Dah masuk minggu kedua umat Islam seluruh dunia menjalankan ibadah puasa. Dan untuk minggu kedua ni aku percaya yang ramai antara kita dah mula mencari tempat buffet ramadan yang berbaloi.
Maklum la, adakala kita terlalu sibuk dengan kerja..terutama bagi mereka yang tinggal di kotaraya ni. Balik kerja je dah mula nak menghadap jem yang adakalanya sampai hampir 2 jam tersangkut dalam jem. Sampai rumah je, lagi beberapa minit nak azan dan sudahnya memang tak berkesempatan nak siapkan juadah berbuka. Jadi, jalan terbaik ialah mencari tempat berbuka puasa yang berbaloi.
Restoran Niarasa Buffet Ramadan Termurah Yang Pernah Aku Pergi
Khamis lepas aku terlihat iklan yang dipromosikan oleh Restoran Niarasa. Terkejut aku tengok harga yang ditawarkan..mak aihhhh..murah namatey wei! Harga untuk dewasa cuma RM 22.90 dan harga untuk kanak-kanak cuma RM12.90.
Perghh..terbeliak biji mata aku tengok. Lagi terbeliak ialah..masa aku pergi tu mereka tengah buat promosi separuh harga!! Allahu..murah sungguh la.bayangkan RM22.90 separuh harga!! Rugi wei siapa yang tak pergi time tu. Promosi separuh harga tu cuma berlangsung pada 9 & 10 Mei sahaja.
Tapi sumpah wei..memang berbaloi makan kat sini sebab bukan je harga tersangat murah tapi makanan yang dihidangkan memang hampir kesemuanya sedap. Sebenarnya aku pernah ceritakan tentang Restoran Niarasa ni tahun lepas. Bagi yang terlepas boleh baca di sini http://www.bebelancikmin.com/2018/04/pilihan-30-40-lauk-pauk-sehari-di.html
Nak tahu apa menu juadah buffet ramadan yang ada di Restoran Niarasa ni? Nah..ni antara senarai makanan yang ada :
Menu Ala Kampung Tradisional
1) 3 jenis Nasi (Nasi putih, Nasi
Ulam, Nasi Special (Nasi Hujan
Panas/Nasi Beriani/Nasi
Jagung)
2) Lauk Ayam 3 jenis ( Ayam
Berempah dan 2 jenis
Masakan Ayam)
3) Ulam2 sayur kampung
5) Mee,Bihun,Maggie & Impit Kari
& Sup
6) 7 jenis Kuih muih
9) 3 jenis Bubur
10) Keledek,ubi,pisang & keropok
lekok goreng panas
11) 3 jenis Keropok
Dan macam2 lagi yang ada di sini. Aku sendiri hari tu sampai dah tak larat nak makan. Tapi serious wei korang..paling sedap ialah murtabak dan samosa! Aku pun sebab tak jauh dari rumah..jadi aku rasa aku akan kerap ulang makan kat sini atau paling tak pun akan tapau murtabak & samosa..haha..
Kalau korang berminat untuk cuba juadah berbuka puasa dan buffet termurah di sini, apa kata korang datang ke Restoran Niarasa yang terletak di Setia Taipan, Setia Alam (landmark belakang area Bank Islam Setia Alam)
Alamat : No 45 Jalan Setia Gemilang BG U13/BG Setia Alam
40170 Shah Alam, Malaysia
No.Fon : 019-9340266
Facebook : https://www.facebook.com/restoranniarasa
Instagram : https://www.instagram.com/restoranniarasa/
3 Comments
kalau RM 22.90 untuk dewasa, memang murah sangat tu..
ReplyDeletesedapnya tengok semua mnenu..so yummy la..makana buffet semu sedap ye..puasa ni dapat buffet memenag kenyang
ReplyDeleteBiar betul murah gilerrrr RM22 jer macm tak percaya murah sangat hehehehe....
ReplyDelete