Mengimbau Kenangan Detik Nostalgia Berbuka Puasa Bersama Keluarga di Hotel Sri Petaling

Dulu, masa kecil-kecil aku rasa meriah sangat tiap kali tiba bulan Ramadan. Masih teringat-ingat bagaimana meriahnya saat pengumuman ketibaan bulan Ramadan di kaca tv..meriahnya saat solat terawikh bermula..rindu suara arwah mak ketika kejutkan kami adik beradik untuk bersahur.

Dan paling teringat ialah ketika sama-sama berkumpul menikmati hidangan berbuka puasa bersama keluarga. Ya Allah..rindunya kenangan dulu. Sekarang, semua tu cuma menjadi nostalgia semata-mata kerana kedua ibu bapa dah lama dijemput Ilahi. 

Mungkin memahami yang setiap orang ada nostalgia indah masing-masing untuk dikenang, Hotel Sri Petaling bakal memperkenalkan buffet Ramadan bertemakan #throwback Ramadhan yang bermaksud mengimbau kenangan detik nostalgia berbuka puasa bersama keluarga dengan pelbagai hidangan tradisional.


Hotel Sri Petaling Hidangkan Menu Menyelerakan

Berkesempatan merasai sendiri hidangan buffet Ramadan di Hotel Sri Petaling minggu lalu, aku sebenarnya agak teruja dengan hidangan yang dihidangkan di sini. Mana taknya..buffet Ramadan di sini antara hidangan buffet ramadan yang tersedap antara hotel-hotel yang aku pernah pergi.

Untuk tahun ini, Hotel Sri Petaling tutut menyediakan konsep "The Hawker Stall" di mana terdapat 80 jenis juadah berbuka puasa dihidangkan dengan menu-menu yang hebat seperti masakan tradisional Melayu, masakan dari Timur Tengah, Asean dan sebagainya.



Antara juadah istimewa yang dihidangkan di Hotel Sri Petaling ialah :
  • Ayam Percik Kelantan
  • Ketam Goreng Berempah
  • Ayam Opor Pahang
  • Sup Gear Box
  • Asam Pedas Daging Tetel
  • Ikan Patin Tempoyak Pahang
  • Siput Sedut Masak Lemak
  • Kambing Panggang
  • Daging Gulai Kawah
  • Masak Lemak Telur Itik
Bercerita tentang menu-menu di atas, jujur aku cakap..semua makanan yang ada di sini sedap-sedap belaka dan aku rasa hotel-hotel lain seluruh Malaysia kena jadikan Hotel Sri Petaling ni sebagai contoh sebab walaupun bukan segah hotel-hotel lain tapi Chef di sini betul-betul masak dengan jiwa dan kasih sayang. Sumpah wei korang, makanan kat sini semua sedap dan untuk pertama kalinya tak ada 1 makanan pun yang aku boleh komplen tak sedap.






Tapi paling aku suka ialah Nasi Arab! Ya Allah,  Nasi Arab yang dihidangkan kat sini lagi sedap dari Nasi Arab di restoran-restoran Arab kat luar sana hahaha. Aku makan Nasi Arab kat sini macam tu je tau..tanpa lauk dan sayur. Makan nasi semata pun sedap sangat.


Kalau Nasi Arab pun sedap, apatah lagi hidangan masakan Melayu! Perghhh..bukan nak beli jiwa mengusik rasa ye..tapi aku dah cuba hampir keseluruhan makanan kat sini, semuanya PERFECT! Baik Asam Pedas Tetel,Ikan Patin Tempoyak mahupun Siput Sedut Masak Lemak semuanya sempurna.







Aku rasa, daripada korang habiskan duit banyak-banyak untuk berbuka puasa di luar tapi hidangannya mengecewakan..apa kata korang datang sendiri ke Hotel Sri Petaling ni dan nikmati sendiri keenakan rasa hidangan buffet Ramadan di sini bersama keluarga korang.

Harga buffet Ramadan kat sini pun sangat-sangat berpatutan tau. Tak percaya? Nah tengok senarai harga kat bawah ni :


Harga Biasa (Bermula 8 Mei sehingga 3 Jun 2019)
Dewasa      Kanak-kanak
RM79.00    RM39.00
Harga Istimewa Minggu Pertama (8-12 Mei 2019)
RM50

Early Bird (Sebelum 30 April 2019)
RM60


Ini lah Chef yang bertanggungjawab dengan hidangan di sini
Untuk maklumat lanjut mengenai buffet Ramadan #throwback Ramadhan di Hotel Sri Petaling ini, boleh la hubungi mereka dan dapatkan maklumat lanjut di sosial media mereka :

Alamat : No.30, Jalan Radin Anum, Bandar Baru Sri Petaling
Tel : 03-90582323

Post a Comment

1 Comments

  1. Hidangan sedap, harga berbaloi, hati pun riang. Tapi apakan daya, diriku berpantang hanya mampu melihat saja. 🤭

    ReplyDelete