Covid-19 Nama Rasmi Novel Coronavirus & Statistik Penularan Wabak

Hari ini 12hb Februari 2020 suka aku nak kongsikan dengan korang tentang wabak yang melanda seluruh dunia sekarang. Wabak yang hampir melumpuhkan negara terkukuh ekonominya iaitu China yang dikenali sebagai Novel Coronavirus.


Tetapi pada hari ini.Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah mengumumkan nama rasmi bagi virus yang menyerang 1 dunia ini sebagai Covid-19.


Ketua WHO, Tedros Adhanom Ghebreyesus, berkata nama yang dipilih ialah Covid-19 sebagai singkatan Co untuk Corona, Vi untuk virus dan D untuk penyakit.


 Katanya, nama itu dipilih bagi mengelak rujukan terhadap satu lokasi geografi tertentu, spesies haiwan atau sekumpulan orang, selaras cadangan antarabangsa untuk penamaan untuk mengelakkan stigmatisasi.

WHO sebelum ini memberikan nama virus sementara iaitu penyakit pernafasan akut teruk sebagai 2019-nCoV.

Sementara itu, Suruhanjaya Kesihatan Kebangsaan China minggu ini memperkenalkan nama virus itu sebagai ‘Novel Coronavirus Pneumonia’ atau NCP.’’

Berucap pada hari pertama persidangan saintifik antarabangsa di Geneva yang antara lain bakal melihat pilihan vaksin dalam menentang virus itu, Tedros yakin terhadap peluang realistik dalam menghentikan wabak berkenaan.

“Kita yakin ada jalan ke arah itu,” katanya.
 
“Kita mesti menggunakan kesempatan yang ada untuk berusaha bersungguh-sungguh dan bersatu dalam menentang virus ini dari segenap sudut. Jika tidak, kita bakal berdepan lebih banyak kes dan menghabiskan lebih banyak wang,” katanya. - AFP

Statistik Terkini Wabak Covid-19

Aku secara jujurnya setiap hari akan check statistik tentang penularan wabak Covid-19 ni. Bukan apa, memang aku sejenis yang suka buat research dan membaca hahaha..so that aku boleh share maklumat dengan korang juga.

Hari ini statistik penularan agak membimbangkan walau angka pesakit yang pulih melebihi angka kematian iaitu angka pesakit yang pulih sebanyak 4,127 dan angka kematian pula sebanyak 1,018.


Ini aku ada buatkan pecahan mengikut negara supaya korang boleh lihat dan baca dengan lebih jelas.

Mainland China
42,648
Others
135
Singapore
45
Hong Kong
42
Thailand
32
South Korea
28
Japan
26
Malaysia
18
Taiwan
18
Australia
15
Vietnam
15
Germany
14
US
13
France
11
Macau
10
United Arab Emirates
8
UK
8
Canada
7
Italy
3

Apa yang aku nak sampaikan pada korang ialah sentiasa la berwaspada. Kalau tak perlu jangan la terlalu kerap keluar ke shopping kompleks atau tempat yang crowdnya ramai. Sebab apa yang aku faham, penularan wabak ini memang berlaku dengan pantasnya. 

Semoga kita dijauhkan dari Covid-19 yang boleh meragut nyawa ini. Jom la sama-sama kita amalkan doa di bawah ini semoga kita dilindungi Allah dari wabak-wabak bahaya. Amin ya Rabbal Alamin.


Post a Comment

12 Comments

  1. semoga Allah Taala pelihara kita semua daripada wabak ini. aamiin

    ReplyDelete
  2. Semoga kita semua dilindungi Allah

    ReplyDelete
  3. Moga kita sentiasa dilindungiNya dan dijauhkan dari pelbagai penyakit. Neves plak nak travel ke mana2 bila dah semakin ganas penyakit nie

    ReplyDelete
  4. Bagus tahu dan amalkan doa ini agar dilindungi oleh penyakit berbahaya ini...

    ReplyDelete
  5. elok juga diorang tukar nama virus ni ikut kesesuaiannya. takut juga zaman sekarang ni netizen terlalu bijak nak pertikaikan itu ini.

    ReplyDelete
  6. Tak sangka nama virus pun boleh tukar-tukar kan..nampak sangat seriusnya virus ni ...tapi orang kita, ermmm buat dekkkkk jerrrr...

    ReplyDelete
  7. Memang more and more serious virus ni.. hopefully will get better soon.

    ReplyDelete
  8. Memang risau berkenaan penyakit ni.. Setiap hari nak tau perkembangan berkenan penyakit ni.. Harap ade pneyelesaiannya.. Hari2 dia semoga dijauhkan pperkara dari apa2 penyakit.

    ReplyDelete
  9. seram bila tgk pada virus ni...dia kalau dah tersebar tak tahu mcm mana nak stop sehingga kita temui remedi dia...takott

    ReplyDelete
  10. Moga kita semua di jauhi dari malapetaka ini...ekonomi negara kita pun turut goyah sbb kita juga bergantung kepada industri pelancongan..harap cepatlah dpt penawar

    ReplyDelete
  11. Takut tengok virus ni... sama-sama la kita brdoa agar dijauhkan... bagus ada sharing doa mcm ni.. terima kasih

    ReplyDelete
  12. Terima kasih min atas perkongsian. Moga kita semua dijauhkan dr wabak yg merbahaya ini. Allahu..memang risau sgt dibuatnya

    ReplyDelete