Kena Prank Dengan Project Everin

Kisahnya bermula bila aku dapat invitation dari Project Everin untuk launch kan Signature Burger mereka dan jemputan untuk testing ialah pada 22 Mac 2018 iaitu semalam. Pada invitation tu pulak sebut tentang pelancaran ni akan diadakan di SukaSucre Bistro (Cheras) yang terletak di wisma RYU.


Jadi pada fikiran aku dah tentulah Dr. Fadzley nak lancarkan menu baru untuk SukaSucre. Pelancaran akan diadakan pada pukul 3 petang..tapi aku macam biasa mesti awal sampai..pukul 2.30 dah tercongok kat SukaSucre. 

Oleh sebab sampai awal sangat so lepak minum dulu kat SukaSucre Bistro, rupanya pendaftaran dan majlis berlangsung di SukaSucre Event Hall yang terletak sebelah SukaSucre Bistro. Memang nampak kalut jugaklah staff SukaSucre untuk persiapan majlis.


Tepat pukul 3 petang, aku terus mendaftar di SukaSucre Event Hall. Masuk je hall memang rasa macam masuk restoran. Setting meja dan pinggan memang class. MC untuk majlis ialah Raziff jadi memang meriahlah dan kena la sebab Raziff memang pengacara untuk rancangan makan-makan kan..Sebelum majlis bermula sempat berbual dengan Raziff dan dia tanya pernah dengar tak tentang Project Everin? So secara jujur aku kata tak pernah dan dia cuma menganggukkan kepalanya. 



Bila semua jemputan dah tiba, 1st kami dihidangkan minuman yang diberi nama Summer Dream dan  appetizers yang diberi nama Tres Fresh, Fiery Chicken Tortilla & Flip N' Turn.Dia punya keterangan dalam menu bukan main class gittewww..so tak banyak soal terus makan..memang sedap la..


Habis hidang appetizers maka keluar la main dish yang pertama iaitu S.G.B 'Grilled beef patty served with smoky chipotle sauce, cheddar cheese, grilled onions and fresh lettuce'. Kemain sedap tapi kenapa rasa macam burger McD?? Masa tu dah start berbisik dengan rakan-rakan blogger semeja yang rasa burger ni macam burger McD tapi abaikan lagi.



Masuk main dish yang kedua iaitu H.C.C 'Golden, crisp whole chicken thigh lathered with mayonnaise and tangy jalapeno sauce, topped with cheddar cheese, fresh lettuce and tomatoes'..gigit..rasa..terus rasa nak menyumpah..hahaha..apa ni?? beli burger McD banyak-banyak pastu panaskan dan hidangkan pada customer ke? sebijik weihh..dengan cheese pun sebijik cuma rasa sos yang berbeza. Tapi Sally kata maybe dia beli dari McFood kot..so kami semua ignore sambil membawang..hahaha..



Last, dessert masuk..dengan hot latte..ekekekek..memang kenyang oiii..tapi tengok red velvet dan choc kek depan mata takkan nak tolakkan?..Tiba-tiba...........

MC umumkan apa yang kami tengok depan mata dan apa yang kami makan ni cumalah ilusi..APA???
Sekali tirai dibuka dannnnnnn...ternganga la semua hadirin..rupa-rupanya ini memanglah burger McDonald's u olssss..Rupanya McD melancarkan 2 burger baru mereka yang diberi nama Smoky Grilled Beef (S.G.B) & Hot N' Crispy Chicken (H.C.C)..adoiiiii patut la!! semua tertipu dengan Project Everin..hahaha..





Apa pun tahniah kepada Project Everin dan McDonald's Malaysia kerana berjaya mengaburi mata pihak media. Prank yang sangat menjadi. Dan..perkataan EVERIN ni singkatan daripada Everyday Indulgence.

Bagi peminat-peminat McDonald's seluruh negara, jangan lupa untuk dapatkan burger terbaru mereka bermula 26 Mac 2018 ini. 3 hari je lagi u olssss.. jangan lupa serbu..Harga untuk regular set cuma RM14.95 dan untuk ala carte RM12.95 sahaja. 

Post a Comment

27 Comments

  1. sape la geng bawang yg kena tipu skali tu kan?haha adehh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nak kenal group membawang senang je..tgk gambar yg last tu hahahahah..eh bukan qis ke ketua? Hahaha

      Delete
  2. Aiyooo.. nasib baik yang kena prank semua memang makan McD. Kalau tak mesti biru je muka.

    ReplyDelete
  3. Lamanya tak makan mcD, dah ada burger baru tu.

    ReplyDelete
  4. Haha...membawang awal sangat ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak la awal sgt ema oiiii kalo awak dtg pun mesti pelik nape restaurant baru nak tiru mcd sebijik hahah

      Delete
  5. prank dorang menjadi! untung jadi org first rasa burger baru..heeee

    ReplyDelete
  6. betul2 terkena ni hehehhehe nak try la

    ReplyDelete
  7. I masih maluuuu tauuu sebab memfitnah Everin ni..hahahaha...bencikkk laaa Mekdi ni..bencikkk!!!

    Sally sendiri pernah bekerja dengan McD hampir 4 tahun sebelum sambung belajar dan Sally mmg sangat kenal dengan semua ramuan yang digunakan, keju dan rasa patty daging dia pun Sally tau..haha

    ReplyDelete
  8. Wow..menjadi prank...kena try burger baru nehh

    ReplyDelete
  9. Gigih baca smpai habis nak tahu kisah sebenar

    ReplyDelete