Bebelan Cik Min

Facebook Instagram Twitter
  • Home
  • Content
    • Fashion
    • Food
    • Beauty
    • Travel
  • About
  • Contact Me
  • Disclaimer
  • Sitemap
Bila sebut je doktor gigi, aku pasti ramai yang kecut perut. Aku pun tak terkecuali sebagai individu yang tersenarai dalam golongan yang kecut perut nak pergi jumpa doktor gigi.

Tapi tahu tak korang yang penjagaan gigi adalah sangat penting bukan sahaja dari segi kesihatan malah dari segi penampilan. Gigi yang sihat dan terjaga mampu memberikan keyakinan yang tinggi pada seseorang. Ye la, dengan gigi yang cantik dan bersih dah pastilah buat korang rasa yakin nak berdepan dengan orang ramai kan? Hehehe..kalo gigi mula rongak atau nafas berbau dah pasti nak buka mulut pun malu!


Klinik Pergigian Dr Izzi

Becakap tentang gigi, minggu lepas aku dapatkan rawatan pergigian di Klinik Pergigian Dr Izzi sebab aku ada masalah bila makan je makanan akan melekat di gigi bahagian bawah belah kiri. Keadaan ini buat aku rasa tak selesa walaupun tak sakit. Jadi, minggu lepas aku atasi rasa takut nak jumpa doktor gigi tu demi nak tahu apa masalah dengan gigi bawah aku ni.

Aku pergi ke Klinik Pergigian Dr Izzi yang terletak di Seksyen 13 Shah Alam. Melangkah masuk ke Klinik Pergigian Dr Izzi ni, mata terarah pada dekorasi klinik yang kemas dan cantik serta disediakan ruangan untuk kanak-kanak.  Pada aku, klinik ni nampak sangat selesa dan 'mesra' pelanggan.





Bila tiba giliran aku, doktor buat sedikit pemeriksaan dan terus bawa aku ke bilik X-Ray. Ha?? Apa?? X-Ray gigi? Aku pun terpinga sebenarnya sebab maklumlah, kali pertama di usia yang menginjak ke angka 4 kat depan ni aku dengar perkataan X-Ray gigi. Tapi rupanya menurut doktor, setiap pesakit di sini akan dibawa ke bilik X-Ray untuk di X-Ray gigi sebelum menerima rawatan. 

Sebenarnya X-Ray ni bagus tau sebab kita boleh tahu tentang keadaan gigi kita hingga ke akar gigi. Terus terang, ini kali pertama aku buat X-Ray gigi. Selama ni aku tak pernah tahu pun tentang X-Ray gigi..yang aku tahu X-Ray gigi akan dibuat di hospital kerajaan dan cuma merujuk pada kes-kes tertentu je.

Sesi X-Ray ni tak lama pun sebenarnya. Tak sampai 5 minit pun dah siap. Cuma perlu laraskan muka atas mesin X Ray dan ikut arahan. Tu je..hehehe..cuma bagi pesakit perempuan macam aku yang pakai tudung banyak pin, pin-pin tu kena la tanggalkan terutama yang di bahagian dagu. 




Selepas sesi X-Ray barulah aku tau dengan lebih jelas apa masalah gigi aku. Sebelum sesi X-Ray memang doktor ada terangkan yang masalah makanan melekat di gigi bahagian bawah aku tu sebenarnya sebab gigi bongsu aku tumbuh dalam keadaan senget, bila keadaan gigi bongsu senget , makanan akan terletak di celah gigi yang tak sekata tu. Oooo..mati-mati aku ingat sebab gigi aku berlubang. 

Bila keputusan X-Ray terpampang, baru aku faham dengan lebih jelas tentang keadaan gigi bongsu aku yang senget tu. Dan Alhamdulillah, sebenarnya aku tak banyak hadapi masalah gigi kecuali tentang gigi bongsu yang tumbuh senget dan gigi atas bahagian kanan aku yang sedikit menurun sebab aku tak gantikan gigi geraham bawah aku yang aku cabut dulu. Menurut doktor, gigi kita ni dijadikan berpasangan..bila pasangannya tak ada maka ada memberi sedikit 'effect' la pada gigi yang tak ada pasangan tu. 



Selesai X Ray barulah aku meneruskan rawatan lain. Hari tu, sebab tak banyak masalah aku teruskan rawatan scaling atau dalam bahasa mudahnya cuci gigi. Jujur, aku suka buat rawatan kat sini sebab doktornya sangat berlembut ketika rawatan dijalankan..jadi, tak adalah rasa sakit bila gigi tu tengah di cuci. Maklumlah, ini bukan kali pertama aku buat rawatan cuci gigi ni. Dah banyak kali pun..tapi kali ni la yang buat aku rasa macam sebenarnya cuci gigi ni best! hahaha..



Sebab tu la aku nak kongsikan dengan korang tentang Klinik Pergigian Dr Izzi ni. Aku pasti yang korang pun akan rasa apa yang aku rasa bila korang dapatkan rawatan pergigian di sini.

Sedikit Tentang Klinik Pergigian Dr Izzi

Klinik Pergigian Dr Izzi telah ditubuhkan pada April 2015 dan pengasasnya adalah Dr. Izaza Binti Mohd. Zan yang mempunyai lebih dari 13 tahun pengalaman sebagai doktor professional. Dr. Izaza telah menamatkan pengajiannya dalam bidang Doctor Of Dental Surgery (D.D.S) dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)

Sehingga kini Klinik Pergigian Dr Izzi telah mempunyai 2 cawangan iaitu di Pandan Indah dan Shah Alam.

Klinik Pergigian Dr Izzi cawangan Pandan Indah


Ruangan permainan untuk kanak-kanak turut disediakan

Apa yang menarik tentang Klinik Pergigian Dr Izzi ialah, perkhidmatan pergigian untuk kanak-kanak seawal usia 6 bulan turut disediakan di sini. Ibu bapa yang mempunyai anak berusia seawal usia 6 bulan boleh mendapatkan rawatan buat anak-anak mereka bukan sahaja dari segi rawatan tetapi juga dari segi khidmat nasihat.

Di Klinik Pergigian Dr. Izzi ini, mereka sememangnya menekankan tentang kepentingan pendedahan awal pada anak-anak untuk mendapatkan rawatan pergigian. Dengan cara ini, kanak-kanak akan didik tentang kepentingan penjagaan gigi dari peringkat awal dan kesedaran ini sememangnya patut dipupuk di dalam diri setiap anak-anak. Jadi, bila diaorang membesar nanti tak adalah takut nak jumpa doktor gigi macam aku ni! hahaha..


Rawatan Pergigian di Klinik Pergigian Dr Izzi

Klinik Pergigian Dr Izzi telah menyediakan perkhidmatan :

Dental Consultation Restorative & Prosthodontic Oral Surgery 
a. Dental Consultation a. Crown & Bridge a. Extraction
b. X-ray b. Endodontic (Root Canal Treatment) b. Minor Oral Surgery
c. Dental Report c. Restroctive (Filling, desensitizer, fissure sealant)
d. Denture
Periodontic Orthodontic (Teeth Straightening) Teeth Whitening, Mouth Guard
a. Scaling & prophylaxis (polishing) a. Consultation & study model
b. Scaling & stain removal (Air Jet Polishing) b. Ortho bracket
c. Retainer-Essix (Upper or lower)
d. Removeable appliance

Secara jujur aku memang sangat selesa dapatkan rawatan pergigian aku di Klinik Pergigian Dr Izzi ni sebab selain persekitaran yang lebih 'mesra pelanggan' (tak ada la nampak macam suasana hospital..haha), kelengkapan yang yang ada di Klinik Pergigian Dr.Izzi ni semuanya moden dan yang terkini. 

Malah, bilik rawatannya pun sangat bersih, selesa dan teratur sangat. Doktor dan staff di Klinik Pergigian Izzi ni pun semuanya baik dan ramah. Pendek kata aku sangat berpuashati dengan perkhidmatan di sini. 


Selain rawatan pergigian, di Klinik Pergigian Dr Izzi juga ada menjual pelbagai jenis barangan yang berkaitan dengan kesihatan dan penjagaan gigi.





Kalau korang nak dapatkan rawatan pergigian di Klinik Pergigian Dr Izzi, korang boleh la datang ke klinik mereka yang terletak di :

1. Klinik Pergigian Dr Izzi (Cawangan Kuala Lumpur)
37 AAB, Persiaran MPAJ, Jalan Pandan Utama,
Pandan Indah, 55100
Ampang, Selangor

Tel : 03-42852005

2. Klinik Pergigian Dr Izzi (Cawangan Shah Alam)
8, Jalan Bola Tampar 13/14,
Seksyen 13, 40100 Shah Alam
Selangor

Tel : 03-55233254

Website : www.drizzidental.my
Facebook : www.facebook.com/drizzidentalclinic
Instagram : www.instagram.com/drizzidentalclinic


Share
Tweet
Pin
23 comments
Setiap tahun, bila tiba bula Ramadan..PWTC adalah antara tempat yang aku akan pergi untuk berbuka puasa. Kenapa? Sebab PWTC setiap tahun akan menghidangkan pelbagai menu menarik sepanjang bulan Ramadan dengan harga yang berpatutan.

Pada tahun 2019 ini, pihak restoran Riverside di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) mengetengahkan tema Citarasa Warisan @ PWTC dengan pelbagai menu menarik yang pasti tidak mengecewakan hati pelanggan.


Buat pengetahuan, promosi buffet Ramadan kali ini akan bermula dari 8 Mei 2019 sehingga 3 Jun 2019 dan dibuka bermula pada jam 6 petang hingga 10 malam dan pihak restoran Riverside PWTC bakal menghidangkan lebih daripada 250 jenis juadah makanan sebagai sajian berbuka puasa sepanjang Ramadan ini.

Lebih 250 Menu Berbuka Puasa

Macam yang aku sebut di atas, pada tahun ini pihak PWTC akan menghidangkan lebih 250 menu berbuka puasa khas buat para pelanggan mereka. 

Pasukan chef PWTC yang diketuai Eksekutif Chef, Suzaini Mohammed Salih akan menghidangkan menu istimewa masakan ala kampung yang akan bertukar juadah tiap minggu. Antara menu yang bakal menawan selera tetamu pada tahun ini ialah :

  • Ayam Kampung Kerisik & Betik Muda
  • Ayam Gulai Minang & Daun Salam
  • Kambing Masak Kari Utara
  • Ikan Pari Asam Pedas Sayur Jeruk
  • Ikan Patin Tempoyak dengan Timun Tua
  • Ayam Brastagi
  • Ikan Tenggiri Masak Kari Hijau dengan Terung Telunjuk
  • Siput Sedut Masak Lemak Kuning
Perghh..banyak kan? Itu belum sebut lagi bab pelbagai jenis lemang yang dihidangkan antaranya :

  • Lemang Pulut
  • Lemang Pulut Hitam
  • Lemang Jagung.

Jadi, bagi peminat Lemang..jangan lepaskan peluang untuk berbuka puasa di restoran Riverside PWTC. Macam aku haritu, memang asyik menghadap lemang dengan rendang. Memang layan habis..Bukan takat lemang, ketupat, satay dan kuah kacang pun ada. Hehe..rasa macam suasana hari raya pun ye!




Antara hidangan lain yang turut bakal ditawarkan kepada para tetamu yang hadir adalah :

  • 13 jenis ulam ulaman
  • 6 jenis keropok
  • 8 jenis jeruk
  • 7 jenis ikan masin
  • 14 jenis sambal 
  • 13 jenis kerabu 
  • Kambing goreng berempah
Kaunter bufet juga turut menyediakan hidangan manisas dan pencuci mulut seperti :

  • 8 jenis kuih muih Melayu termasuk tapai
  • 5 jenis kek
  • 4 jenis pai
  • Aneka jeli
  • Mousse & Pudding
  • 3 jenis bubur manis
  • Aneka biskut Melayu.



Kemudahan Surau & Pengangkutan Awam

Antara sebab yang aku suka berbuka puasa di PWTC ini ialah kerana mereka menyediakan surau yang besar dan di sini para tetamu bukan setakat boleh mengerjakan solat Maghrib tetapi juga Isyak dan Tarawih berjemaah bersama Imam di Surau Ar-Rahman yang terletak di aras 3 PWTC. Kelengkapan solat seperti sejadah dan telekung juga disediakan di sini.

Gambar Ihsan Google
Selain kemudahan surau yang besar dan selesa, untuk datang ke PWTC ni sangat mudah dengan menggunakan kenderaan awam seperti LRT & KTM. Aku sendiri sejujurnya, tiap kali datang ke PWTC aku senang menaiki LRT. Pada aku cara tu lebih mudah, jimat masa dan wang juga..hehe..jadi, tak payah nak pening-pening kepala bersesak dalam kesesakan lalulintas.

Harga Bufet Ramadan Yang Berpatutan

Harga untuk buffet ramadan pada tahun ini di PWTC ialah :

  • Dewasa RM88.00 (Early Bird RM75.00 - pembelian baucar sebelum 5 Mei 2019)
  • Kanak-kanak (berumur dari 7 hingga 12 tahun) RM45.00
  • Warga Emas yang berumur 60 tahun ke atas RM75.00
Pakej Berbuka Puasa Persendirian & Korporat dengan harga berula daripada RM98.00 untuk tempahan minima 100 orang ke atas. Pakej ini turut menyediakan :

  • Hidangan bufet
  • Dewan khas untuk berbuka
  • Sistem audio
  • Penyediaan ruang solat khas
  • Kadar parkir tetap bernilai RM5.00 bermula dari jam 6.00 petang
Untuk tempahan, boleh hubungi :

03-26146701
03-26146702


Share
Tweet
Pin
17 comments
Assalamualaikum semua..wahhh..teruja pulak rasa sebab ni artikel pertama aku untuk buffet ramadan 2019. Bagi yang memang follow aku, tahun lepas aku memang banyak sangat review buffet ramadan sekitar KL. Tapi tahun ni aku akan kurangkan sikit, jadi aku akan pilih mana yang betul-betul aku rasa berkenan di hati untuk kongsikan dengan korang.

Sebagai artikel pembuka buffet ramadan 2019 ni, aku pilih Aloft Hotel Kuala Lumpur Sental. Tahun ni Aloft Hotel Kuala Lumpur Sentral memperkenalkan hidangan selera Indonesia di Nook iaitu restoran di Aloft Hotel Kuala Lumpur Sentral yang diberi nama Joms Buka @ Nook Selera Indonesia.



Bagi peminat-peminat masakan dari negara seberang ni, jangan lepaskan peluang korang untuk membawa keluarga berbuka puasa di sini nanti ya! Terdapat lebih 150 hidangan yang akan dihidangkan sendiri oleh Sous Chef mereka iaitu Chef Ahmad Zaki Harun & Junior Sous Chef iaitu Chef Muhammad Hafiz Izham.



Pelbagai Menu Menambat Hati 

Aku sendiri dah merasai menu-menu yang disediakan di sini dan yang paling aku tertarik ialah Kambing Bakar Bumbu iaitu kambing bakar yang telah diperap dengan pelbagai rempah pilihan. Dan yang pasti 'sambal kicap' yang dihidangkan bersama menu bakar-bakar memang sangat umphhh...

Oh ya! Lagi satu menu yang aku asyik ulang tambah ialah Daging Sapi Gongso. Perghhh..bukan nak main jiwa, tapi dagingnya memang lembut dan juicy sangat disamping rasa bahan perapan yang betul-betul mesra dengan daging yang dibakar tu.


Daging Sapi Gongso
Selain menu di atas, terdapat banyak lagi menu yang aku pasti buat korang tak tidur malam sebab asyik teringat-ingat keenakannya. Antara menu yang ada di sini ialah :


  • Bakso
  • Nasi Ayam
  • Ayam Cabe Ijo
  • Tempe Goreng Berempah
  • Ikan Bumbu Berempah
  • Gado Gado
  • Urap Sayur
  • Rojak Uleg Indonesia
  • Pecal Kangkung
  • Cilok dengan Kuah Kacang





Ha..itu belum cerita bab pencuci mulut. Pelbagai pencuci mulut ada tersedia di sini antaranya aneka jenis kuih muih, kek, bubur dan banyak lagi. Minuman pula dihidangkan dengan pelbagai pilihan dan aneka minuman sejuk mahupun panas. Pendek kata jika berbuka puasa di sini, korang akan diberi pelbagai pilihan mengikut selera masing-masing.






Kenapa Perlu Berbuka Puasa Di Sini?

Aku tau mesti ada yang tanya camtu kan? Apa yang istimewanya Joms Buka @ Nook Selera Indonesia ni kan? Pada aku berbuka di sini berbaloi kerana :

  • Tempat Makan Yang Selesa
Aku sukakan konsep di Nook ni sebab tempat makannya santai dan luas. Yang paling penting tempat ni buatkan korang rasa sangat selesa terutama dalam menikmati juadah berbuka puasa bersama keluarga mahupun sahabat handai.



  • Kemudahan Pengangkutan Awam.
Aloft Hotel Kuala Lumpur Sentral ni terletak di KL Sentral. Jadi, cakap apa je jenis pengangkutan awam yang korang nak seperti LRT, Monorail, KTM semuanya ada dan mudah. Macam aku sendiri hari tu, aku menaiki KTM dari Shah Alam dan terus direct ke KL Sentral. Mudah kan?



  • Harga yang berpatutan
Harga buffet ramadan di Joms Buka @ Nook Selera Indonesia ni ialah RM138 untuk dewasa, hidangan adalah bermula 7hb May - 3hb Jun 2019 dari pukul 6.30 petang hingga 10.30 malam. Namun begitu, jika korang beli 'Early Bird Voucher' Harganya cumalah RM105 nett/voucher (1-35 voucher) tapi kalau korang beli 36 keping voucher ke atas, harganya jadi lebih rendah iaitu RM95 sahaja! Dan Early Bird Voucher ini mula dijual pada 1 April - 3 May 2019. Jadi jangan lepaskan peluang korang ye!

Untuk keterangan lanjut mengenai Joms Buka @ Nook Selera Indonesia, korang boleh terus menghubungi pihak Aloft Hotel Kuala Lumpur Sentral di :

Tel : +603 27231188
Website : www.aloftkualalumpursentral.com

Share
Tweet
Pin
2 comments
Siapa peminat filem-filem dari Perancis? Ni berita baik untuk korang semua kerana Le French Festival (LFF) kini kembali ke Malaysia dengan edisi ke 18!

Bukan setakat filem tetapi Le French Festival kembali dengan mempersembahkan pameran kesenian, muzik, persembahan teater dan banyak lagi.

Baru-baru ni aku berkesempatan untuk menghadiri majlis perasmian Le French Festival yang bertempat GSC Mid Valley Megamall. Acara berlangsung meriah dengan kehadiran pihak penganjur, pihak penaja dan rakan kongsi selain kehadiran pelakon serba boleh Malaysia iaitu Sharifah Amani.





Bagi yang tak tahu macam aku, Le French Festival ni dah berlangsung sebanyak 18 kali dan telah diperkenalkan di Malaysia sejak tahun 2001.

Aku sendiri jujurnya baru je mengetahui tentang Le French Festival ni dan baru-baru ni jugak buat pertama kalinya aku menyaksikan filem Perancis yang bertajuk Edmond, sebuah filem komedi yang sangat menarik untuk ditontoni.


Le French Festival 2019 akan menampilkan trend dan hiburan terkini dari perancis termasuk :
  • French Film Festival terbesar di Malaysia dengan lebih daripada 16 filem perancis yang memenangi anugerah (dengan sarikata Bahasa Inggeris disediakan)
  • Pelbagai artis muzik dari Malaysia mempersembahkan muzik Perancis
  • Pertunjukan teater dan tarian secara langsung.
  • Acara Art de Vivre termasuk merasa makanan & minuman Perancis, kelas memasak dan banyak lagi.

Manakala, untuk festival yang dijadualkan akan berlangsung pula adalah seperti berikut :

Bandar Terlibat
Tarikh
Kuala Lumpur
4 April – 28 April
Pulau Pinang
25 April – 5 May
Johor Bahru
2 May – 5 May
Kota Kinabalu
9 May – 12 May


Bagi tayangan filem pula, antara filem-filem yang akan ditayangkan adalah :


  • Edmond (sebuah filem komedi)



  • Funan (filem animasi)


Dan tayangan filem yang dijadualkan pula adalah seperti berikut :

Bandar Terlibat
GSC Cinema Yang Terlibat
Tarikh
Lembah Klang
Pavilion Kuala Lumpur
Mid Valley Megamall
1Utama Shopping Centre
4th to 21st April 2019
Pulau Pinang
Gurney Plaza
25th to 5th May 2019
Johor Bahru
Paradigm JB Mall
2nd to 5th May 2019
Kota Kinabalu
Suria Sabah Mall
9th to 12th May 2019

Macam yang aku sebutkan tadi, selain tayangan filem terdapat juga persembahan : 

  • Teater
  • Muzik
  • Pameran
  • Tarian
  • Gastronomy & tasting

Jika korang berminat untuk menyertai Le French Festival 2019, boleh la rujuk :

Official Website : www.lefrenchfestival.com.my
Facebook Page : www.facebook.com/lefrenchfestivalmy
Instagram : www.instagram.com/lefrenchfestival_my


Share
Tweet
Pin
17 comments
Berkesempatan merasai sendiri kari kepala ikan yang viral di Batu 3, Shah Alam minggu lepas adalah ibarat rezeki tergolek buat aku.

Mana taknya..selama ni asyik dengar tentang 'kehebatan' kari kepala ikan di sini tapi belum berkesempatan nak rasa sendiri. Bila ada member yang ajak lepak makan kari kepala ikan di sini Sabtu lepas, langsung aku tak menolak.

Terletak betul-betul di tepi jalan berhampiran stesen minyak Petron dan kilang gula CSR, D'Warees Resipi ini memulakan operasi seawal 6.30 pagi dan tutup pada pukul 4.30 petang. D'Warees Resipi beroperasi setiap hari kecuali pada hari Ahad.


Oleh kerana D'Warees Resipi ni terkenal dengan hidangan kari kepala ikan yang 'menyengat', warung viral tepi jalan ni memang sentiasa penuh dengan kehadiran pelanggan dari seluruh pelusuk daerah di Malaysia ni. Cakap je dari mana..Johor? Perak? Kelantan? semua pun serbu warung ni demi kari kepala ikan.



Menurut En Ahmad Tarmizi iaitu pemilik D'Warees Resipi, hidangan kari kepala ikan menjadi permintaan pelanggan seawal pukul 10 pagi. Katanya kalau pukul 10 pagi kari kepala ikan belum dihidangkan, pelanggan mula merungut. Perghhh agak dahsyat ye penangan kari kepala ikan di sini.

En.Ahmad Tarmizi Bin Khalid (pemilik D'Warees Resipi)


Pengalaman Merasai Sendiri Keenakan Rasa Kari Kepala Ikan di D'Warees

Tak tahan asyik dengar cerita yang kari kepala ikan kat sini sedap, minggu lepas aku sendiri 'turun padang' ke D'Warees Resipi ni. Dari rumah aku tak jauh sangat pun sebab aku tinggal di Klang, manakala D'Warees Resipi ni terletak di Batu 3, Shah Alam.

Hidangan utama dan pertama yang aku order sudah semestinya kari kepala ikan la. Sampai je kari kepala ikan kat meja, memang dah rasa kecur air liur. Mana taknya, bukan main besar kepala ikan yang dihidang dengan bau kari yang cukup menyelerakan.



Di sini, ada beberapa jenis kari kepala ikan yang dihidangkan. Antaranya ialah :

  • Ikan Merah
  • Ikan Jenahak
  • Ikan Kerapu
  • Ikan Tenggiri
  • Ikan Mayong
Harga setiap hidangan kari kepala ikan ini pula bermula dari RM25-RM100 mengikut jenis dan saiz ikan. Pernah juga harganya mencecah sehingga RM200 mengikut saiz permintaan daripada pelanggan. Untuk pengetahuan korang, rekod kepala ikan terbesar yang pernah dihidangkan ialah kepala ikan bersaiz 7kg! Allahu..besarnya..

Kat sini, kari kepala ikan yang terjual setiap hari adalah sehingga 50-70 ketul kepala ikan tau! Perghh punya dahsyat ye penangan kari kepala ikan kat sini.

Kalau tanya aku tentang kesedapan kari kepala ikan kat sini..aku bagi 5 bintang! Memang sedap sangat dan yang penting kepala ikan tu sendiri segar ye! Menurut pemilik D'Warees Resipi lagi, bekalan kepala ikan segar ini dibeli setiap pagi seawal pukul 4 pagi pada setiap hari.



Bagi yang tertanya..cuma kari kepala ikan je ke yang ada di sini? Jangan bimbang, sebab selain kari kepala ikan terdapat pelbagai lagi hidangan lain yang sedap-sedap. Antaranya kari kambing, masak lemak nangka, asam pedas, kuma daging, pajeri nenas, ulam-ulaman, sambal belacan dan banyak lagi yang korang boleh pilih. tapi yang paling istimewa di sini selain kari kepala ikan ialah ikan pinpin yang digoreng rangup! aku pun kali pertama cuba ikan ni..hehehe..memang sedap sebab rangup macam keropok.



Selain ada jualan lauk dan nasi, sebenarnya di sini juga ada dijual kuih muih. Hehehe..peberet kuih kat D'Warees Resipi ni ialah kuih buah melaka. Kuih buah melaka kat sini memang kena sangat lah dengan tekak aku..hahaha..hari tu aku makan sepiring yeeee tanpa dikongsi dengan orang lain! hahaha..


Kalau korang yang sejenis kaki makan..aku memang cadangkan korang untuk datang ke D'Warees Resipi yang terletak di Batu 3, Shah Alam, bersebelahan dengan kilang gula CSR dan stesen minyak Petron. Atau korang waze je 'D'Warees Resipi'

Untuk maklumat lanjut mengenai warung viral tepi jalan ni, korang boleh lawati facebook mereka iaitu :

Facebook : https://www.facebook.com/dwareeshomepage

Last but not least, enjoy video ni ye..


Share
Tweet
Pin
21 comments
Newer Posts
Older Posts

Pn. Haniza 019-3995566

 


017-2757517 Shaklee


 

About me

About Amalie

Hai. Saya Cik Min, pemilik blog ini yang suka membebel dalam banyak perkara. Namun, bebelan saya bersifat positif demi untuk perbaiki diri dan orang yang membaca blog ini.

Terima kasih.

Follow Me

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter
Min'z Sambal Hitam Pahang

Cik Min

Jangan Copy Paste Artikel Saya :)

Followers


Popular Posts

  • Jatuh cinta dengan Vit E Cream Cosmoderm
  • Jom Bercuti Ke Penang Bersama Traveloka
  • Sandwich Telur Roti Tesco..
  • Tips Memilih Minyak Hitam Untuk Kenderaan Korang!
  • Mee Roti Goreng Hidangan Rare & Unik di Premiere Hotel Klang

Labels

Beauty Fashion Food Review Health Personal Product Review Recipe Travel

Contact Form

Name

Email *

Message *

Instagram Facebook Twitter

Created with by BeautyTemplates| Distributed By Gooyaabi Templates