Octaplus Platform Membeli Belah Secara Atas Talian

Membeli belah secara atas talian adalah menjadi trend terkini buat masyarakat seluruh dunia. Membeli belah secara atas talian bukan sahaja menjimatkan masa malah dapat memberikan peluang buat pengguna untuk menikmati lebih banyak ganjaran.

Terbaru, satu platform membeli belah atas talian Octaplus turut memberi peluang dan ganjaran yang sama buat pengguna aplikasi mereka. Octaplus bukan sahaja menyediakan platform yang sangat berguna malah turut memberi ganjaran yang hebat buat penggunanya. Bagi mereka yang memang follow blog aku, aku pernah menulis tentang Octaplus ni di entry sebelumnya http://www.bebelancikmin.com/2019/11/berbelanja-sambil-dapat-reward-di.html



Bagaimana Menggunakan Aplikasi Octaplus?

Untuk menggunakan aplikasi membeli belah atas talian Octaplus ni sangatlah mudah. Aku sediakan langkah dibawah bagi memudahkan korang untuk memahami bagaimana untuk menggunakan aplikasi ini.

❶ Download aplikasi Octaplus di telefon pintar korang


Octaplus available on the App Store

Octaplus available on the Play Store

❷ Signup/daftar diri anda sebagai pengguna

❸ Dapatkan RM3 Cashback sebagai ganjaran pendaftaran (register reward)

❹ Boleh mula membeli belah sambil menikmati ganjaran

Sangat mudah kan untuk menikmati perkhidmatan membeli belah secara atas talian di Octaplus. 


Kenapa Perlu Memilih Octaplus?

Terlalu banyak kelebihan memilih platform Octaplus sebagai platform membeli belah atas talian. Selain terdapat lebih 100 Cashback Merchant, melalui Octaplus ini juga korang boleh menikmati 'Passive Income'


Pendek kata terlalu banyak kelebihan menggunakan Octaplus sebagai platform membeli belah secara atas talian!  Jadi, tunggu apa lagi? 


Bagaimana Untuk Menikmati 'Passive Income' Melalui Octaplus Cashback?

Sebelum aku melanjutkan lagi penerangan tentang Cashback, suka aku nak terangkan pada korang apakah maksud sebenar Cashback. Cashback sebenarnya adalah komisyen hasil dari jualan melalui  sesuatu platform.

How to earn Cashback for Shopee, Lazada, Agoda and 100+ other merchants

Bila kita bercakap tentang Octaplus, secara automatiknya aku menerangkan tentang bagaimana korang boleh menikmati cashback (komisyen) melalui Octaplus. Macam yang aku terangkan di atas, terdapat lebih 100 merchant (peniaga) di platform Octaplus ini antaranya Shopee, Lazada, JD Sports, Watsons dan banyak lagi. Dan cara untuk mendapatkan cashback ini sangatlah mudah. Apa yang perlu korang lakukan ialah :

#1 Log masuk secara langsung melalui akaun Google atau Facebook.

#2 Lakukan pengesahan identiti mudah dengan memasukkan nombor telefon bimbit korang dan melengkapkan pengesahan OTP

#3 Akses penuh kesemua perkhidmatan Octaplus

#4 pergi ke semua Merchant yang ada di Octaplus seperti Shopee, Lazada dan lain-lain

#5 Klik pada barangan yang korang nak beli

#6 Klik 'Aktifkan Cashback' untuk meneruskan laman web merchant untuk memulakan membeli belah secara atas talian menggunakan Octaplus.

Namun ada beberapa perkara yang perlu korang perhatikan iaitu cashback pada merchant biasanya hanya tersedia di platform terpilih sahaja seperti web desktop, mobile web, android atau iOS jadi korang kenalah perhatikan betul-betul terma dan syarat sebelum membeli belah untuk memastikan korang berada di platform layak untuk cashback!

Bagaimana nak tengok barangan yang korang beli tu ada cashback? Ha..korang cuma perlu perhatikan kotak yang tertera 'Activate Cashback' di sebelah atas kanan macam gambar di bawah.



Sebaik sahaja membuat pembelian, korang kenalah tunggu sebab cashback ini tak dapat serta merta tau! Misalnya 7 hari masa yang diperlukan untuk urus niaga Shopee diperlukan, manakala 2 hari untuk transaksi Lazada dikesan. Jadi korang kenalah sabar menanti jumlah terkumpul sekurang-kurangnya RM8 dan korang boleh keluarkan terus duit korang tu terus ke dalam akaun bank korang.

Ha..mudah kan? Bayangkan bagaimana korang boleh menikmati komisyen saat korang membeli belah! Bukan itu sahaja..malah untuk mendapat lebih pulangan, korang juga boleh membantu orang lain membeli barang seperti membantu membeli barangan pejabat atau membantu bos korang untuk membeli tiket perjalanan dan hotel saat bos korang perlu bekerja ke luar kawasan.

Nak tolong kawan-kawan dan keluarga korang untuk membeli makanan dan barang keperluan lain pun boleh. Dengan cara ini korang akan mendapat lebih banyak 'komisyen' dan pulangan wang tunai dan secara tak langsung korang dapat menjana pendapatan secara pasif. Menarik bukan?


Lunar Campaign 

Ini pula kempen terkini yang sedang berlangsung di Octaplus sehingga 29 Februari 2020. 


Aku syorkan korang untuk join kempen ini sebab hadiahnya agak lumayan. Terdapat 2 aktiviti untuk kempen ini .

Aktiviti 1

  • RM888 (X 1)
  • RM88 (X 8)

Caranya mudah sahaja, korang berpeluang untuk memenangi sehingga RM888 apabila korang mendapat '8' dalam jumlah cashback korang (tidak termasuk pos) dalam 1 resit. Sebagai contoh, jika jumlah cashback korang adalah RM1.08, RM1.80, RM8  korang akan menerima  tiket kemasukan.

Korang akan mendapat tiket tambahan untuk memenangi setiap transaksi tambahan yang korang buat yang mempunyai '8'. Lebih banyak tiket bermakna lebih besar peluang korang untuk menang!! Dan pemenang RM888 akan diumumkan pada 3 Mac 2020.

Aktiviti 2

  1.  Korang akan dapat RM2.80 bila korang membuat pembelian sebanyak RM88 atau lebih dalam 1 resit (tidak termasuk pos).
  2. Korang akan mendapat RM3.80 bil korang membuat pembelian sebanyak RM128 atau lebih dalam 1 resit (tidak termasuk pos).
  3. Korang akan mendapat RM8.80 bil korang membuat pembelian sebanyak RM288 atau lebih dalam 1 resit (tidak termasuk pos).
  4. Jumlah yang disenaraikan di atas tidak tersusun atau bertindih.
Terma & Syarat

  1. Amaun tersebut akan dikreditkan ke dalam akaun bank korang pada tarikh cashback yang berkaitan dikreditkan ke dalam akaun korang.
  2. Penyertaan/kemenangan akan dibatalkan jika pengguna membuat apa-apa bayaran balik, pengembalian atau pembatalan transaksi yang berkaitan.
  3. Terma dan syarat dikenakan.
  4. Korang boleh menyemak penyertaan korang di dalam aplikasi Octaplus.
  5. Octaplus berhak untuk mengemaskini, meminda atau membatalkan kempen tanpa notis terlebih dahulu.



Jadi, apa korang tunggu lagi? Jom la menikmati lebih ganjaran ketika membeli belah  di :

Website : https://octaplus.io/web

App Download Link : http://bit.ly/2H3nQXU

Jangan lupa untuk klik http://onelink.to/bebelancikmin 

Post a Comment

8 Comments

  1. Another apps that provide cashback! Variations are always the best thing for consumer 😸

    ReplyDelete
  2. Macam2 apps dah ada sekarang ni. Rambang mata nak guna mane. Cashback tu yg best.

    ReplyDelete
  3. Tidak! Jangan la diriku digoda sebegini dengan portal membeli belah dan siap bagi ganjaran pula tu!

    Nak check kejap la. Kejap je

    ReplyDelete
  4. Ada lagi platform beli belah baru heheheh habis lah cepat duit gaji kita nanti wakakakaka. Tengok sini macam mudah dan juga senang jer dapat cashback balik hurmm.....

    ReplyDelete
  5. Baguslah ada banyak sudah pilihan untuk dapatkan cashback.. pengguna yang untung kalau pandai memilih apps yang bagus..

    ReplyDelete
  6. Skrg memang beli secara online menjadi kegemaran kita.. sebab semua di hujung jarinhanya sedia duit je.. boleh la cuba portal terbaru ni

    ReplyDelete
  7. Wahhh another shoping online platform. Kena teroka nie mesti banyak sales !!

    ReplyDelete