Bayam + Keledek Juga Menu Sihat..

Selalu kita sempitkan pemikiran kita dengan beranggapan menu sihat biasanya adalah menu-menu hidangan Inggeris..sebab tu kekadang kita sanggup berhabis duit semata-mata nak beli makanan menu sihat yang ala-ala Inggeris. Sedangkan di sekeliling kita banyak je menu-menu sihat untuk dijadikan hidangan.

Sayur-sayur kampung misalnya, memang kekadang orang terlepas pandang sebab masing-masing sibuk memandang ke arah barat. Ingat korang..Diet maksudnya jaga pemakanan bukan tak makan tau. Cam aku suka sangat makanan yang ada lada hitam jadi pada aku menu orang berpantang sangat sedap..hehe..

Tau tak menu orang berpantang tu menu sangat clean..ekeke..sedap oiii..makan nasi sebesar penumbuk, tenggiri bakar, pastu taburkan lada hitam kat nasi..ada pulak ulam pegaga..adududududu..terliur dah.

Malam tadi aku masak simple je untuk makan malam. Eh lupa..makan malam jangan skip ye sayang-sayang. Untuk tingkatkan metabolism badan, makan malam tu sangat penting cuma jaga timing dan kuantiti makanan diambil. Aku biasanya makan malam tak lebih dari pukul 8 malam.

Malam tadi aku cuma rebuskan sebiji keledek manis, dah empuk terus aku masukkan bayam dan tutup api. Tak letak bawang dan garam. Makan tu je semata-mata Insyallah kenyang. Oh ye..kalau nak makan camtu, kuah jangan makan banyak ye sebab kuah pun tinggi kalori. Pendek kata korang nak makan apa makanlah tapi berpada-pada, kuantiti kena jaga cuma elakkan makan gula dan garam berlebihan.



Pagi tadi untuk sahur pulak, sebab masih ada lebihan bayan dan keledek..aku panaskan tu je cuma aku tambah masakkan salmon sebelah. Biasa aku untuk sarapan aku akan blend susu rendah lemak (HL)/V Soy + oat + muesli + kurma tapi sebab aku lupa nak beli susu/v soy maka tak ada la stock nak buat blend-blend jadi tu yang aku grilled kan salmon. Satu hidangan yang paling ringkas, senang nak masak dan berkhasiat. Tak lupa minum segelas green tea dan sebotol 1.5l air mineral hahaha..


Suka sangat lada hitam kann..hahaha..so tabur banyak-banyak

Aku suka Jasmine Green Tea dari Ahmad Tea..

Kalau korang rasa tak suka atau tak boleh makan keledek, cubalah makan labu. Labu pun bagus untuk kesihatan jugak dah la sedap. Biasanya stim lebih bagus dari rebus so aku suka stim je labu tu. But AGAIN..KUANTITI kena jaga ye sayang-sayang..

Sebenarnya banyak sangat makanan sihat yang boleh kita sediakan. Tapi sebab sejak berkurun lama kita disogokkan dengan pelbagai mitos tentang diet, maka selalunya pemikiran kita agak sempit dalam menyediakan menu sihat. Insyallah lain kali aku sambung lagi dengan resipi-resipi menu sihat.

Post a Comment

7 Comments

  1. Saya tak makan sayur ni..camana nak kurus...

    ReplyDelete
  2. bayammmmm feveret ibu dan humaira,humaira kalau makan bayam bertambah2 hehehehe

    ReplyDelete
  3. Wah menarik la...kena jaga pemakanan lepas ni..SA nak ikut cara Min la...

    ReplyDelete
  4. Tq Share kakMin.. Kena ubah mentaliti nak sihat itu mahal. Lauk pantang tu I suka!

    ReplyDelete