Tau tak korang yang bukan mudah jadi wanita ni! hahaha..macam-macam yang nak kena jaga. Kalau tak jaga mula la badan rasa lemau, muka nampak lebih matang dari usia atau baru berusia awal 30-an macam-macam dah kendur..hehe..

Bercakap soal 'jaga' ni..2 minggu lepas aku dikenalkan dengan Jus Kunci Rapat keluaran Rabsha Herbs & Beauty Sdn.Bhd. Sebenarnya aku kenal Jus Kunci Rapat ni secara kebetulan di MAHA 2018. Tertarik dengan owner Jus Kunci Rapat iaitu Puan Rabsha yang mempunyai 12 orang anak namun masih kelihatan muda dengan kulit muka yang tegang dan licin, terus aku mengorek rahsia kecergasan dan kecantikan beliau. 
Menurut Puan Rabsha, mengamalkan Jus Kunci Rapat sejak dulu adalah rahsia beliau dan atas sebab itu beliau ingin sama-sama berkongsi rahsia dengan masyarakat di luar sana maka lahirlah Jus Kunci Rapat ini di pasaran.

Kenapa Perlu Mengambil Jus Kunci Rapat Untuk Penjagaan Dalaman?

Penjagaan dalaman sememangnya penting untuk wanita terutama untuk wanita yang pernah melahirkan anak. Teringat kata arwah mak aku dulu..perempuan yang melahirkan anak ni banyak urat-urat yang putus, sebab tu kalau tak dijaga banyak penyakit yang memudaratkan akan muncul.


Dalam arus kemodenan sekarang, sudah banyak kemudahan yang disediakan untuk kita. Contohnya kalau dulu kita terpaksa berhempas pulas ke hutan unntuk mencari akar-akar kayu berkhasiat sekarang segala jenis akar kayu tu dah terhidang depan mata sedia untuk di minum. Begitu juga dengan Jus Kunci Rapat yang mengandungi pelbagai ramuan berkhasiat. Sudah siap di bancuh, cuma perlu minum je.

Pengambilan 30ml setiap pagi dan malam mampu memulihkan tenaga dan membantu mengatasi masalah dalaman wanita. Yang penting, Jus Kunci Rapat ni rasanya memang sedap, tak macam rasa kebanyakan jamu di luar sana.


Antara ramuan berkhasiat yang terdapat dalam Jus Kunci Rapat ni ialah :

Akar Serapat

Akar atau herba serapat berupaya membantu memperbaiki dan menegangkan tisu faraj selain membantu menghalus serta mencantikkan kulit. Akar serapat juga membantu mengukuhkan otot dan sendi, disamping mengatasi kekejangan otot rahim dan kelesuan ketika haid.

Herba ini mampu membantu melancarkan peredaran darah untuk meningkatkan kadar oksigen sekaligus meningkatkan fungsi organ dan tahap kesihatan wanita.

Gambar ihsan google


Manjakani

 Manjakani yang bersifat astringen, berperanan penting untuk membasmi bakteria dan kuman yang mencetuskan bau kurang enak di bahagian intim wanita.

Gambar ihsan Google

Sireh

 Daun sireh mampu mengatasi kegatalan pada kulit di samping  mengatasi masalah keputihan dan bau yang tidak enak pada bahagian intim wanita.

Gambar ihsan Google

Temu Kunci

Jika di Indonesia, Temu Kunci adalah herba yang sangat terkenal dan dijadikan ramuan penting dalam menghasilkan jamu. Temu Kunci mempunyai banyak khasiat dan sangat dipercayai mampu untuk menaikkan ghairah seksual selain mampu membuang aingin dalam badan, merawat demam dan sebagainya.

Gambar ihsan Google


Ha..itulah antara ramuan yang terkandung dalam Jus Kunci Rapat ni. Bahan lain yang turut terkandung dalam Jus Kunci Rapat ialah Kunyit, Asam Jawa, Madu, Kurma dan Delima. Pendek kata semuanya ramuan yang berkhasiat untuk kesihatan. Alhamdulillah dah 2 minggu juga aku ambil Jus Kunci Rapat ni memang badan terasa agak ringan. Satu yang aku perasan ialah badan tak lagi lesu. Kalau ikut pengalaman aku pada MAHA 2016, habis je MAHA memang aku demam maklum lah 11 hari berkampung di sana  bangun awal pagi dan balik lewat malam bukan sesuatu yang mudah. Bila badan terlalu penat aku memang mudah diserang demam. Tapi Alhamdulillah untuk MAHA 2018 ni, aku segar! Malah habis je acara MAHA 2018 aku cergas menghadiri event-event sebagai blogger pulak.


Selain Jus Kunci Rapat, aku juga mengamalkan Jamu Awet Muda yang juga keluaran Rabsha Herbs & Beauty Sdn.Bhd


Oh ya! Satu lagi maklumat penting yang korang wajib tahu tentang Jus Kunci Rapat keluaran Rabsha Sdn Bhd ni ialah jus ini sememangnya mendapat kelulusan KKM ye. Jadi jangan bimbang sebab segala ramuan yang terkandung dalam Jus Rapat ni semuanya selamat.

Cuma bagi mereka yang sedang kedatangan haid, pengambilan Jus Kunci Rapat ni haruslah diberhentikan seketika sehinggalah tempoh haid telah tamat.

Harga untuk setiap botol (400ml) : RM50 (Semenanjung Malaysia) & RM60 (Sabah & Sarawak)


Untuk keterangan lanjut mengenai Jus Kunci Rapat ni korng boleh lah dapatkan keterangan di :