Jus Kunci Rapat Rahsia Dalaman Wanita

Tau tak korang yang bukan mudah jadi wanita ni! hahaha..macam-macam yang nak kena jaga. Kalau tak jaga mula la badan rasa lemau, muka nampak lebih matang dari usia atau baru berusia awal 30-an macam-macam dah kendur..hehe..

Bercakap soal 'jaga' ni..2 minggu lepas aku dikenalkan dengan Jus Kunci Rapat keluaran Rabsha Herbs & Beauty Sdn.Bhd. Sebenarnya aku kenal Jus Kunci Rapat ni secara kebetulan di MAHA 2018. Tertarik dengan owner Jus Kunci Rapat iaitu Puan Rabsha yang mempunyai 12 orang anak namun masih kelihatan muda dengan kulit muka yang tegang dan licin, terus aku mengorek rahsia kecergasan dan kecantikan beliau. 
Menurut Puan Rabsha, mengamalkan Jus Kunci Rapat sejak dulu adalah rahsia beliau dan atas sebab itu beliau ingin sama-sama berkongsi rahsia dengan masyarakat di luar sana maka lahirlah Jus Kunci Rapat ini di pasaran.

Kenapa Perlu Mengambil Jus Kunci Rapat Untuk Penjagaan Dalaman?

Penjagaan dalaman sememangnya penting untuk wanita terutama untuk wanita yang pernah melahirkan anak. Teringat kata arwah mak aku dulu..perempuan yang melahirkan anak ni banyak urat-urat yang putus, sebab tu kalau tak dijaga banyak penyakit yang memudaratkan akan muncul.


Dalam arus kemodenan sekarang, sudah banyak kemudahan yang disediakan untuk kita. Contohnya kalau dulu kita terpaksa berhempas pulas ke hutan unntuk mencari akar-akar kayu berkhasiat sekarang segala jenis akar kayu tu dah terhidang depan mata sedia untuk di minum. Begitu juga dengan Jus Kunci Rapat yang mengandungi pelbagai ramuan berkhasiat. Sudah siap di bancuh, cuma perlu minum je.

Pengambilan 30ml setiap pagi dan malam mampu memulihkan tenaga dan membantu mengatasi masalah dalaman wanita. Yang penting, Jus Kunci Rapat ni rasanya memang sedap, tak macam rasa kebanyakan jamu di luar sana.


Antara ramuan berkhasiat yang terdapat dalam Jus Kunci Rapat ni ialah :

Akar Serapat

Akar atau herba serapat berupaya membantu memperbaiki dan menegangkan tisu faraj selain membantu menghalus serta mencantikkan kulit. Akar serapat juga membantu mengukuhkan otot dan sendi, disamping mengatasi kekejangan otot rahim dan kelesuan ketika haid.

Herba ini mampu membantu melancarkan peredaran darah untuk meningkatkan kadar oksigen sekaligus meningkatkan fungsi organ dan tahap kesihatan wanita.

Gambar ihsan google


Manjakani

 Manjakani yang bersifat astringen, berperanan penting untuk membasmi bakteria dan kuman yang mencetuskan bau kurang enak di bahagian intim wanita.

Gambar ihsan Google

Sireh

 Daun sireh mampu mengatasi kegatalan pada kulit di samping  mengatasi masalah keputihan dan bau yang tidak enak pada bahagian intim wanita.

Gambar ihsan Google

Temu Kunci

Jika di Indonesia, Temu Kunci adalah herba yang sangat terkenal dan dijadikan ramuan penting dalam menghasilkan jamu. Temu Kunci mempunyai banyak khasiat dan sangat dipercayai mampu untuk menaikkan ghairah seksual selain mampu membuang aingin dalam badan, merawat demam dan sebagainya.

Gambar ihsan Google


Ha..itulah antara ramuan yang terkandung dalam Jus Kunci Rapat ni. Bahan lain yang turut terkandung dalam Jus Kunci Rapat ialah Kunyit, Asam Jawa, Madu, Kurma dan Delima. Pendek kata semuanya ramuan yang berkhasiat untuk kesihatan. Alhamdulillah dah 2 minggu juga aku ambil Jus Kunci Rapat ni memang badan terasa agak ringan. Satu yang aku perasan ialah badan tak lagi lesu. Kalau ikut pengalaman aku pada MAHA 2016, habis je MAHA memang aku demam maklum lah 11 hari berkampung di sana  bangun awal pagi dan balik lewat malam bukan sesuatu yang mudah. Bila badan terlalu penat aku memang mudah diserang demam. Tapi Alhamdulillah untuk MAHA 2018 ni, aku segar! Malah habis je acara MAHA 2018 aku cergas menghadiri event-event sebagai blogger pulak.


Selain Jus Kunci Rapat, aku juga mengamalkan Jamu Awet Muda yang juga keluaran Rabsha Herbs & Beauty Sdn.Bhd


Oh ya! Satu lagi maklumat penting yang korang wajib tahu tentang Jus Kunci Rapat keluaran Rabsha Sdn Bhd ni ialah jus ini sememangnya mendapat kelulusan KKM ye. Jadi jangan bimbang sebab segala ramuan yang terkandung dalam Jus Rapat ni semuanya selamat.

Cuma bagi mereka yang sedang kedatangan haid, pengambilan Jus Kunci Rapat ni haruslah diberhentikan seketika sehinggalah tempoh haid telah tamat.

Harga untuk setiap botol (400ml) : RM50 (Semenanjung Malaysia) & RM60 (Sabah & Sarawak)


Untuk keterangan lanjut mengenai Jus Kunci Rapat ni korng boleh lah dapatkan keterangan di :




Post a Comment

26 Comments

  1. wah jus kunci rapat gtu..kena kunci rapat2 ni jgn bg keluar hehe...skarang mcm2 jus utk awet muda..tgk kesesuaian bdn..wanita mana tknk cantik luar dan dalam kan..tq for sharing

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah betul yang penting pilih yg ada jaminan kkm camni hehe

      Delete
  2. alamak...apa rasa dia min?akak kalau bab nak kena telan berbentuk cecair ni payah sikit...tapi tgok Min relax jer..

    ReplyDelete
  3. memang bahan dia banyak yang berkhasiat untuk dalaman wanita.airah sekarang pun consume supplement je.minat jugak nak try jus macam ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah sebab tu kak min berani try lagipun ada kelulusan kkm

      Delete
  4. hmmmm, kita memang tengah survey jamu-jamu ni. agak2 sedap boleh telan je ni. ada perubahan tak, or badan rasa panas? haa, tak biasa makan jamu gituler soalan dia. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah badan tak panas pun. Perubahannya jadi lebih bertenaga, badan dah tak lemau. Rasa pulak sedap manis2 masam memang boleh minum..

      Delete
  5. Wah.. namanya cukup menarik.. siap logo kunci lagi tu dekat sticker pacakging dia.. menarik.. kalau jus yang macam ni sedap dan berkhasiat kan.. suka gak jus-jus macam ni

    ReplyDelete
  6. Bagus ni! Cx pon memang tengah mencari . Almaklum banyak urat putus then bf anak lagi. Rasa macam lari habis alignment badan, yg dulu rapat, biasalah dah tak sama macam dulu. Dah dua anak keluar kot. Hahaah tp nak juga cantik² dan mengancam ntk suami. So nanti suruh suami investlah beli ni buat isteri dia. Hihuhi tq!

    ReplyDelete
  7. Lama tak minum jamu macam ni. Harga okay juga tengok. Makan jamu badan sedap sikit, rasa cergas sket kan.

    ReplyDelete
  8. Bagus jus macam ni.. Elok untuk kecantikan dan kesihatan dalaman wanita terutama untuk yg berkahwin..kandungan bahan2 dia pun memang dari herba2 terpilih..

    ReplyDelete
  9. Kalau dah kunci rapat macam mana nak masuk wakakakaka.... Untunglah orang perempuan sekarang ada produk kesihatan luar dan dalam macam ni hehehe kalau laki makan apa yang rapat yer wakakkakaa... Gurau saja...

    ReplyDelete
  10. Wow.. Nama dia... Kunci rapat. Hahhaha...nak kena cuba gak la nnt

    ReplyDelete
  11. Sis ni kalau herbs ke..jamu2 yang air ni memang susah sikit nak telan..tapi kenkadang terpaksa jugak telan bila dah terbeli..hehehe. Actually bila dah berumur cam sis ni memang patut amalkan minuman yang sebegini utk kekal sihat bukan semata nak nampak muda je kan kan..:D

    ReplyDelete
  12. Ni kalau amalkan ni adakah suami akan terkunci selalu. 🙈🙈
    Hehehe
    Tapi memang betul. Orang perempuan ni banyak nak kena jaga. Lagi lagi badan yang dah pernah melahirkan anak.
    Kita pun mencari juga produk yang sesuai. Untuk pulihkan tenaga penat seharian.

    ReplyDelete
  13. kunci rapat? wow what a name! hahaha anyway hopefully after you try and you look youthful! do show us a before and after photo then we all can know the effect!

    EPF increases minimum basic savings! See how it affects you!

    ReplyDelete
  14. Ena memang pencinta jamu. Dari pantang nenek rebuskan akar kayu ena telan je.haha.. air kunyit pon ena suka..sebab bagi ena time pantang adalah masa terbaik nak rawat badan. Lepastu ena just amal jus sebab senang kan nak simpan berbanding buat sendiri ni tak tahan lama..wanita kena amalkan lagi2 da beranak. Letih badan sekarang xsama dgn zaman bujang. Lain macam penatnya.haha

    ReplyDelete
  15. thanks for your great sharing and i believe this would be a great gift for friends too... all women need good supplement

    ReplyDelete
  16. Wah banyak bahan tradisional yang digunakan. Memang bagus untuk dalaman wanita. Tambah tambah untuk wanita yang dah bersalinkan bayi. Kan? Untuk baikpulih dalaman

    ReplyDelete
  17. oh ni la rahsia awet muda cikmin ye..hihi..produk ada sireh dan majakani ni memang bagus untuk kesihatan wanita..umur dh makin meningkat nak kena beli jgk satu..

    ReplyDelete
  18. Sekarang dah ada banyak produk tradisional yang dikomersilkan. Harap bahannya setanding dgn yang original. Lepas ni makin meletop la awak ye. Makan jamu memang boleh cantik tp ada juga yg tak tahan kan

    ReplyDelete
  19. Menarik ni kak, Qiss tengah cari jugak ni. Elok-elok dari anak dara ni kena makan kan. Sekarang banyak pergi event so badan cepat letih. Nanti nak beli satu letak kat rumah.

    ReplyDelete
  20. My first time tau ada Jus Kunci Rapat macam ini juga. I do agree women has to take care of our internal especially those after giving birth. Thanks for the info.

    ReplyDelete