Ramadan Dinanti, Zakat Di Hati

Zakat adalah salah satu daripada rukun Islam yang kelima. Dari segi syarak adalah mengeluarkan harta tertentu dengan kadar tertentu mengikut syarat-syarat tertentu untuk diagihkan kepada golongan tertentu.

Zakat adalah Fardhu Ain ke atas setiap orang Islam yang memenuhi segala syarat-syarat wajib. Ramai yang ambil mudah tentang zakat tanpa menyedari seseorang muslim yang mengingkari kefardhuan zakat boleh mengakibatkan murtad! Manakala seseorang muslim yang meninggalkan zakat tanpa mengingkari kewajipannya adalah berdosa besar.


Di Malaysia ini, Pusat Pungutan Zakat - Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) bertanggungjawab untuk mengutip zakat di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan manakala pihak Baitulmal-MAIWP pula bertanggungjawab bagi mengagihkan zakat.


Sempena bulan Ramadan yang akan bermula esok, PPZ-MAIWP dengan bertemakan "Ramadan Dinanti, Zakat Dihati" serta #ramadanterbaik telah memaklumkan perkhidmatan yang memudahkan para pembayar zakat sepanjang Ramadan ini.

Diantara jenis-jenis Zakat Harta yang boleh ditunaikan adalah :

  • Zakat Pendapatan
  • Zakat Perniagaan
  • Zakat Simpanan
  • Zakat Emas
  • Zakat KWSP
  • Zakat Saham
  • Qadha Zakat
Dan juga boleh ditunaikan adalah ZAKAT FITRAH sebanyak RM7.00 di mana-mana kaunter cawangan PPZ-MAIWP


Bagi memudahkan para pembayar zakat, PPZ-MAIWP telah menyediakan 6 saluran pembayaran zakat yang mudah iaitu :

11 Kaunter Zakat PPZ-MAIWP

PPZ-MAIWP telah menyediakan 11 kaunter zakat yang dibuka setiap hari termasuk cuti umum bermula dari pukul 8.15 pagi sehingga 4.30 petang dan senarai lokasi kaunter pula adalah seperti berikut :

  • Dataran Shamelin Perkasa yang juga HQ PPZ-MAIWP
  • Plaza Rah, Kampung Baru
  • Masjid Negara
  • KLSC, Wangsa Maju
  • UTC KL, Pudu Sentral
  • Presint 9, Putrajaya
  • Presint 15 Diplomatik, Putrajaya
  • Masjid Al-Imam Al-Ghazali, Kepong
  • Anjung Niaga Masjid At-Taqwa, TTDI
  • Masjid Abdul Rahman Bin Auf, Jalan Puchong
  • Labuan Times Square

Portal PPZ-MAIWP

  • Hanya perlu layari www.zakat.com.my
  • Kalkulator zakat pendapatan bagi pengiraan zakat pendapatan
  • Pembayaran zakat secara online menerusi FPX

Perbankan Internet

Sebanyak 14 bank telah dilantik sebagai agen bagi memudahkan pembayaran zakat di PPZ-MAIWP antaranya adalah :

  • OCBC Bank
  • AmBank
  • RHB Bank
  • Public Bank
  • CIMB Bank
  • Bank Islam
  • Maybank
Dan banyak lagi.

Tambahan Potongan Gaji Zakat Melalui SKIM THOHIR (Skim Potongan Gaji Zakat)

Dengan tema 'Kebaikan Menuai Keberkatan' berikut adalah langkah-langkah bagi pemotongan gaji untuk pembayaran zakat :

  • Isi borang 052 yang boleh didapati di 11 kaunter PPZ-MAIWP atau di Portal PPZ-MAIWP atau dengan pihak majikan.
  • Kemudian kira zakat anda untuk mengetahui penambahan yang ingin dibuat.
  • Isikan jumlah zakat yang ingin ditambah di ruangan penambahan di borang 052
  • Borang tersebut perlulah diberikan kepada pihak majikan atau boleh menyerahkannya sendiri kepada PPZ-MAIWP di mana-mana 11 kaunter cawangan PPZ-MAIWP. Korang juga boleh membuat penambahan potongan gaji ini secara online di Portal PPZ-MAIWP.

Autodebit Maybank

  • Pembayaran zakat menerusi autodebit Maybank
  • Penerangan kemudahan melalui pembayaran ini boleh didapati dengan menghubungi Talian Zakat 1 300 88 5757 atau cashier yang bertugas di 11 kaunter PPZ-MAIWP
  • Borang AUTODEBIT Maybank ini boleh didapati di 11 kaunter PPZ-MAIWP

Bayaran Zakat Menerusi MYEG

Aku pun sebenarnya baru je tau yang pembayaran zakat juga boleh dilakukan menerusi MYEG! Wah..senang je..cuma klik je www.myeg.com.my



Perkhidmatan Istimewa PPZ-MAIWP

PPZ-MAIWP turut menyediakan perkhidmatan istimewa seperti :

  • Taksiran zakat
  • Khidmat nasihat berkaitan zakat
  • Mesin timbangan emas bagi kiraan zakat emas
  • Pengiraan zakat secara manual bagi membolehkan pembayar melihat sendiri pengiraan zakat mereka.
  • Pembayar zakat boleh menyemak rekod zakat tanpa mengira tahun bayaran
  • Pembayar boleh mendapatkan salinan pembayaran yang telah dibuat
  • Mesin mengira wang bagi membolehkan pengiraan wang dilakukan dengan telus.
  • Pembayaran zakat boleh dibuat secara tunai, cek, kad debit dan kad kredit perbankan Islam.
PPZ-MAIWP turut menyediakan pelbagai cenderahati istimewa kepada para pembayar zakat di keenam-enam saluran bayaran zakat yang disediakan termasuklah produk asnaf.



Bagi maklumat lanjut tentang pembayaran zakat, bolehlah hubungi Talian Zakat PPZ-MAIWP 1 300 88 5757

Mudah kan? Jadi tiada lagi alasan untuk culas membaya zakat..







Post a Comment

5 Comments

  1. Selamat Berpuasa Buat Semua Umat Islam! Semoga Ramadhan Kali Ini Memberikan Seribu Satu Keberkatan Buat Kita Semua..

    Jangan dilupakan zakat ya!

    ReplyDelete
  2. Berzakat di bln Ramadan, besar ganjaran dari biasa 😉

    ReplyDelete
  3. Perkongsian yang sangat bagus.
    Ganjaran pahala membayar zakat di Bulan Ramadhan terlalu besar, rugi besar jika dibiarkan berlalu...

    ReplyDelete
  4. Berzakat adalah amalan mulia. Dapatkan ganjaran pahala yang banyak dengan berzakat. Memang kena dengan tema yang diberi PPZ.

    ReplyDelete
  5. Berzakat lah dengan ppz maiwp, mereka agensi bertauliah dan di Percayai

    ReplyDelete