Bagaimana sambal hitam pahang dihasilkan?
Sambal hitam pahang menggunakan belimbing buluh rebus (belimbing buluh yang direbus seharian akan bertukar menjadi warna hitam) sebagai bahan utama.Belimbing buluh rebus ini yang akan menjadikan sambal ini berwarna hitam & maka terhasillah nama Sambal Hitam Pahang.
Manakala proses memasak sambal hitam pahang ini pula memakan masa minima 8 jam,sebab itu lah sambal ini akan tahan berbulan2 lamanya tanpa bahan pengawet. Jika disimpan di dalam peti sejuk In Shaa Allah sambal ini akan tahan hingga 1 tahun lebih Sambal ini berasal dari Pahang & ia adalah makanan tradisi masyarakat Pahang. Sebab itu nama dia Sambal Hitam Pahang
Bagi yang belum pernah mencuba akan tertanya bagaimanakah rasa sambal ini?? oh..rasa yang enak & unik hasil gabungan rasa masam dari belimbing buluh, pedas dari cili api,manis dari gabungan bawang & ikan bilis..rasa masam,masin,manis & pedas yang seimbang menghasilkan rasa sambal yang enak. Yang paling penting nak masak sambal hitam pahang ni memerlukan tahap kesabaran yang tinggi..hahaha..
Berminat untuk membuat tempahan?
FB : https://www.facebook.com/minionlicious
IG : https://www.instagram.com/minionlicious_enterprise
HP : 014-6667772 (Wssap Sahaja)
9 Comments
Teringin nak makan sambal hitam kak min....
ReplyDeleteNampak menyelerakan, teringin nak merasa. Yumyumyum
ReplyDeleteTeringin nak rasa lah kak min.
ReplyDeleteKita dah rasa.. tapi bukan sambal talang, sambal ikan bilis minion licious... Sedaaappp..
ReplyDeleteTak pernah rasa lagi ni.nanti nak order
ReplyDeleteRugi siapa tak cuba #peminattegar
ReplyDeletesambal hitam kak min memang sodaappp, sambal hitam memang susah nak masak, tu sebab harga sesuai dengan effort!
ReplyDeletemenitis ailio. Nak juga order nnt..
ReplyDeleteNampak sodap sangat ni . Makan ngan nasi panas2 memikat selera gak ni .
ReplyDelete