Tiap kali bulan ramadan tiba, menu paling aku rindu ialah nasi ulam air tangan arwah mak. Nasi ulam arwah mak memang menu yang paling dinantikan oleh kami sekeluarga. Biasanya arwah mak akan masak nasi ulam ni bila semua anak-anaknya berkumpul untuk buka puasa bersama-sama. Maklumlah, nak masak nasi ulam ni renyah sikit.


Arwah abah pulak, kalau mak masak nasi ulam..mesti dia akan masak daging pacak iaitu istilah kami sekeluarga untuk daging bakar yang dipacakkan di tepi bara.

Baru-baru ni aku dijemput hadir ke majlis preview buffet ramadan di Restoran Rebung Chef Ismail yang terletak di Taman Botani Perdana Kuala Lumpur. Antara hidangan yang dihidangkan ialah nasi ulam. Jadi, aku yang memang rindu masakan arwah mak tak melepaskan peluang untuk rasa nasi ulam air tangan Dato' Chef Haji Ismail ni. 


Saat suap ke mulut, nak menitik rasa air mata..walaupun tak sama 100% tapi sekurang-kurangnya terubat rindu untuk makan nasi ulam air tangan arwah mak. Sedap! itu je ungkapan yang mampu aku ucapkan.Susah sebenarnya nak jumpa nasi ulam ni, tak sangka ada dihidangkan di Restoran Rebung Chef Ismail.






Untuk tahun ini, Dato' Chef Haji Ismail memperkenalkan Bazaar Ramadhan di Restoran Rebung Chef Ismail di mana Dato' Chef Haji Ismail mengetengahkan makanan 'hawker food' supaya para pengunjung yang hadir dapat merasai menu-menu bazar ramadan seperti roti jala, murtabak, mee goreng mamak dan sebagainya. 



Terdapat 9 bazaar yang disediakan di mana staff Restoran Rebung akan membuat roti jala, menebar murtabak, menguli onde-onde, memanggang ikan yang kemudiannya dihidangkan bersama sos cicah assam, pisang goreng dan jemput-jemput bawang, dimasak panas dan dihidangkan terus diatas pinggan pengunjung.







Selain menu-menu di atas, menu tradisional yang sememangnya sinonim dengan Restoran Rebung yang wajib dihidangkan ialah Rendang Pucuk Ubi, Tempoyak Daun, Aneka Kerabu, daging salai masak lemak cili api, ikan pari masak asaam pedas, ikan patin masak tempoyak, masak lemak rebung dan perut dan bermacam-macam lagi.Yang penting, terdapat lebih daripada 80 menu yang dihidangkan di sini. 




Harga yang ditawarkan

Restoran Rebung Chef Ismail ini menawarkan harga buffet ramadan yang sangat berpatutan :

Dewasa : RM79.50 nett
Kanak-kanak (5-11 tahun)  : RM53.00 nett

Untuk tempahan dan pertanyaan boleh hubungi :

Tel : 03-22763535/03-22762525
Alamat : 5-2, Aras 5, Parkir Bertingkat Bukit Aman, No.1, Jalan Tanglin, Taman Botani Perdana, 50480