Cara Pengurusan Jenazah Yang Terkena Wabak Covid-19

Keadaan wabak virus Covid-19 semakin meruncing saat ini. Malaysia telah tersenarai sebagai negara yang paling tinggi kes wabak ini di Asia Tenggara. Dengan bilangan kes sebanyak 790 dan 2 kematian (sehingga artikel ini ditulis pada 19/03/2020), keadaan ini sangat membimbangkan.


Pasti semua dah tahu tentang apa itu Covid-19 kan? Jika belum pasti boleh semak semula artikel-artikel aku sebelum ini yang banyak aku kongsikan. Seperti yang semua tahu, virus Covid-19 ini sangat merbahaya dan terlalu cepat merebak. Disebabkan itu, cara pengurusan jenazah juga adalah sangat berbeza. Jadi untuk artikel kali ini aku nak kongsikan tentang cara pengurusan jenazah ketika di serang wabak.

Cara Pengurusan Jenazah Yang Terkena Wabak Covid-19

Buat pengetahuan semua, pengurusan jenazah untuk mangsa wabak Covid-19 adalah sama sepeti pengurusan jenazah ketika wabak Ebola melanda. Sebelum aku pergi lebih lanjut mengenai cara pengurusan jenazah bagi mangsa Covid-19, suka aku nak kongsikan sedikit tentang wabak Ebola.



Apakah Itu Wabak Ebola?

Penyakit virus Ebola (EVD) atau Demam berdarah Ebola (EHF) ialah penyakit yang menyerang manusia disebabkan oleh virus Ebola. Virus ini  dikenalpasti dan dianggap sebagai suatu virus penyakit yang amat berbahaya di dunia. Ebola mudah berjangkit dan boleh membawa maut. Dalam 50% - 90% kes jangkitan, penyakit ini mengakibatkan kematian, bergantung kepada jenis virus Ebola punca penyakit. Virus Ebola menyebabkan pesakit menjadi lemah, kekurangan air, lesu dan keliru. Tanda-tanda Ebola yang paling jelas merupakan pendarahan di seluruh tubuh dan di dalam badan. Kematian biasanya berlaku dalam masa 7 sehingga 16 hari disebabkan oleh kejutan dan kehilangan darah yang serius.

Gejala-gejala biasanya bermula dari hari ke-dua hingga ke tiga minggu selepas dijangkiti virus, dengan demam, sakit tekak, sakit otot, dan sakit kepala. Kebiasaannya diikuti rasa loya, muntah-muntah, dan cirit-birit, juga kemerosotan fungsi hati dan buah pinggang. Pada ketika ini, sesetengah orang mula mengalami masalah pendarahan.

Cara Pengurusan Jenazah Mangsa Covid-19 Sama Seperti Cara Pengurusan Jenazah Mangsa Ebola

Menurut kenyataan media Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama)

Sekiranya berlaku kematian akibat COVID-19, pengurusan jenazah hendaklah dilaksanakan mengikut keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa MKI kali ke-107 yang bersidang pada 10-11 Februari 2015 mengenai hukum Pengurusan Jenazah Orang Islam yang Disyaki atau Disahkan Dijangkiti Virus Ebola (Ebola Virus Disease: EVD) di Malaysia. Kelonggaran diberikan sekiranya ada kemungkinan wujud kemudaratan kepada nyawa manusia yang menguruskan jenazah. Jenazah boleh diuruskan melalui prosedur tayammum di atas permukaan beg jenazah atau pembalut plastik yang membalut jenazah tersebut.


Jelas tertulis di atas bahawa cara pengurusan jenazah mangsa Covid-19 sama seperti pengurusan jenazah mangsa Ebola di mana jenazah diuruskan melalui prosedur tayammum di atas permukaan beg jenazah atau pembalut plastik yang membalut jenazah tersebut.

Buat pengetahuan, keluarga mangsa turut dilarang tau untuk mendekati jenazah apatah lagi untuk memberikan kucupan terakhir kepada jenazah. Secara jujur, ketika artikel ini ditulis aku memang menangis..aku tak dapat bayangkan perasaan keluarga jenazah. Dan aku tak dapat bayangkan kalau aku lah jenazah itu!..

Korang, mungkin ketika diawal aku sebarkan tentang Covid-19 di media sosial aku..korang ambil ringan apa yang aku sampaikan. Malah ada yang sinis memerli bila aku menolak menghadiri banyak event-event. Jadi, kali ini cuba la pandang perkara ini dengan serious. Dengarlah saranan kerajaan malah Perdana Menteri juga sampai tahap merayu untuk kita semua tidak berdegil. Ambil lah iktibar apa yang tengah terjadi di Italy sekarang.

Sanggup ke korang menjadi jenazah yang tidak disentuh?? Sejujurnya aku tidak bersedia langsung.


Post a Comment

1 Comments

  1. tu la, pagi tadi tengok live ustaz Fawwaz Fadzil kat FB cakap pasal isu ni..dua malam lepas tertanya2 jugak dan discuss dengan housemate pasal ni, macam mana la deme mandikan jenazah..rupanya hanya perlu tayyamum atau tak perlu apa pun..just kebumikan macam biasa dan solat jenazah ghaib..sebab dah kira darurat dan membahayakan orang lain

    ReplyDelete