Kota Padang merupakan ibu negeri dan bandar terbesar di Sumatra Barat, Indonesia. Kota Padang menyimpan banyak sejarah-sejarah dan kisah-kisah lagenda menarik antaranya lagenda Siti Nurbaya dan lagenda Malin Kundang.
Berkesempatan untuk melawati Padang pertengahan bulan November lepas, merupakan 1 pengalaman yang tak dapat aku lupakan. Maklum lah..sejak kecil, antara tempat yang paling aku nak pergi ialah melihat sendiri batu 'Tanggang' atau versi Indonesianya ialah Malin Kundang. Ye la..sejak kecil kita disogokkan dengan cerita-cerita lagenda yang menjadi tauladan tersebut..jadi aku memang dari kecil sangat-sangat bercita-cita untuk menyaksikan sendiri anak derhaka yang disumpah menjadi batu tu!
Berkesempatan untuk melawati Padang pertengahan bulan November lepas, merupakan 1 pengalaman yang tak dapat aku lupakan. Maklum lah..sejak kecil, antara tempat yang paling aku nak pergi ialah melihat sendiri batu 'Tanggang' atau versi Indonesianya ialah Malin Kundang. Ye la..sejak kecil kita disogokkan dengan cerita-cerita lagenda yang menjadi tauladan tersebut..jadi aku memang dari kecil sangat-sangat bercita-cita untuk menyaksikan sendiri anak derhaka yang disumpah menjadi batu tu!
Perjalanan dari Kuala Lumpur ke Padang, Indonesia dengan menaiki pesawat ni cumalah mengambil masa selama 1 jam sahaja. Dari KLIA akan mendarat ke Lapangan Terbang Antarabangsa Minangkabau.
Sesampai je di Lapangan Terbang Antarabangsa Minangkabau, mata memang dah tertarik dengan bentuk binaan bangunan. Rata-rata bangunan dan rumah di sekitar Kota Padang ni dibina dengan bentuk Minangkabau yang sangat-sangat mencuri perhatian aku. Jom aku kongsikan dengan korang tempat terbaik di Padang yang wajib korang lawati.
Tempat Menarik di Padang Yang Wajib Dilawati
1. Monumen Gempa
Monumen Gempa Padang atau Tugu Gempa Padang telah ditubuhkan bagi memperingati peristiwa gempa yang melanda Sumatra Barat pada tahun 2009. Gempa yang terjadi pada 30 September 2009 yang mencecah 7.9 skala ritcher itu telah mengorbankan seribu lebih jiwa.
2. Vihara See Hin Kiong
Merupakan tempat ibadat Buddha yang juga telah musnah ketika gempa bumi yang melanda pada tahun 2009. Namun kini, rumah ibadat tersebut telah dibangunkan semula dan dibina ditempat baru yang berhampiran dengan tapak asal rumah ibadat tersebut.
Kelenteng See Hin Kiong ini merupakan kelenteng (tokong) pertama yang didirikan di Kota Padang dan didirikan pada tahun 1841 oleh bangsa Hok Hwa yang berasal daripada Tiongkok. Selepas musnah pada kejadian gempa bumi pada tahun 2009, kelenteng See Hin Kiong ini mula dibangunkan semula pada tahun 2010.
3. Jambatan Siti Nurbaya
Jambatan ini sangat popular dan menjadi tempat menarik yang wajib dilawati oleh setiap pelancong yang berkunjung ke Padang, Indonesia ini. Siti Nurbaya adalah sebuah kisah lagenda yang sangat terkenal di Sumatra Barat.
4. Pantai Aie Manih (Pantai Air Manis)
Pantai Air Manis adalah sebuah pantai yang menjadi tarikan pelancong kerana di Pantai Air Manis ni terdapat batu yang berbentuk kapal dan manusia yang tengah sujud. Batu inilah lagenda Malin Kundang yang terkenal diseluruh dunia. Kalau di Malaysia, kisah Malin Kundang ni dikenali sebagai Tanggang.
Kisah teladan yang berasal dari Sumatera Barat ini seakan kisah Tanggang jika di Malaysia.
Menceritakan tentang Malin Kundang yg berasal dari keluarga miskin yang kemudiannya merantau mencari pekerjaan demi memperbaiki kehidupan keluarga namun mula lupa diri bila menjadi jutawan.
Hingga suatu saat selepas bertahun meninggalkan kampung halaman, meninggalkan ibu tua yang sentiasa merindui kepulangan anak tersayang, Malin Kundang akhirnya pulang ke kampung halaman sebagai seorang jutawan yang mempunyai ratusan kapal pelayaran.
Si ibu yang merindui sang anak pergi menemui Malin Kundang namun ditepis pelukan dan diberi kata nista hanya kerana si ibu hidup dalam keadaan miskin dan datang dalam pakaian compang camping serta tidak mengakui sang ibu sebagai ibunya.
Ibu yang terlalu sedih & hampa mula menadah tangan dan berdoa ‘jika benar dia anak ku, jadikanlah dia batu’ dan benarlah bahawa doa seorang ibu lebih2 lagi yang teraniaya memang tiada hijab..lalu badan si Malin Kundang dan seluruh kapalnya mula mengeras dan menjadi batu.
Kabarnya Malin Kundang mula sujud memohon keampunan sang ibu namun segalanya sudah terlambat.
Begitu lah kisah si Malin Kundang yang derhaka. Mitos atau benar? Tinggalannya masih wujud ke hari ini dan korang boleh datang sendiri ke Padang, Indonesia atau lebih tepatnya ke Pantai Aie Manih untuk melihat sendiri bukti kewujudan kisah tersebut.
Masih jelas kelihatan batu menyerupai orang tengah bersujud dan tinggalan kapal yang menjadi batu.
Oh ye..di Pantai Air Manis ni terdapat pelbagai aktiviti yang disediakan untuk para pengunjung, antaranya ialah aktiviti menaiki ATV. Oleh kerana pantai ni luas, untuk berjalan kaki ke batu Malin Kundang ni agak lelah berjalan..jadi ATV disediakan dan kadar sewaan lebih kurang RM30 je untuk 60 minit.
5. Kampung Budaya Limau Manis
kampung budaya Limau Manis ini adalah sebuah tempat yang mempamerkan kesenian dan kebudayaan masyarakat Padang. Terdapat persembahan silat dan tarian kebudayaan. Malah di sini juga kami dihidangkan dengan makan malam secara tradisi di mana para tetamu dijamukan dengan hidangan tradisi dan makan bersila.
Antara seni kebudayaan yang dipersembahkan ialah Tari Buai, Tari Sampan dan Gendang Tambua Danau Malinjau.
6. Masjid Raya Padang
Antara tarikan wajib dilawati di Padang, Indonesia ni ialah Masjid Raya Sumatera Barat atau dikenali juga sebagai Masjid Mahligai Minang yang merupakan masjid terbesar dan termegah di Sumatera Barat
Terletak di Jalan Khatib Sulaiman, Alai Parak Kopi, Padang Utara, Masjid Raya Padang mula dibagunkan pada 21 Disember 20017
Masjid ini dibangunkan di atas kawasan seluas 40 ribu meter persegi dengan keluasan bangunan mencapai 18 ribu meter persegi.
Sungguh, memang terpegun bila tengok masjid secantik dan seunik ini depan mata.
Di Padang ni uniknya kebanyakan bangunan termasuk pejabat-pejabat kerajaan, masjid mahupun rumah kebanyakannya semua berbentuk Minangkabau.
7. Pulau Pagang
Antara pulau tercantik yang pernah aku jejak. Ya Allah..cantik sungguh Pulau Pagang ni. Kalau korang ke Padang jangan lupa untuk ke Pulau Pagang. Pasir yang putih, air yang jernih dan pemandangan yang cantik. Memang berbaloi datang ke sini.
9. Pulau Sirandah
10. Pulau Suwarnadwipa
Pulau ni turut disediakan resort yang cantik dan menarik berbentuk Minangkabau. Paling aku suka Pulau Suwarnadwipa ni ialah tarikannya adalah buaian didasar lautan. Memang menarik. Tapi aku tak ada rezeki untuk bergambar di buaian dasar lautan walau dah cuba beberapa kali..ehehehe..
11. Gunung Padang
Hari terakhir kami di Padang, kami dibawa ‘hiking’ ke Gunung Padang di mana terletaknya makam Siti Nurbaya iaitu sebuah lagenda terkenal di Sumatera.
Antara pulau tercantik yang pernah aku jejak. Ya Allah..cantik sungguh Pulau Pagang ni. Kalau korang ke Padang jangan lupa untuk ke Pulau Pagang. Pasir yang putih, air yang jernih dan pemandangan yang cantik. Memang berbaloi datang ke sini.
8. Pulau Pasumpahan
Terletak tidak jauh dari Pulau Pagang.
9. Pulau Sirandah
Pulau ni turut disediakan resort yang cantik dan menarik berbentuk Minangkabau. Paling aku suka Pulau Suwarnadwipa ni ialah tarikannya adalah buaian didasar lautan. Memang menarik. Tapi aku tak ada rezeki untuk bergambar di buaian dasar lautan walau dah cuba beberapa kali..ehehehe..
11. Gunung Padang
Hari terakhir kami di Padang, kami dibawa ‘hiking’ ke Gunung Padang di mana terletaknya makam Siti Nurbaya iaitu sebuah lagenda terkenal di Sumatera.
Kisah Siti Nurbaya adalah kisah cinta yang tidak berkesampaian. Siti Nurbaya diceritakan telah bercinta dengan seorang pemuda bernama Shamsul Bahri namun cinta mereka tidak berkesampaian apabila Siti Nurbaya telah dikahwinkan secara paksa dengan Datuk Maringgih seorang lelaki tua berharta setelah keluarga Siti Nurbaya tidak dapat melunaskan hutang-hutang mereka pada Datuk Maringgih.
Dipendekkan cerita, Datuk Maringgih yang berdendam kepada isterinya kerana cemburu pada kisah silam Siti Nurbaya dan Shamsul Bahri telah meracuni sendiri isterinya. Siti Nurbaya telah mati setelah memakan lemang yang diracuni suaminya. Manakala Shamsul Bahri yang menganggotai pasukan tentera Belanda pula mati ketika berperang dengan Datuk Maringgih.
Kemudiannya Siti Nurbaya telah dimakamkan di Gunung Padang.
Makam Siti Nurbaya yang terletak di Gunung Padang |
Pemandangan dari puncak Gunung Padang. Huruf yang korang nampak ni adalah huruf dari tulisan 'Gunung Padang' yang aku share kat atas tadi. |
Ha...itu tempat-tempat menarik yang korang boleh lawati di Padang, Indonesia ni. Sebenarnya untuk datang ke sekitar tempat menarik di Kota Padang ni terdapat bas percuma 'City Tour' disediakan. Cuma korang perlulah mengikut jadual.
Nah..sekarang aku kongsikan pula tempat makan menarik yang aku sempat singgah menjamu selera ketika di Padang.
Tempat Makan Menarik di Padang
1. Rumah Makan Sederhana
Rumah Makan Sederhana ni antara yang terkenal di Padang. Menghidangkan makanan Minang dan menjadi tumpuan para pelancong.
2. Rumah Makan Lamun Ombak
Sama seperti Rumah Makan Sederhana..Rumah Makan Lamun Ombak juga menghidangkan masakan Minang. Ye la..bila berada di Padang ni dapatlah kita rasa masakan Minang asli kan?..sedap? Ya amat..hahaha..tu la jawapannya..
Bila dah datang jauh-jauh ni, dah pastilah bila balik nanti nak cari sedikit oleh-oleh untuk dibawa pulangkan? Ha..jangan bimbang..kat sini banyak sangat kedai oleh-oleh yang korang boleh singgah. Jangan lupa beli Rendang Minang sebagai buahtangan untuk keluarga.
Hari tu kami dibawa ke Pusat Oleh-Oleh Umi Aufa Hakim. Di sini segala jenis oleh-oleh ada. Dari makanan, key chain, fridge magnet hinggalah ke pakaian segalanya ada. Cuma perlu disediakan ongkosnya aja ya! hahaha..
kalau korang beli banyak, jangan bimbang..sebab mereka menyediakan kotak yang boleh dibawa secara 'hand luggage' yang siap ditulis nama lagi..tapi harus diingat..hand luggage maksima 2 bag je tau..
Itu lah serba sedikit perkongsian tentang tempat-tempat terbaik di Padang yang korang wajib lawati. Untuk dapatkan pakej-pakej istimewa untuk melancong ke Padang, Indonesia ni..korang boleh la hubungi pihak Pariwisata Padang. Boleh ke Instagram mereka di https://www.instagram.com/pariwisata.padang
10 Comments
Wahhh cantik-cantiknya gambar Kak Min! Rindu betul Kota Padang. Banyak betul tarikan yang best-best! :D
ReplyDeleteKan? Rindu la..haha banyak lg gambar2 belum di transfer..nnt dah habis transfer nak share lg la cte kat padang ni hehe
DeleteLaut tu win.
ReplyDeleteHaah..Pulau kat sini semua cantik2 dan airnya jernih sgt
Deletecantiknya Padang
ReplyDeletesalam sis, boleh sy tau sis menginap di mana yso sis dapat pergi ke semua tempat di atas? boleh sis reply sy by email? sbb sy berminat nak ke pantai padang..email : farah_lepatoni@yahoo.com
ReplyDeleteHotel apa ek yg ok nak stay dekat Town
ReplyDeleteHari tu kami menginap di hotel Oxville. Selasa, bersih, cantik & makanan pun sedap
DeleteOk ke padang ni dr tempat lain? Boleh bg cadangan pd sy
ReplyDeletePadang ni menarik, siapa suka pulau boleh la teroka pulau-pulau di sini. Tp tengok pada minat tuan/puan jugak. Kalu suka bergambar tempat cantik..Batam lg sesuai kot. Tp personally saya suka both batam n padang
Delete