Rasulullah Shallallahu Alaihi Wasallam bersabda:
إني قد تركت فيكم شيئين لن تضلوا بعدهما كتاب الله وسنتي
“Sesungguhnya aku telah tinggalkan untuk kalian dua pedoman yang kalian tidak akan tersesat setelahnya: kitabullah dan sunnahku”
(HR.Al-Hakim dalam Al-Mustadrak (1/172), dari Abu Hurairah Radhiallahu Anhu. Disahihkan Al-Albani dalam Shaih Al-jami’: 2937)
Membaca Al-Quran Al-Kariem merupakan kewajiban tiap muslim, paling tidak di dalam solat. Iaitu surah Al-Fatihah yang wajib dibaca saat ketika melakukan ibadah solat 5 waktu


Apapun perintah untuk membaca Al-Quran, tentu saja begitu banyak kita dapati di dalam dalil-dalil. Di antaranya adalah firman Allah SWT:
يَا أَيُّهَا الْمُزَّمِّلُ قُمِ اللَّيْلَ إِلَّا قَلِيلًا نِصْفَهُ أَوِ انقُصْ مِنْهُ قَلِيلًا أَوْ زِدْ عَلَيْهِ وَرَتِّلِ الْقُرْآنَ تَرْتِيلًا
Hai orang yang berselimut (Muhammad),bangunlah (untuk sembahyang) di malam hari, kecuali sedikit (daripadanya),(yaitu) seperduanya atau kurangilah dari seperdua itu sedikit,atau lebih dari seperdua itu. Dan bacalah Al-Qur’an itu dengan perlahan-lahan. (QS Al-Muzzammil: 1-4)
اتْلُ مَا أُوحِيَ إِلَيْكَ مِنَ الْكِتَابِ وَأَقِمِ الصَّلَاةَ إِنَّ الصَّلَاةَ تَنْهَى عَنِ الْفَحْشَاء وَالْمُنكَرِ وَلَذِكْرُ اللَّهِ أَكْبَرُ وَاللَّهُ يَعْلَمُ مَا تَصْنَعُونَ
Bacalah apa yang telah diwahyukan kepadamu, iaitu Al-Kitab dan dirikanlah solat. Sesungguhnya solat itu mencegah dari keji dan mungkar. Dan sesungguhnya mengingat Allah adalah lebih besar. Dan Allah mengetahui apa yang kamu kerjakan. (QS Al-Ankabut: 45)

Beanahomequran Tawarkan Pengajian Al-Quran di Rumah

SIBUK! Itulah alasan kita seharian untuk pelbagai bentuk aktiviti. Tanpa kita sedari, kesibukan adakala menjauhkan kita dari Tuhan..Nauzubillahiminzalik. Aku tak kata orang lain. Aku kata tentang diri aku sendiri. Kalau dulu ketika zaman bersekolah, hampir setiap hari aku mengaji Al-Quran, tapi sekarang dengan menggunakan alasan SIBUK..baca yassin seminggu sekali pun dah jarang.

Kadang aku memang sedih dan terfikir..Allah yang bagi aku masa, Allah yang bagi aku rezeki tapi aku gagal 'cipta' masa itu sendiri untuk mendekatkan diri denganNYA, gagal cipta masa walau 5 minit untuk membaca Al-Quran! Ya Allah..jahilnya aku.

Nasiblah aku bertemu Puan Anna iaitu pengasas Beanahomequran. Dari Puan Anna la aku mula tahu tentang Beanahomequran yang menawarkan kelas-kelas pengajian Al-Quran di rumah. Maksudnya, tiada lagi alasan SIBUK untuk belajar mengaji Al-Quran kerana Beanahomequran sendiri yang akan datang ke rumah kita.

Sekarang dah tak ada alasan 'penat' atau 'malas nak keluar rumah lepas balik kerja' sebab tenaga pengajar dari Beanahomequran sedia membantu dan memberi tunujk ajar tentang cara mengaji dengan betul di rumah kita sendiri!


Apa Itu BeanahomeQuran & Kelebihannya?

Beanahomequran adalah milik syarikat Beana Homequran Sdn Bhd yang telah ditubuhkan sejak Disember 2016 dan diasaskan oleh Puan Anna Rosdijanti Ahmat Rusdi yang berpendidikan Ijazah Sarjana Muda Bahasa Arab Universiti Al-Azhar Mesir.




Perkataan 'Beana' sendiri membawa maksud JADILAH SAYA iaitu dari gabungan bahasa Inggeris 'be' dan bahasa Arab 'Ana' (saya) untuk menerapkan bahawa segala bentuk kejayaan di dunia dan akhirat adalah dari diri sendiri.

Beanahomequran adalah satu platform yang membantu masyarakat untuk lebih mudah membaca Al-Quran mengikut kesesuaian dan keselesaan pelajar, fleksible dan sangat sesuai kepada individu atau ibu bapa yang penuh dengan kesibukan aktiviti harian

Kelebihan Beanahomequran ini adalah kita tak perlu bersusah payah nak ke kelas sebab kelas pengajian akan berlangsung di rumah kita mengikut masa dan kesesuaian tempat yang kita pilih. Jadi dah tak payah nak pening kepala nak tergesa-gesa bersiap selepas balik bekerja atau tak payah nak siapkan anak-anak untuk ke kelas mengaji di luar sebab tenaga pengajar dari Beanahomequran sendiri yang akan muncul di pintu rumah kita. Lebih mudah dan menjimatkan masa kan?


Tenaga pengajarnya juga adalah tenaga pengajar yang bertauliah dan semestinya dipilih dengan teliti untuk setiap sesi pegajaran Al-Quran yang disediakan. Manakala kelas pembelajaran pula hanyalah 4 kali dalam sebulan. 

Menariknya, kelas pengajian Al-Quran yang ditawarkan oleh Beanahomequran ini bukan sahaja secara persendirian (rumah ke rumah) tetapi juga ditawarkan kepada kumpulan kecil dan kumpulan besar (max 6 orang) di rumah atau di pejabat atau di mana-mana tempat yang bersesuaian  dan ia berkonsep talaqi kepada kanak-kanak dan dewasa untuk lebih fokus dalam pembelajaran Al-Quran dan ilmu Fardhu Ain.



Apa yang lebih menarik ialah sistem pembelajaran yang ditawarkan di Beanahomequran ini ialah :

1. 50 jam boleh membaca Al-Quran :

  • Kaedah pembelajaran menggunakan flashcard yang direka khas untuk mengekalkan kefahaman melalui rangsangan pergerakan
  • Pelajar didedahkan dengan penggunaan gadjet yang positif di mana pelajar akan membaca menggunakan slideshow
  • Pelajar juga akan diberikan workbook untuk lebih menarik fokus dan minat membaca Al-Quran.
2. Memiliki jadual untuk memupuk minat membaca Al-Quran secara tertib.

3. Kelas Fardhu Ain secara percuma 

4. laporan pembelajaran dan pengajaran setiap minggu.


Peluang Menjadi Tenaga Pengajar di Beanahomequran

Ini pula berita baik bagi mereka yang mencari peluang pekerjaan baik sepenuh masa atau pun separuh masa.




Beanahomequran turut menawarkan peluang pekerjaan sebagai tenaga pengajar bagi mereka yang berminat serta berkelayakan dengan elaun sebanyak RM30/jam. Berikut adalah perincian tentang pengambilan tenaga pengajar :

SKOP KERJA

1. Mengajar Al-Quran dan asas Fardhu Ain
2. Menagajar Kelas Asas Hafazan
3. Mengajar dalam Bahasa Melayu atau Inggeris
4. Mengajar Kelas Advance

SYARAT-SYARAT KELAYAKAN

1. Warganegara Malaysia
2. Berumur 20 tahun ke atas
3. memiliki sekurang-kurangnya Diploma Pengajian Islam atau ap-apa sijil yang diiktiraf.
4. Mengajar di sekitar Selangor, Kuala Lumpur & Putrajaya.
5. Memiliki kenderaan 
6. Memiliki Smartphone

KELEBIHAN MENJADI TUTOR BEANAHOMEQURAN


Berhak Menyusun Jadual Kerja Sendiri

Dengan menjadi tutor di Beanahomequran, korang berhak menyusun jadual kerja korang sendiri. Pihak Beanahomequran memberi kelonggaran kepada tutornya untuk menyusun jadual mereka sendiri yang bersesuaian dengan masa dan tempat pilihan.



Bekerja Dengan Waktu Yang Fleksible

Menjadi tutor di Beanahomequran membolehkan korang bekerja dengan waktu yang fleksible. Jadi korang tak perlu terkejar-kejar atau pun bimbang dengan jadual kerja yang padat. Beanahomequran memberi kelonggaran dari segi waktu bekerja asalkan sesuai dengan masa korang.



Peluang Mengajar di Tempat Sendiri

Mengikut strategi Beanahomequran, tutor hanya perlu bekerja dan mengajar di sekitar tempat tinggal tutor. Contoh macam aku tinggal di Klang, jadi aku cuma perlu mengajar di sekitar Klang je. Tak perlu memandu jauh-jauh untuk mengajar di luar kawasan.



Elaun Yang Lumayan

Pihak Beanahomequran turut menyediakan elaun yang lumayan kepada tutor.



Penyata Elaun disediakan

Penyata elaun/penyata gaji turut disediakan bagi memudahkan urusan KWSP dan urusan yang berkaitan yang memerlukan penyata elaun.


Insentif Belian Kereta & Umrah

Satu perkara yang sangat menarik minat aku ialah tentang insentif pembelian kereta dan umrah yang telah disediakan oleh pihak Beanahomequran kepada tenaga pengajar yang berkhidmat dengan mereka. Dengarnya pihak Beanahomequran menyediakan pakej umrah buat semua tenaga pengajar. Hurmm..kalau lah aku berkelayakan dah lama aku grab peluang ni!



Reward Tutor Bulanan

Selain kelebihan-kelebihan di atas, tutor turut akan menikmati reward bulanan. Reward ini diberikan sebagai penghargaan kepada pihak tenaga pengajar selain sebagai galakkan kepada tutor untuk berkhidmat dengan lebih baik lagi.

Latihan & Konsultasi disediakan

Latihan & konsulasi akan diberikan oleh pihak Beanahomequran sebagai bimbingan kepada tutor sebelum berhadapan dengan pelajar. sesi latihan dan konsultasi ini diberikan supaya tutor mengetahui teknik dan kaedah pembelajaran yang akan digunakan oleh pihak Beanahomequran.

Perghhh..agak menarik juga ye jadi tenaga pengajar di Beana Homequran ni. Bagi korang yang mencari kerja separuh masa boleh la cuba contact pihak Beana Homequran ni. Kalau korang berminat boleh je terus hantar resume korang ke info.beanahomequran@gmail.com atau korang boleh terus whatsapp ke :

011-37391905 (Cik Sofea)

Juga boleh dapatkan borang pendaftaran di http://bit.ly/2ikDC4j

Untuk keterangan lanjut mengenai Beana Homequran :

Tel : +6011-52234111

Moga kita semua terus istiqomah menjadi hambaNya yang berjaya dunia dan akhirat.