Road To Agro Tourism Siri 4 - Zon Utara ( Episod 1)

Eh..lamanya tak update entri. Mungkin korang dah sedia maklum yang bermula 22hb Feb haritu sehingga 27hb Feb aku bersama rakan-rakan blogger dan media yang lain telah mengikuti trip 'Road To Agro Tourism Siri 4 - Zon Utara'.

Trip 6 hari 5 malam itu adalah anjuran Majlis Pelancongan Malaysia (MTC) dengan kerjasama Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA), Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) & Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP).

Bagi yang masih belum mengetahui tentang program ini, Road To Agro Tourism (RTA) adalah satu program tang diperkenalkan oleh Majlis Pelancongan Malaysia (MTC) untuk mempromosi destinasi Agro Pelancongan yang menarik di dalam negara. Sebanyak 10 siri RTA aan diadakan di seluruh negara seperti :

  1. RTA Zon Selatan
  2. RTA Zon Tengah (Kuala Kangsar/Cameron Highland)
  3. RTA Edisi Wilayah Persekutuan (KL-Putrajaya)
  4. RTA Zon Utara (Kedah-Perlis)
  5. RTA Edisi Perak (Bagan Datuk)
  6. RTA Zon Pantai Timur (Pahang-Terengganu)
  7. RTA Edisi Melaka
  8. RTA Edisi Sabah
  9. RTA Edisi Sarawak
  10. RTA Edisi Kelantan
RTA 1 ke zon Selatan telah diadakan pada September 2017 manakala RTA 2 ke Zon Tengah pada Disember 2017 dan RTA 3 Edisi Wilayah Persekutuan pada awal Februari 2018 yang lalu sempena Hari Wilayah Persekutuan. RTA 4 ke Zon Utara pula telah berlangsung pada 22-27 Februari 2018.

Objektif program RTA ini diadakan ialah untuk :
  • Mempromosi destinasi Agro Pelancongan Domestik yang menarik
  • Mempromosi kebudayaan dan kesenian penduduk tempatan
  • Mempromosi sejarah dan warisan tempatan
  • Mempromosi hasil kraf tempatan
  • Membina dan mengukuhkan jaringan industri pelancongan
  • Merancakkan sektor Agro Pelancongan
  • Menyuntik semangat kepada peserta industri Agro Pelancongan.

Pengalaman Aku Mengikuti RTA Siri 4 Zon Utara

Aku sebenarnya masa join program ni, sungguh aku tak kenal sesiapa pun tapi Alhamdulillah, selepas tamat program ramai kenalan aku. 

Hari tu (22/02/18) lebih kurang pukul 10 juga acara mendaftar dan mendengar taklimat berlangsung. Selepas taklimat berlangsung, kami di bawa melawat ke ruangan pameran Lembaga Pertubuhan Peladang dan kemudian baru bertolak menuju ke utara.




Alhamdulillah perjalanan kami lancar walaupun ada sedikit rintangan bila salah satu van yang menyertai konvoi RTC ni meletup tayar. Destinasi pertama kami adalah Ladang Nipah Ismail Che Kar yang terletak di Yan.


Untuk aku yang kali pertama melihat ladang nipah, memang sangat teruja lah. Kami turut dihidangkan dengan jamuan ringan dan tak lupa air nira daripada pokok nipah. Rasa air nira? hurmm..aku kurang gemar tapi aku suka isi buah nipah..rasa seakan-akan kelapa laut. 
Buah nipah


Pihak media dan bloggers bergaul mesra sambil menikmati jamuan ringan

Selesai tugas kami di ladang nipah, terus kami menuju ke Kolej Latihan MADA. Oh ye malam tu kami bermalam di asrama Kolej Latihan MADA. Memang selesa..ada 6 katil untuk setiap bilik. Sebelum check-in sebenarnya kami telah disediakan dengan aktiviti menanam padi dan menangkap ikan di sawah..hahaha..menarik je bunyinya kan? Menariklah sebab aku cuma amik gambar..tak turun pun sebab takut hahaha..





Habis aktiviti dah masuk maghrib, terus naik bilik dan mandi kemudian turun untuk makan malam dan majlis suai kenal. Jadual memang padat jadi lepas habis majlis terus balik bilik dan pengsan sampai pagi.. sekian aktiviti hari pertama..wakaka..tunggu..ada 5 hari langi pengalaman yang aku nak share

Post a Comment

2 Comments

  1. wah seronoknya
    pengalaman bernilai nih

    ReplyDelete
  2. dulu kecil-kecil selalu makan buah nipah..bestnya ada lagi buah nipah tu

    ReplyDelete