The Settlement Hotel : Best Hotel Services 4-Star (City) Malaysia Tourism Award 2017

by - June 01, 2018

Melaka sememangnya menjadi tempat tumpuan kalau nak bercuti. Maklumlah..bandaraya bersejarah ini memang sarat dengan tempat-tempat menarik disamping menyimpan penuh sejarah kesultanan Melayu.

Jujur, dulu aku memang kerap ulang alik Melaka-KL sebab kerjaya aku sebagai HR Manager dulu memang menuntut aku untuk selalu 'turun padang' melawat kawasan haha..tapi tu la, biasa akan cuma menginap di hotel yang berdekatan tempat kerja dan terus balik sesudah selesai kerja. Tak sempat nak meneroka bandaraya yang penuh sejarah ni.

Baru-baru ni aku berkesempatan untuk menjejakkan lagi kaki ke Melaka bersama-sama rakan blogger yang lain. Kali ni, dah tak macam dulu..pilih hotel tangkap muat je asalkan berdekatan dengan tempat kerja. Kali ni kami memilih sebuah hotel yang telah dinobatkan sebagai Best Hotel Services 4-Star (City) Malaysia Tourism Award iaitu The Settlement Hotel Melaka.


The Settlement Hotel ni terletak di Jalan Ujong Pasir yang cuma jaraknya kira-kira 3 km ke A'Famosa, 3 km ke shopping mall & Jonker walk dan kira-kira 15 km ke Ayer Keroh. Pendek kata, memilih The Settlement Hotel ni sebagai tempat penginapan jika berkunjung ke Melaka memang sangat berbaloi.

Hari tu, bilik kami ialah Deluxe Room Twin. Menjengah masuk ke bilik, aku dah teruja dengan si comel teddy bear yang menanti di atas katil. Bukan main comelnya. Keadaan bilik pulak, memang sangat-sangat cantik tapi paling aku suka ialah bilik air yang moden tapi ada ciri-ciri klasik.







Menariknya The Settlement Hotel ini ialah mereka mengekalkan ciri-ciri klasik walaupun mendapat sentuhan moden. Nah..tengok aje katil yang berusia 350 tahun yang diimport khas dari Palembang ni. Memang sangat menarik dan klasik. Manakala lantainya juga diimport dari seberang tau!



Bilik-bilik yang ditawarkan di The Settlement Hotel ialah :

  • Deluxe Room Queen
  • Deluxe Room Twin
  • Junior Suite King
  • Junior Suite Twin
  • Junior Villa
  • Luxury Villa
  • The Settlement Suite


Kalau korang merancang untuk datang berbulan madu..aku cadangkan korang untuk pilih villa-vila yang terdapat di sini. Memang cantik, menarik, romantik dan klasik sangat. Aku memang jatuh cinta sangat-sangat pada villa ni. Dengan rekabentuk yang mengekalkan ciri-ciri klasik dan dibina menggunakan kayu buatkan villa ni satu villa yang sangat romantik dan sesuai untuk korang yang plan nak berbulan madu untuk kesekian kalinya macam aku ni..hahaha..




Di The Settlement ini juga terdapat sebuah galeri seni Yeak Ping Lian iaitu seorang pelukis autism yang terkenal. Kesemua hasil seni Yeak Ping Lian yang terdapat di galeri seni ini turut dijual kepada pelanggan yang berminat dengan hasil karya beliau.


Tapi kalau korang datang berkunjung dan menginap di The Settlement Hotel ni, jangan lepaskan peluang korang untuk bersantai di ruang 'roof top'. Kat sini memang 'port' cantik untuk bergambar.



Berminat untuk menginap di sini? Nah aku sediakan sedikit informasi tentang The Settlement Hotel :

  • Check in bermula pukul 3.00 petang
  • Check out pada pukul 12.00 tengahari
  • Parkir lot disediakan
  • Terdapat juga teksi & limousines servis
  • DILARANG MEROKOK di dalam bilik
  • Haiwan dan durian TIDAK DIBENARKAN
  • Wifi disediakan
  • Semua kredit kad diterima

Lokasi & No Untuk dihubungi

The Settlement Hotel Melaka
No.63, Jalan Ujong Pasir, World UNESCO Heritage City Melaka
75050 Melaka
Tel : +606-2921133
Fax : +606-2924700

You May Also Like

1 comments

  1. Wah, menariknya hotel ni wak...
    Hurm... Rate pun boleh tahan... =D

    ReplyDelete