Kucing sememangnya haiwan comel yang menjadi haiwan kesayangan ramai orang. Aku tak terkecuali menjadi antara mereka yang sangat sukakan kucing. Aku sendiri memelihara seekor kucing comel yang diberi nama Iseey Boy (yang selalu aku eja sebagai IC Boy).


Tapi tahu tak korang yang terdapat lebih kurang 20% mereka yang takutkan kucing? Dan untuk mereka yang mempunyai perasaan  takut yang luar biasa terhadap  kucing ini dikenal sebagai Ailurophobia yang berasal dari bahasa Yunani yang bererti ailouros yang bermaksud kucing dan phobos yang bermaksud ketakutan.


Tiap kali kita melihat mereka yang takutkan kucing, kita akan sering ketawa tapi sedar tak korang yang Ailurophobia sebenarnya tidak boleh diambil ringan sebab sama seperti fobia-fobia yang lain, Ailurophobia ni juga akan mempengaruhi kehidupan seharian mereka.


Gejala Ailurophobia

Orang yang mengalami Ailurophobia baiasanya akan memperlihatkan reaksi panik jika terserempak dengan kucing. Ada antara mereka yang terus kaku ketika melihat kucing melintasi mereka seolah-olah melihat harimau yang sedang melintas dihadapan mereka.


Perasaan takut yang keterlaluan ini biasanya akan diikuti oleh jantung berdenyut dengan cepat, gementar, sakit dada, pening, mual, terasa seolah-olah tercekit dan bulu roma berdiri.


Bolehkah Ailurophobia diubati?

Menurut pakar sebenarnya Ailurophia ini boleh diatasi dengan cara 'mengatasi ketakutan tersebut'. Bagaimana caranya? Ini terdapat beberapa tips yang korang boleh ikut :

  • Amalkan melihat gambar kucing yang comel setiap hari bagi menimbulkan keselesaan dalam diri korang terhadap haiwan comel tersebut. Jika korang merasa jijik dan ketakutan, cuba tarik nafas dalam-dalam dan kembali fokus melihat gambar-gambar kucing comel tersebut.

  • Menonton video bergerak tentang kucing yang menunjukkan tingkah laku mereka. Korang boleh melihat secara berperingkat. rasakan perasaan korang selepas melihat video tersebut, adakah perasaan takut semakun menurun? Yakinkan diri korang yang kucing sebenarnya adalah haiwan yang manja dan comel.


  • Lihat dan amati kucing dari jendela rumah korang. Perhatikan setiap gerak geri mereka. Ini akan menimbulkan rasa selamat dalam diri korang.

  • Bila korang sudah yakin, uji diri korang secara langsung dengan berinteraksi dengan kucing dalam jarak yang lebih dekat. Pastikan riak wajah korang ceria bila cuba berinteraksi dengan kucing. Dan jika korang rasa sudah berjaya mengatasi ketakutan, cuba lakukan interaksi melalui sentuhan dan belaian pada kucing.

  • Salah satu cara yang paling berkesan untuk mengatasi Ailurophobia adalah dengan menjalani hypnoteraphy.
Moga perkongsian ini bermanfaat untuk korang. Hehe..ketahuilah sesungguhnya kucing itu adalah haiwan yang paling comel di muka bumi ini.