Siapa peminat filem-filem dari Perancis? Ni berita baik untuk korang semua kerana Le French Festival (LFF) kini kembali ke Malaysia dengan edisi ke 18!
Bukan setakat filem tetapi Le French Festival kembali dengan mempersembahkan pameran kesenian, muzik, persembahan teater dan banyak lagi.
Baru-baru ni aku berkesempatan untuk menghadiri majlis perasmian Le French Festival yang bertempat GSC Mid Valley Megamall. Acara berlangsung meriah dengan kehadiran pihak penganjur, pihak penaja dan rakan kongsi selain kehadiran pelakon serba boleh Malaysia iaitu Sharifah Amani.
Bagi yang tak tahu macam aku, Le French Festival ni dah berlangsung sebanyak 18 kali dan telah diperkenalkan di Malaysia sejak tahun 2001.
Aku sendiri jujurnya baru je mengetahui tentang Le French Festival ni dan baru-baru ni jugak buat pertama kalinya aku menyaksikan filem Perancis yang bertajuk Edmond, sebuah filem komedi yang sangat menarik untuk ditontoni.
Le French Festival 2019 akan menampilkan trend dan hiburan terkini dari perancis termasuk :
- French Film Festival terbesar di Malaysia dengan lebih daripada 16 filem perancis yang memenangi anugerah (dengan sarikata Bahasa Inggeris disediakan)
- Pelbagai artis muzik dari Malaysia mempersembahkan muzik Perancis
- Pertunjukan teater dan tarian secara langsung.
- Acara Art de Vivre termasuk merasa makanan & minuman Perancis, kelas memasak dan banyak lagi.
Manakala, untuk festival yang dijadualkan akan berlangsung pula adalah seperti berikut :
Bandar
Terlibat
|
Tarikh
|
Kuala
Lumpur
|
4
April – 28 April
|
Pulau
Pinang
|
25 April – 5 May
|
Johor
Bahru
|
2
May – 5 May
|
Kota
Kinabalu
|
9 May – 12 May
|
Bagi tayangan filem pula, antara filem-filem yang akan ditayangkan adalah :
- Edmond (sebuah filem komedi)
- Funan (filem animasi)
Dan tayangan filem yang dijadualkan pula adalah seperti berikut :
Bandar
Terlibat
|
GSC
Cinema Yang Terlibat
|
Tarikh
|
Lembah
Klang
|
Pavilion
Kuala Lumpur
Mid
Valley Megamall
1Utama
Shopping Centre
|
4th
to 21st April 2019
|
Pulau
Pinang
|
Gurney Plaza
|
25th
to 5th May 2019
|
Johor
Bahru
|
Paradigm
JB Mall
|
2nd
to 5th May 2019
|
Kota
Kinabalu
|
Suria Sabah Mall
|
9th
to 12th May 2019
|
Macam yang aku sebutkan tadi, selain tayangan filem terdapat juga persembahan :
- Teater
- Muzik
- Pameran
- Tarian
- Gastronomy & tasting
Jika korang berminat untuk menyertai Le French Festival 2019, boleh la rujuk :
Official Website : www.lefrenchfestival.com.my
Facebook Page : www.facebook.com/lefrenchfestivalmy
Instagram : www.instagram.com/lefrenchfestival_my
17 Comments
Kita tak pernah tengok cite perancis.
ReplyDeleteAgak agak macam mana ekk jalan ceritanya..
Adakah macam cite omputih yang selalu kat tv tu? Hehhee
Cerita French memang best. I paling suka the romantic moment.
ReplyDeleteI dok tengok citer Korea je. Lupa pulak ada negara lain lagi. Boleh la ofis I kat sini je . Nanti senang boleh gi tengok French movie pulak.
ReplyDeleteJom tgk Edmond lg nak?? hahahaha...tak pun tgk Funan please...jom laaa...puhlisss!
ReplyDeleteWow banyak kali dah tapi tak pernah tahu ahaks ~ wayang pun dah lama x jejak hihih tp tq for sharing
ReplyDeleteWahhhh seronoknya ! Filem2 French mmg jadi kegemaran sy. Mungkin sbb bahasanya yg kedengaran begitu romantik. Nanti nk pergi tengok jugaklah. Tiket dah beli nie
ReplyDeleteTak pernah te fok filem French ni .Best ke ?Ada yang kata best . Selain filem banyak jugak aktiviti yang dianjurkan ya .Meriah nampaknya. Kalau dekat saya bak join art de vivre tuh . boleh rasa makanan dorang puas puas.. hehehe
ReplyDeleteAlamak... Ketinggalan sungguh kita. Belum pernah tonton citer French. Tentu best romantik gitu kot kann... Nak laa try pi tengok satu dua movie nanti. Thanks sharing
ReplyDeleteTak pernah lagi tengok cerita perancis. Tapi perancis ni selalunya banyak benda2 romantik je kan? Mesti byk love story movie dia.
ReplyDeleteJarang tengok event dan rancangan perancis ni.. Hehehe.. Tapi bgusla ddia buat macam ni. .Sekurngnya boleh tengok kn . Pastu dapat rasa makan diaorang. .Hahaha. .
ReplyDeleteTak pernah lagi tonton cerita france. Nampak macam menarik tgk
ReplyDeletePada tajuk... tapi cerita france byk citer sedih dan romantik kan
OMG..I must have been living under the rock...I didn't even know that this festival existed. I just saw some of the trailers of some of the movies, really looks good.
ReplyDeleteWatched a few French movies before and I must say that their movies are usually more skewed towards love and romance. :)
ReplyDeleteThanks for informing. Will check out the Le French Festival ! Some of the movies trailers looks pretty interesting!
ReplyDeleteAla kelantan tak ada la kak min. Bencila macam ni. Hahhaha
ReplyDeleteSuch French festivals are very welcome among movie lovers.
ReplyDeleteSuch French festivals are very welcome among movie lovers.
ReplyDelete