020.

Untuk maklumat lebih lanjut mengenai Yoodo dan pelbagai pengumuman sila lawati: www.yoodo.com.my.

Jadi tunggu apa lagi? Marilah kita bertukar kepada Yoodo.

Post a Comment

0 Comments