The Settlement Hotel Melaka Hidangkan Selera Kampung Untuk Menu Buffet Ramadan

Entri aku yang lepas aku dah ceritakan pengalaman aku menginap di hotel yang telah mendapat anugerah Best Hotel Services 4-Star (City) iaitu The Settlement Hotel yang terletak di Jalan Ujong Pasir, Melaka. 

Pengalaman menginap disini telah pun aku kongsikan dalam entri aku The Settlement Hotel : Best Hotel Services 4-Star (City) Malaysia Tourism Award 2017

Selain tempat penginapan yang cantik dan selesa, The Settlement Hotel Melaka turut menyajikan makanan yang enak bertemakan Selera Kampung khas untuk para pengunjung sepanjang bulan ramadan ini.

Aku dan masakan kampung memang tak dapat dipisahkan. Jadi tema selera kampung yang dihidangkan di The Settlement Hotel Melaka ni memang sangat-sangat kena dengan selera aku. Antara hidangan yang dihidangkan disini ialah Kurma Ayam, Daging Bumbu Bali, Sambal Sotong, Udang Masak Hijau Putik Pisang dan Ikan Bakar Portugis






Tak ketinggalan juga ulam-ulaman serta sambal-sambal termasuk cincalok yang menjadi identiti negeri Melaka sendiri. 

Kuih muih sebagai pencuci mulut juga semuanya adalah kuih warisan masyarakat Melayu seperti onde-onde atau Kuih Buah Melaka, pelbagai jenis Kuih Talam dan juga Karipap.




Tapi dalam banyak-banyak hidangan yang buat aku terkenang-kenang sampai saat ini ialah Udang Masak Hijau Putik Pisang. Bukan nak angkat lebih tapi serious sedap nak mampus hahaha..bayangkan kuah gulai lemak yang dimasak sempurna dengan rasa pedas menyengat yang memang nyaman kat tekak aku ni. Aku sampai berkali-kali tambah untuk ratah Udang Masak Hijau Putik Pisang ni je.

Gambar Kredit Blogger http://www.kisahemasputih.com/

Selain menu yang aku sebut di atas, The Settlement Hotel Melaka turut menghidangkan makanan kegemaran rakyat Malaysia iaitu satay..ha..satay memang menu peberet kita semua kan? Satay ayam dan daging yang dihidangkan di sini memang sedap terutama satay daging sebab lembut je, kuah satay pun sangat sedap.

Kat sini terdapat juga gerai-gerai yang menghidangkan makanan secara 'live cooking'. Antaranya ialah gerai yang menghidangkan Char Kuey Teow, Kebab & Roti Pita juga Ayam Shawarma


Gambar Kredit Blogger http://www.kisahemasputih.com/

Harga & No. Untuk Dihubungi

Harga untuk hidangan buffet ramadan Selera Kampung ni sangat-sangat murah dan berbaloi korang!

Dewasa : RM58
Kanak-Kanak : Potongan 50% (RM29)
Warga Emas : Ptongan 50% (RM29)

Ha...murah berbaloi-baloikan? Dah la menunya banyak dan sedap-sedap belaka.

Kalau korang berminat untuk mencuba hidangan Selera Kampung yang terdapat di The Settlement Hotel Melaka ni, boleh la menghubungi mereka di :

Alamat : No.63, Jalan Ujong Pasir, World UNESCO Heritage City Melaka, 75050 Melaka
Tel : 06-2921133
Instagram : The Settlement Hotel

Post a Comment

7 Comments

  1. oh my i saw my heaven. onde onde!! Delicious

    ReplyDelete
  2. look at all this food. oh my.. wanna indulge it so much.. gullpppp....
    havent been to this hotel yet and soon i believe..

    ReplyDelete
  3. harga macam berbaloi dengan menu yg disediakan. best2

    ReplyDelete
  4. I am fully distracted to the foods they have and the night time ambiance. Ah a perfect time to enjoy here and good wine for me.

    ReplyDelete
  5. OMG! All the dishes look so delicious! Btw, Raya is coming soon dear! Selamat Hari Raya in advance hehe

    ReplyDelete