Aku peminat tudung bawal. Sungguh! Sebab dari aku di usia remaja memang tudung bawal ni sangat terkenal. Alkisahnya dulu memang aku banyak la koleksi tudung bawal dan kebanyakannya yang aku beli di Kelantan. Haha..cakap je jenis apa..semua aku ada.

Tapi, nak pilih tudung bawal ni sebenarnya aku agak cerewetlah sikit sebab tak semua tudung bawal yang jenis 'dengar cakap' haha..atau istilah lainnya yang memang bila pakai ia akan jadi cantik terletak. Dan kerana masalah itulah, kadang-kadang bila nak cepat terpaksa lupakan hajat dan niat nak pakai tudung bawal.

Mujurlah baru-baru ini aku diperkenalkan dengan tudung bawal jenama Hermanas. Apa yang istimewanya Hermanas ini ialah mereka menggunakan material berkualiti tinggi iaitu Premium Cotton Voile yang mudah dibentuk dan tidak mudah kedut.



Pelancaran Koleksi Raya Hermanas X Adira

Bertempat di The Curve baru-baru ini, Hermanas telah pun melancarkan Koleksi Raya Hermanas X Adira yang menampilkan Adira Suhaimi sebagi duta mereka. 

Koleksi Raya Hermanas X Adira ini menampilkan 12 koleksi menarik tapi untuk bulan Mei ini hanya 6 rekaan sahaja dulu yang dilancarkan dan selebihnya akan dilancarkan pada bulan Jun depan. Perghh..bagi peminat-peminat bawal, inilah masanya untuk korang menambahkan koleksi tudung bawal korang sebab setiap design mempunyai lebih 5 kombinasi warna dan dari koleksi ini sahaja menampilkan lebih 40 kombinasi warna! Pendek kata..korang memang boleh bergaya sakan di pagi raya nanti.


Buat pengetahuan, ini adalah kolaborasi pertama antara Hermanas dan Adira. Ketika diajukan soalan tentang mengapa memilih Adira sebagai duta?, Syed Zulhilmi Tuan Syarif selaku pengasas berkata mereka memilih Adira kerana imej Adira sendiri sebagai muslimah yang bertudung dan ditambah lagi dengan cara pemakaian Adira yang cantik, trendy dan kemas bersesuaian dengan tudung bawal Hermanas.


Ketika majlis pelancaran tersebut, Adira turut menandatangani sehelai tudung istimewa edisi terhad yang akan dibuka untuk bidaan bermula dengan RM1,000 dan hasil lelongan tersebut akan disalurkan ke badan kebajikan sempena menyambut Syawal yang bakal menjelma tidak lama lagi.




Ketika majlis berlangsung, tetamu turut diberi tutorial bagaimana menggayakan tudung bawal Hermanas ni. Wahh..baru aku tahu sebenarnya pelbagai gaya yang boleh digayakan menggunakan bawal ni rupanya. Haha..maklum la selama ni aku asyik gunakan satu gaya yang sama je tiap kali mengenakan tudung bawal.





Material Kain Yang Bermutu Tinggi

Macam yang aku dah bagitahu, aku agak cerewet dalam memilih material kain untuk tudung bawal. Mujurlah Hermanas ni menampilkan koleksi tudung bawal menggunakan material yang berkualiti tinggi. 


Bawal Hermanas sangat berbeza tau dengan tudung-tudung bawal di luar sana sebab mereka menggunakan material yang diperbuat khas untuk Hermanas aitu Hermanas Premium Cotton Voile. Aku sendiri dah mencuba dan memang material jenis ni sangat mudah dibentuk dan tak mudah kedut.


Bukan tu je, memang selesa sangat pakai tudung bawal Hermanas ni sebab materialnya pun sejenis yang sejuk. Jadi jangan bimbang kalau korang nak pergi ke majlis yang terbuka sebab kain untuk tudung Hermanas ni memang tak akan merimaskan korang.

Kalau ditanya pendapat aku mengenai tudung bawal Hermanas ni dan kenapa perlu memilih tudung bawal Hermanas?  Ini jawapan aku :


/

Material dari kain bermutu tinggi


/

Didatangkan dengan kotak yang eksklusif


/

Harga yang sangat berpatutan


/

Mudah dibentuk


/

Ringan


/

Tak panas



Harga & Maklumat Lanjut

Bagi mereka yang berminat untuk mendapatkan Koleksi Bawal Hermanas X Adira ni, harga bagi koleksi ini adalah RM69 sehelai dan sempena musim perayaan ini peminat bawal Hermanas boleh mendapatkan harga istimewa iaitu cuma RM197 untuk 3 helai bawal dengan PENGHANTARAN PERCUMA dan beserta dengan kotak eksklusif.



Macam mana nak dapatkan koleksi tudung bawal yang cantik ni? Haaa..boleh dapatkan di semua stokis sah Hermanas di Malaysia, Brunei, Singapura dan Indonesia atau korang boleh datang sendiri ke butik Hermanas yang terletak di :

29-1 Jalan PJU 5/20E,
The Strand Kota Damansara,
47810 Petaling Jaya,
Selangor.

Tel : 010-3348784
Website : www.hermanas.my
Instagram : hermanas.my