Aku ada satu berita baik yang nak dikongsikan dengan korang semua khasnya untuk mereka yang suka membeli belah atas talian.

Zarraz Market Place telah melancarkan Z Store iaitu sebuah aplikasi membeli belah atas talian yang bukan sahaja menguntungkan penjual malah memberi pulangan yang lumayan kepada pembeli.


Zarraz yang mula dirasmikan pada 6 September 2019 lalu mula mendapat perhatian hingga menerima 6 juta kunjungan sehari sehingga hari ini.

Menurut pengasas Zarraz iaitu Dato’ Ahmad Zulfaisal, Zarraz dibangunkan dengan 3 fasa iaitu :

  1. Fasa Pertama : Zarraz Market Place yang berfungsi untuk melindungi jenama premium
  2. Fasa Kedua : Z Store yang berfungsi membantu mereka yang ingin memasarkan produk 
  3. Fasa Ketiga : Z Merchant yang dijadualkan akan dilancarkan pada tahun hadapan yang menggabungkan kedai makan, dobi, agensi pelancongan dan lain-lain 
Dato' Ahmad Zulfaisal, Pengasas Zarraz menerangkan tentang kelebihan Z Store

Sehingga kini 2 fasa telah berjaya dilancarkan. Z Store yang mempunyai ciri-ciri unik seakan-akan gabungan shopee dan grab service ini bukan sahaja memberikan perkhidmatan penghantaran barang melalui pos malah juga menerima tempahan COD iaitu yang pertama seumpamanya di Malaysia malah menurut pengasasnya beliau berani jaminan aplikasi ini adalah yang pertama di Asia. Satu-satunya aplikasi membeli belah atas talian yang menerima tempahan secara Cash On Delivery (COD) dan telah dipatenkan!!

Apakah kelebihan menggunakan Z Store?

Macam yang aku bagitau diawal tadi, Z Store bukan sahaja memberi keuntungan pada penjual malah memberi keuntungan pada pihak pembeli.



Kelebihan menggunakan Z Store antaranya adalah :

  • Memberi pulangan cash (Cashback) dimana setiap pembelian akan menerima pulangan
  • Pembeli yang membuat review mengenai barang yang mereka beli akan menerima ganjaran berbentuk wang. Senang kata setiap review korang akan dibayar!
  • Dapat membeli segala keperluan hanya melalui 1 aplikasi mudah.
  • Terdapat lebih 16 kategori yang  produk yang dijual termasuk kelengkapan rumah, motor, playstation, kecantikan, kishatan dan banyak lagi
  • Bagi mereka yang ingin menjual barangan, sistem ini adalah percuma! Apa yang perlu korang lakukan untuk menjadi penjual (seller) di Z Store ni ialah korang cuma perlu menjadi VIP Shopper di Zarraz dengan berbelanja barangan bernilai 200 mall value dan korang layak menjadi seller di sini!
Tapi secara jujur, apa yang lebih membanggakan aku ialah Zarraz ini adalah hasil usaha dari anak tempatan kita dan ia sudah pastinya100% milik bumiputera.

Pengasas Bersama Zarraz, En. Faizal

Jadi jika korang adalah pemilik produk tempatan, mempunyai kad pengenalan dan SSM yang berdaftar apa kata korang kembangkan perniagaan korang di Z Store!

Buat mereka yang ingin berjaya bersama team Zarraz, pihak Zarraz sememangnya menyediakan kelas secara PERCUMA pada setiap hari Sabtu pada pukul 11 pagi sehingga 4 petang di Bandar Tun Hussien Onn.





Untuk keterangan lebih lanjut, korang boleh mendapatkan maklumat di :

Website : https://zarraz.my/