Pernah berbuka dalam taman mewah yang penuh bunga dengan hiasan ala Inggeris? Jujur aku tak pernah! 

Namun dah namanya rezeki kan..baru-baru ni aku mendapat jemputan daripada pihak D'Tahta Wedding & Events yang terletak di tingkat 1, I-Soho Condominium di I-City Shah Alam untuk berbuka puasa di tempat mereka.



Mata Terpaku Pada Hiasan Dalaman

Nak datang ke D'Tahta ni sebenarnya tak susah. Pergi je ke I-City yang famous sangat tu. D'Tahta Wedding & Events ni berada di tingkat 1condominium I-City. Nak parking pun mudah sebab kat sini terdapat lebih 3000 lot parkir berbumbung.

Aku hari tu, melangkah masuk je ke D'Tahta mata memang dah terpaku pada hiasan dalaman yang sangat-sangat cantik..macam rasa nak ajak suami bersanding lagi pun ada! hahaha..sebab memang lawa sangat tempat ni.



Kat sini terdapat 2 dewan yang dibina dengan kos hampir 1 Juta Ringgit menampilkan dekorasi bercitarasa tinggi dengan 2 konsep berbeza iaitu White Hall dengan sentuhan mewah, anggun & glamour berwarna putih gaya inggeris dan Garden Hall dengan suasana dalam taman yang penuh kehijauan, tenang dan damai.



Untuk pengetahuan korang, D'Tahta ini telah mula beroperasi sejak Februari 2018 dan dimiliki oleh usahawan wanita terkenal di Malaysia iaitu Mona Din. Jadi tak hairanlah kenapa tempat ni cantik sangat.

Pakej Buffet Iftar Ramadhan DTahta

Sepanjang bulan Ramadan ni, D'Tahta telah menawarkan pakej buffet ramadan dengan 2 pilihan & tema iaitu :

1. Menu masakan kampung & Kambing bakar oleh Mak Ngah Catering, di Garden Hall D'Tahta


Harga 

Dewasa : RM59 
Kanak-kanak : RM35 (4-11 Tahun)

Menu

Nasi putih
Lauk :
  • Ayam Masak Merah
  • Gulai Daging Campur Kentang
  • Asam Pedas Ikan Pari Bendi
  • Daging Goreng Kacang Panjang

Sayur :
  • Buncis Goreng
  • Brokoli Goreng Carrot
  • Terung Goreng Berlada
  • Poy Choy Goreng Sos Tiram

Kerabu :
  • Kerabu Mangga
  • Kerabu Kacang Botol Sotong
  • Kerabu Taugeh Kerang
  • Kerabu Ayam

Ulam-Ulaman :
  • 5 jenis ulam
  • Sambal Belacan
  • Budu
  • Sambal Cencaluk
Stall Khas :
  • Kambing Bakar
  • Mix Salad, Brown Sos, Kentang Putar


Stall Khas  :
  • Nasi Ayam Madu
  • Salad, sos, sup
Stall Khas :
  • Kueh Teow Goreng
Stall Khas  :
  • Tau Foo Bakar
  • Kangkong
  • Sos Rojak
  • Rojak Buah

Stall Khas  :
  • Mee Kari/Soto/Laksa
Stall Khas  :
  • Rojak Mamak/Pasembor
Stall Khas :
  • Chicken Boxer
  • Fish Finger
  • Mini Spring Roll
  • Sotong Ball
  • Fried Wantan
Stall Khas Dessert :
  • 5 jenis kuih muih
  • 3 jenis kek
  • 2 jenis bubur/pengat
  • kurma
  • buah-buahan
Stall Khas Minuman Sejuk :
  • ABC/Ais Kacang
  • Air Sejuk
  • Air Mangga
  • Air Sirap Bandung
  • Air Herba
  • Sirap Selasih
Stall Khas Minuman Panas :
  • Teh
  • Kopi O
  • Nescafe
2. Menu Kampung atau Chinese Cuisine atau Arabic Food by EDEN Catering untuk tempahan oleh group/corporate.

Harga : Bermula dari RM49-RM89 bergantung pilihan menu & jumlah tetamu

Untuk Tempahan & Keterangan Lanjut 

Kalau korang merancang dan berminat untuk berbuka puasa bersama keluarga dan kawan-kawan, korang bolehlah hubungi :

Whatssapp : 011-11467669 (Syuhada)
Whatssapp : 011-16674021 (Azlan)