Tanda-Tanda Kiamat Makin Hampir

Dunia semakin tua..itu hakikatnya dan kita sendiri boleh lihat tanda-tanda kiamat yang disebut oleh Nabi Muhammad S.A.W juga yang tertulis di dalam Al-Quran. Sebagai umat Islam pasti kita mengetahui tentang tanda-tanda kiamat terbahagi kepada dua iaitu kiamat kecil dan kiamat besar.
Gambar sekadar ilustrasi. Sumber : Google
Bagi mereka yang belum pasti, jom kita sama-sama semak apakah tanda-tanda kiamat dan jom kita sama-sama juga menyemak sudah muncul ke tanda itu di zaman kita ini? Oh ye..kebanyakan petikan dalam entry kali ni aku ambil di dalam google & wikipedia yang mana aku tengok lebih lengkap penerangannya, yang itu aku kongsikan dengan korang ye.

1. Tanda-Tanda Kecil Kiamat

Didapati kini bahawa seluruh tanda-tanda kecil telah muncul dan terbukti seperti yang dinyatakan dalam hadis. Kebanyakan hadis ini dapat ditemukan dalam Sahih MuslimSahih Bukhari dan Riwayat Tirmidzi.
  • Orang Tidak Lagi Menyebut Allah.

Dari Anas berkata: Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Salam bersabda: "Kiamat tidak akan terjadi hingga di bumi tidak ada yang mengucapkan: Allah, Allah." (HR.TIRMIDZI).
  • Kabilah Qahthan.

Tidak Akan Terjadi Kiamat hingga seseorang dari Kabilah Qahthan menggiring manusia dengan tongkatnya."(HR.BUKHARI).
  • Orang yang baik berkurang sedang yang jahat bertambah banyak.

Daripada Aisyah r.a. berkata, aku mendengar Rasulullah S.A.W bersabda: “Tidak akan terjadi hari kiamat sehingga anak seseorang menjadi penyebab kemarahan (bagi orang tuanya) dan hujan akan menjadi panas (hujan akan berkurang dan cuaca akan menjadi panas) dan akan bertambah banyak orang yang tercela dan akan berkurang orang yang baik dan anak-anak menjadi berani melawan orang-orang tua dan orang yang jahat berani melawan orang-orang baik “; – (Riwayat Thabrani).
  • Gunung-gunung di Makkah mulai berlubang
Ibnu Syaibah meriwayatkan dengan sanadnya kepada Ya’la ibn Atha’ daripada ayahnya, dia berkata: "Pada suatu hari, aku menuntun tali kekang unta Abdullah ibn Amr, lalu beliau berkata: "Bagaimana pendapat kalian, jika kalian hancurkan Ka’bah dan tidak menyisakan batu yang masih menumpuk?" Mereka menjawab: "Oleh kita yang beragama Islam?"
Beliau menjawab: "Benar, kalian yang beragama Islam." Seseorang bertanya: "Lalu apa lagi?" Beliau menjawab: "Kemudian, ia akan dibangun dengan yang lebih bagus daripadanya. Apabila kalian telah melihat gunung-gunung di Makkah mulai berlubang, dan bangunan-bangunannya menjulang tinggi melebihi pegunungannya, maka ketahuilah bahawa kiamat telah dekat.


  • Bayangan Ka'bah Tidak Lagi Tampak
Suatu ketika, Nabi Muhammad S.A.W pernah menjelaskan pada sahabatnya, "Bahawa kiamat akan terjadi jika as-Sa'ah telah membentangkan bayangannya sehingga bayangan Ka'bah tidak akan tampak."
As-Sa'ah sendiri merupakan salah satu kata kiasan untuk kiamat.


  • Binatang buas berbicara
Daripada Abu Sa'id Al Khudri berkata: Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Salam bersabda: "Demi Dzat yang jiwaku berada di tangannya, tidaklah kiamat terjadi hingga binatang-binatang buas berbicara kepada manusia, hingga ujung cambuknya, tali sandalnya berbicara pada orang dan hingga lututnya memberitahukan padanya apa yang dilakukan keluarganya sepeninggalnya."(HR.TIRMIDZI)
.
  • Keringnya Sungai Eufrat dan Kemunculan Gunung Emas
Sungai Eufrat Mengering.Rasulullah SAW bersabda, ‘’Hari Kiamat tak akan terjadi sebelum Sungai Eufrat mengering dan menyingkapkan 'Gunung Emas' yang mendorong manusia berperang. Sembilan Puluh Sembilan dari Seratus orang akan tewas (dalam pertempuran), dan setiap dari mereka berkata, ‘Mungkin aku satu-satunya yang akan tetap hidup’.’’ (HR Bukhari)


  • Penaklukan Baitulmuqaddis
Daripada Auf b. Malik r.a., katanya, "Rasulullah S.A.W telah bersabda:"Aku menghitung enam perkara menjelang hari kiamat." Baginda menyebutkan satu daripadanya, iaitu penaklukan Baitulmuqaddis." - Sahih Bukhari

  • Zina bermaharajalela
"Dan tinggallah manusia-manusia yang buruk, yang seenaknya melakukan persetubuhan seperti himar (keldai). Maka, pada zaman mereka inilah kiamat akan datang." - Sahih Muslim
  • Pemimpin yang terdiri daripada orang yang jahil dan fasik
"Apabila sesuatu amanah itu disalahgunakan (disia-siakan), maka tunggulah saat kehancuran (kiamat)." Para sahabat bertanya: "Bagaimana amanah itu disalahgunakan, wahai Rasulullah?" Baginda menjawab: "Iaitu apabila tugas atau tanggungjawab sebagai pemimpin itu diberikan (diserahkan) kepada bukan ahlinya (jahil) atau bukan orang yang layak (fasik), maka tunggulah saat kehancuran.
  • Bermaharajalela alat muzik
Pada akhir zaman akan terjadi tanah runtuh, rusuhan dan perubahan muka."Ada yang bertanya kepada Rasulullah; "Wahai Rasulullah, bilakah hal ini terjadi?" Baginda menjawab; "Apabila telah bermaharajalela bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi-penyanyi wanita" - Ibnu Majah
  • Menghias masjid dan membanggakannya
Antara tanda telah dekatnya kiamat ialah manusia bermegah-megahan dalam mendirikan masjid" - Riwayat Nasai.
  • Munculnya kekejian, memutuskan kerabat dan hubungan dengan tetangga tidak baik
"Tidak akan datang kiamat sehingga banyak perbuatan dan perkataan keji, memutuskan hubungan silaturahim dan sikap yang buruk dalam tetangga." - Riwayat Ahmad dan Hakim
  • Ramai orang menuntut ilmu kerana pangkat dan kedudukan
  • Ahli ibadat yang jahil dan ulama yang fasik
Diriwayatkan daripada Anas r.a.
"Selagi akan ada di akhir zaman ahli ibadat yang jahil dan ulama yang fasiq." - Riwayat Ibn Ady
  • Ramai orang soleh meninggal dunia
Tidak akan datang hari kiamat sehingga Allah mengambil orang-orang yang baik dan ahli agama di muka bumi, maka tiada yang tinggal di atasnya kecuali orang-orang yang hina dan buruk yang tidak mengetahui yang makruf dan tidak mengingkari kemungkaran. - Riwayat Ahmad
  • Orang hina mendapat kedudukan terhormat
Antara tanda semakin dekatnya kiamat ialah dunia akan dikuasai oleh Luka' bin Luka' (orang yang bodoh dan hina). Maka orang yang paling baik ketika itu ialah orang yang beriman yang diapit oleh dua orang mulia." - Riwayat Thabrani
  • Mengucapkan salam kepada orang yang dikenalinya sahaja
"Sesungguhnya antara tanda telah dekatnya hari kiamat ialah manusia tidak mahu mengucapkan salam kepada orang lain kecuali yang dikenalinya sahaja." - Riwayat Ahmad
  • Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang
Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a.
"Antara tanda telah dekatnya hari kiamat ialah akan muncul pakaian-pakaian wanita dan apabila mereka memakainya keadaannya seperti telanjang."
Antara tanda telah dekatnya hari kiamat ialah menggelembung (membesarnya) bulan sabit." - Riwayat Thabrani
  • Banyak dusta dan tidak tepat dalam menyampaikan berita
Pada akhir zaman akan muncul pembohong-pembohong besar yang datang kepadamu dengan membawa berita-berita yang belum pernah kamu dengar dan belum pernah didengar oleh bapa-bapa kamu sebelumnya, kerana itu jauhkanlah dirimu dari mereka agar mereka tidak menyesatkanmu dan memfitnahmu" - Sahih Muslim
  • Banyak saksi palsu dan menyimpan kesaksian yang benar
Sesungguhnya sebelum datangnya hari kiamat akan banyak kesaksian palsu dan disembunyikan kesaksian yang benar" - Riwayat Ahmad
"Tidak akan datang hari kiamat sehingga negeri Arab kembali menjadi padang rumput dan sungai-sungai." - Sahih Muslim


  • Banyaknya sifat bohong dan ia menjadi perkara biasa
  • Jarak-jarak antara pasar menjadi dekat (menunjukkan banyaknya kegiatan perdagangan)
Banyaknya sifat bohong, pendeknya waktu, dekatnya jarak-jarak di antara pasar." - Riwayat Bukhari
  • Manusia mewarnai rambut di kepalanya dengan warna hitam supaya kelihatan muda
Pada akhir zaman akan muncul suatu kaum yang mencelupi rambut mereka dengan warna hitam seperti 'bulu merpati' yang mana mereka itu tidak akan mencium bau syurga." - Sahih Abu Daud dan Nasai
  • Kekayaan umum dikuasai segelintir orang tanpa kebenaran dan tanpa rasa takut, termasuk rasuah dan mengambil harta secara tersembunyi
  • Akan terdapat banyak pengkritik, pembawa cerita, penikam belakang dan pengejek dalam masyarakat
  • Orang akan mendirikan hubungan dengan orang tidak dikenali dan memutuskan hubungan dengan yang rapat dan disayangi
  • Orang akan melakukan homoseksual


  • Akan terdapat ramai anak luar nikah
  • Berkurangnya sifat amanah
  • Terasa berat untuk menjalankan syariah (zakat dijadikan hutang)
  • Lelaki mentaati isterinya tetapi menderhakai ibunya
  • Lelaki berkasar dengan bapanya tetapi beramah dengan rakannya
  • Suara manusia meninggi (menjerit dan berteriak) di masjid-masjid
  • Pemimpin suatu kaum adalah keji dan pemimpin suatu suku adalah fasik
  • Lelaki dihormati bukan kerana budi dan kebaikan tetapi kerana takut akan kejahatannya
Daripada Ali dan Abu Hurairah r.a.: "Apabila harta rampasan perang (milik umum) dikuasai segelintir orang sahaja, barang amanah menjadi rampasan, harta zakat menjadi hutang, seorang lelaki mentaati isterinya dan menderhakai ibunya, berbuat baik kepada temannya dan berbuat kasar kepada bapanya, suara-suara tinggi di masjid-masjid, yang menjadi pemimpin suatu kaum (bangsa) ialah orang yang hina (berkelakuan/bersifat keji) antara mereka dan orang yang menjadi ketua suatu suku (kabilah) ialah orang fasik antara mereka, seorang lelaki dihormati kerana takut jahatnya, arak biasa diminum, sutera biasa dipakai (oleh lelaki), munculnya penyanyi perempuan dan alat-alat muzik, orang yang di kalangan umat terkemudian akan melaknat (mengutuk) umat terdahulu, maka ketika itu hendaklah mereka menunggu kedatangan angin merah atau pembalikan bumi atau keburukan bentuk-bentuk atau tanda-tanda yang beriringan seperti tali yang putus maka jatuhlah biji secara berterusan". - Riwayat Tarmizi
  • Anggota polis semakin ramai yang menunjukkan semakin banyak kerosakan
  • Mendahulukan lelaki menjadi imam bukan kerana ilmu tetapi kerana suara
  • Penjualan jawatan atau kepemimpinan (politik wang)
  • Memandang rendah kepada darah
Rasulullah bersabda: "Bersegeralah untuk melakukan amal soleh apabila telah muncul enam perkara: pelantikan pemimpin yang bodoh, ramainya bilangan anggota polis, penjualan kepemimpinan, tiada penghargaan terhadap darah, pemutusan silaturrahim, orang mabuk menjadikan al-Quran sebagai alat nyanyi yang mereka dahulukan seseorang antara mereka menjadi imam agar dapat menyanyikannya walaupun orang tersebut paling sedikit ilmunya." - Sahih Riwayat Tabrani & Ahmad
  • Seorang isteri bekerja dalam satu syarikat dengan suaminya. (Malah isteri berpangkat lebih besar)
Daripada riwayat Ibnu Mas'ud: "Di pintu gerbang (dekatnya) hari kiamat: Salam hanya kepada orang yang khusus (sudah dikenalinya), tersebar dan berkembangnya perdagangan sehingga seorang isteri membantu suaminya berdagang." - Sahih Lighairihi Riwayat Ahmad
  • Munculnya gaya hidup mewah dan manja di kalangan umat Islam
Apabila umatku berjalan dengan sombong dan yang melayan mereka ialah putera-puteri raja, putera-puteri Parsi dan Rom, maka orang yang paling buruk akan berkuasa terhadap orang yang paling baik (pilihannya)." - Riwayat Tarmizi, Sahih Abdullah ibnu Umar r.a.
  • Orang fasik dimuliakan sedangkan orang mulia dan terhormat direndahkan
Sungguh hebat dia, sungguh jarang orang seperti dia dan sungguh pintar dia sedangkan di dalamnya tidak ada iman sedikitpun" - Riwayat Bukhari, Muslim, Ahmad, Tarmizi, Ibnu Majah
  • Banyak orang berharap untuk mati kerana banyaknya kekacauan ataupun kesengsaraan
"Tidak akan berlaku kiamat sehingga apabila seorang lelaki melalui sebuah kubur maka ia akan berkata: 'Aduhai seandainya aku juga berada di tempatnya.'" - Riwayat Bukhari dan Muslim
  • Banyaknya berlaku gempa bumi
  • Banyaknya berlaku huru-hara yang menyebarkan kejahatan
  • Banyaknya berlaku pergaduhan dan pembunuhan
"Kiamat tidak akan berlaku kecuali apabila ilmu telah diangkat, banyaknya berlaku gempa bumi, timbulnya huru-hara dan banyak pergaduhan iaitu pembunuhan - Sahih Bukhari
  • Banyak berlaku peperangan demi peperangan
Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a., "Hari qiamat tidak akan terjadi sehingga melimpah ruah harta benda dan timbul fitnah (ujian kepada keimanan) dan banyak berlaku 'al-Harj'". Sahabat bertanya, "Apakah al-Hajr itu hai Rasulallah"? Nabi saw. menjawab, "Peperangan demi peperangan demi peperangan." - H.R. Ibn Majah
  • Munculnya mati mendadak atau mati secara tiba-tiba
  • Masjid dijadikan jalan iaitu seseorang muslim melalui masjid tanpa melakukan solat
"Masjid dijadikan sebagai jalan-jalan dan timbulnya mati mendadak" - Hasan At-Tayalisy.

2. Tanda-Tanda Besar Kiamat

  • Keluar Dajjal iaitu pemuda bermata satu dan berambut kerinting yang akan membuat kejahatan seluruh dunia. Di dahinya tertulis "Kafir" dalam bahasa Arab.
  • Keluar Yakjuj dan Makjuj yang akan meminum air sungai hingga habis dan memusnahkan Ka'abah. Kemudian mereka akan sembunyi di gunung sehingga Imam Mahdi membunuh mereka.
  • Keluar sejenis binatang dari perut bumi yang digelar Dabbatul Ardhi.
  • Keluar asap tebal di bumi.
  • Keluar Nabi Isa A.S.

Insyallah jika ada kesempatan aku akan huraikan tentang tanda-tanda besar kiamat di entry akan datang pula ye. Sebab aku faham sekarang ada viral tentang dhukhan yang akan berlaku pada tahun ini, tapi suka aku nak kongsikan bahawa dukhan (asap tebal) yang akan muncul tu difahamkan tidak akan berlaku sekiranya belum munculnya Dajjal..Wallahua'lam

Post a Comment

12 Comments

  1. Semua tanda2 kecil dah leh nampak. This is a good sharing. Thank you Cik Min.

    ReplyDelete
  2. perkongsian yang baik.. kiamat kecil ni dah lama berlaku.. risau bila fikirkan tentang kiamat besar yang dah hampir tu.. moga kita sama2 dpt tambahkan amal sebagai saham di sana kelak.. aamiin

    ReplyDelete
  3. Terima kasih atas perkongsian.. Merinding AM baca setiap info berkaitan kiamat.. Moga terpelihara jasad dan kita masih d landasan kebenaran

    ReplyDelete
  4. Satu peringatan untuk kita yg telah berada di akhir zaman..semoga kita semua mendapat hidayah dari Allah

    ReplyDelete
  5. Takut baca .. Harap sangat kita semua dapat tambah saham akhirat kita .

    ReplyDelete
  6. banyak yang berlaku pada kita semua akhir-akhir ni, semoga perkongsian in mampu beri kesedaran kepada semua orang tetang kiamat.

    ReplyDelete
  7. Lengkap dengan bukti hadis. Sis suka baca pengisian begini. Terbaca juga pasal Dhukan tu. I tunggu next entry ya.

    ReplyDelete
  8. baca article ni terus buat kita insaf. terasa banyaknya dosa yang dah buat selama hidup ni. semoga kita mati dalam keredhaan-Nya

    ReplyDelete
  9. Tanda-tanda kiamat kecil telah banyak berlaku.bersediakah kita untuk menghadapi kiamat sebenar??semoga artikal ini memberi manfaat kepada smua org..sharing yg sangat berguna..thank kak min..

    ReplyDelete
  10. dah banyak dah tanda-tanda kecil yang kita boleh nampak sekarang ni. Semoga kita sempat persiapkan amalan untuk bekalan akhirat

    ReplyDelete