Aku memang suka drama Korea sejak lama dulu. kalau tak silap aku, aku mula terjebak dengan drama-drama Korea ni sejak tahun 2002 lagi..perghh..gila lama kan? Dulu-dulu antara yang paling hit ialah Winter Sonata la kan? Pastu banyak lah lagi drama-drama yang hit.
Kali ni aku nak sharekan dengan korang 3 buah drama pilihan aku yang aku rasa antara yang paling best untuk tahun 2018. Istilah 'paling best' yang aku gunakan ni ialah berdasarkan cerita yang tidak meleret dan boring serta jalan cerita yang bagus.
Jom aku sharekan apa drama terbaik pilihan aku tu :
1. Let Me Introduce Her / About Her
Drama lakonan mantap Nam Sang-Mi, Kim Jae-won dan Jo Hyun-jae ini mengisahkan tentang semangat juang seorang isteri melawan kezaliman seorang suami yang sering mendera fizikal dan emosinya selama 7 tahun.
Tidak tahan dengan deraan demi deraan dari suaminya, Ji Eun-han bertindak melarikan diri dan membuat pembedahan plastik bagi merubah rupanya. Namun malang tidak berbau, Ji Eun-han telah mengalami masalah hilang ingatan dan takdir telah membawanya kembali ke rumah neraka yang dia nekad tinggalkan.
Paling aku suka cerita ni ialah dia menggambarkan bagaimana sebuah rumahtangga yang nampak bahagia dan sempurna diluaran tidak semestinya bahagia dalam istilah sebenar. Drama ini juga mengajar kita untuk bangkit dan berjuang demi hidup macam Ji Eun-han ni..hehe..malas cerita panjang..baik korang tengok sendiri.
2. Familiar Wife
Ni lagi 1 drama yang aku suka sebab drama ni memberi kesedaran pada aku untuk aku hargai apa yang aku ada pada hari ini.
Ia mengisahkan tentang kehidupan suami isteri (lakonan Ji Sung & Han Ji-min) yang sentiasa berantakan. Sebab dah tak tahan dgn kehidupan yg tak harmoni tu suami dia ‘wish’ yg dia ada kehidupan baru yg x sengsara.
1 day berlaku ‘magic’ bila kehidupan suami ni betul-betul berubah. Isterinya bukan lagi isteri yang sentiasa bengis & pemarah tapi seorang perempuan cantik idamannya ketika di kolej.
Dalam kehidupan baru tu si suami bertemu semula si isteri di kehidupan lamanya. Kali ni si isteri menjadi rakan sekerja si suami.
Dari situ si suami mula mengenali isterinya. Baru dia sedar yang sikapnya la menyebabkan si isteri bertukar sifat, baru dia sedar tentang kelemahannya menjadi seorang suami menjadikan isterinya berubah menjadi ‘rasaksa’..
Si suami mula jatuh cinta dan menyesal atas tiap perbuatan & ingin kembali ke masa silam tapi keadaan dah terlambat..
Muahaha..pada aku drama ni macam bagi banyak pengajaran jugak la pada aku..antaranya :
- Bersyukur dengan apa yang kita ada sekarang
- Hargai pasangan hidup kita
- Petbaikilah kekurangan dalam perhubungan, selidik di mana silapnya bila kehidupan rumahtangga tidak lagi harmoni.
- Sikap kita adakalanya memberi impak pada perhubungan kita.
- Pasangan kita adaah yang terbaik yang telah dianugerahkan oleh Allah
Wahhhh gituuuu..haha..aku memang camni tiap kali tengok drama aku akan melihat sesuatu drama tu dari pelbagai perspektif. Tak semua drama tu asyik tunjuk tauladan tak baik..sebenarnya yang penting camne cara kita berfikir.
3. Player
Aku suka drama Player ni sebab drama ni macam kisah penyiasatan sikit..cerita yang membanteras jenayah dan orang jahat..
Drama lakonan Song Seung-heon, Krystal Jung, Lee Si-eon & Tae Won-suk ni sekarang sedang ditayangkan di astro channel 395. Aku memang tengah giler dengan drama ni la sekarang.
Drama ni mengisahkan 4 orang yang mempunyai kepakaran dalam bidang masing-masing yang bergabung namun sebagai penjenayah. Tapi demi membanteras jenayah juga, si 4 orang penjenayah yang pakar ni telah bergabung dengan pihak pendakwaraya bagi mengheret penjenayah kemuka pengadilan.
Hehe..tu la dia 3 drama terbaik pilihan aku untuk tahun 2018. tengok wei korang jangan tak tengok..yang pasti 3 drama ni plot jalannya tak membosankan dan tak terlalu meleret.
25 Comments
Drama Player tue saya tengok separuh episod jea, tapi jalan citer amat menarik sekali..
ReplyDeletewahh best tu cerita Familiar wife tu patut suami isteri tonton..kalau isteri je tonton, alamat xkesudahan la kisah isteri yg bertukar jadi rasaksa tuu..
ReplyDeleteFamiliar Wife wajib tengok ni! Suka sangat lakonan Ji Sung. Drama Kill Me, Heal Me dengan Innocent Defendant korang wajib tengok. Memang minat dengan lakonan Ji Sung!
ReplyDeletesemua drama ni belum tengok. haha. bila baca sinopsis ni macam dah tertarik. kena cari masa jugak la untuk tengok ketiga-tiga drama ni ^_^
ReplyDeleteok.. it's time to watch korean drama.. so long didn't watch d.. looks great... this 3 drama... really the best
ReplyDeletetumpang tanya drama sambal ada tak hahaahah. ala wak kita tak layan korea camne tapi boleh la suggest kt kaki kpop
ReplyDeletearghhh...stress la tengok drama korea ni....tak leh nak buat kerja...selagi tak habis tak senang duduk hehe...memang terbaiklah drama korea ni,semuanya best2
ReplyDeleteaida ni tak pernah layan kdrama. kolot sungguh kan? ha ha ha ha...
ReplyDeleteyes. jarang sgt klik channel drama. anak2 pompuan jer yg tgk.
so, memang x dpt nak komen on the drama.
maybe pasni aida akan berkecimpung dlm menonton kdrama :) hi hi hi...
Dulu masa sekolah memang layan citer Korea. La ni macam tak berapa minat dah. Citer dulu macam Winter Sonata, Moero Attack dan tak ingat apa lagi.....
ReplyDeleteAla wak kite dh lama tak tgok drama korea. Last kite tgok the heirs, The legend of blue sea, Goblin. Kite kalau ad Park Shin Hye dgn jun-Jhi Hyun bru kite on wak. Tapi cerita awak post ni mcm menarik.Kite nk tgok Let me introduce her tu la. Nmpk cm cantik je,hehehe
ReplyDeleteSampai sekarang tak pernah layan cerita korea ni..layan runningman je..tak tau kenapa walaupun ramai cakap drama korea ni best..hahaa..mungkin nad tak tengok lagi kot
ReplyDeleteOpsss kita ni bukan kaki Korea hehehe mamang tak suka tengok cite macam ni sebab laki ngan perempuan sama cantik jer wakakak susah nak bezakan mana satu yang jantan jangan marah tau ni pendapat kita jer...
ReplyDeleteHaaa nampak gaya kena cari n tgok cite cite ni, 3 drama ni sis lom tengok lagi. Make sure sedap ya cite dia...sis nak tengok ni...:D :D
ReplyDeleteLast time i watched korean drama was boys over flowers which is like years ago😂time to start watching again. Interesting
ReplyDeletedah Lama lia xlayan drama Korea. Tapi lepas baca semua sinopsis rasa nak layan balik drama Korea. Drama ni semua jalan cerita best dan menarik .
ReplyDeleteSsaya pernah tgk beberapa episod cerita about her..memang jalan cerita best
ReplyDeleteKita layan familiar wife je dalam ketiga2 list ni. Besttt. Tapi Player tu pun nampak besttt. Kena layan jugak nii.
ReplyDeletealamak ken atengoklah drama2 ni..kita dah la minat cerita korea...dah lama rasanya tak marathon citer korea..kalau dah start mmg takkan dapat stop punya hehehe
ReplyDeleteamboiiii kak min. drama korea sokmo yer. saya nie cerita2 korea jarang sikit tengok. kalau movie, yg tu rajinlah jugak usha2 review org. then download. drama nie xberapa sgt sbb xde masa nak habiskan semuanya. drama melayu k omputih ke sama je, sy xsempat nak tengok. prefer movie. senang, habis terus. hahaha
ReplyDeleteUsah tanya akak drama Korea..akak memang x tau dan x berapa minat..kalau tgok dulu pun winter sonata...tp betul..kalau dh start sure terjebak dan x leh tinggal
ReplyDeleteDah lama tak layan drama korea ni. Dulu2 masa time winter sonata layan la jugak. Tah la, saya pun tak tau kenapa tak minat sangat drama korea ni. Tapi suka dengar cara diorg cakap tambah2 kalau pelakon lelaki, majoriti suara macho gitu.. hihi
ReplyDeleteKalu filem korea, Am suka menonton jenis genre yg cam penyiasatan atau fiksyen cam 'magic' yg dibuat oleh doc, polis dan lawyer.. memang AM sanggup xtido malam semata2 nak abiskam setiap siri drama..
ReplyDeletemmg tengah cari kdrama best pun, nak download lah!
ReplyDeletealamak 3...3 belum tgk lg nnt kena layan ni...tq share awk..
ReplyDeletedone follow ur blog.... jemput singgah my blog yaaa
Saya tak boleh move on lagi dari Winter Sonata.
ReplyDelete