Bila check kat website tengok barang tu cam floating je..tak bergerak-gerak. Call, punya lah susah nak dapat, bila call diaorang paskan no lain untuk dihubungi. Lepas dah lama menunggu baru dapat bercakap dengan person incharge. Alasan person incharge ialah ada masalah sedikit dengan penghantaran. Aku bersabar lagi sebab diaorang janji nak hantar esoknya (Hari Rabu) sebelum pukul 1 petang.
Hari Rabu tunggu punya tunggu..tak sampai jugak barang sampai la opis tutup (dalam sistem diaorang barang tu dah keluar). Tapi lagi sakit hati bila tengok kat sistem diaorang - 20:04:31 Business closed upon delivery- ..what?? pukul 8 malam hantar ke opis?? So memang dah angin la 1 badan. Pagi-pagi tadi aku call. Cam biasa mereka menafikan hantar selepas opis hour. Katanya dah sampai ke opis pukul 5 tapi opis tutup..yang dalam sistem tu ialah laporan diterima..hurmm..dah salah menipu lagi.
Terus la aku mengamuk. Dah kena jerit baru kelam kabut nak hantar barang. Janji pukul 1 barang mesti sampai tapi tadi dekat pukul 2 barang baru sampai. Tu aku tak kisahlah sebab faktor jalanraya jem bagai. Bila budak penghantar barang tu muncul benda pertama sekali aku tanya 'semalam datang pukul berapa yang kata opis tutup tu?' budak tu kata 'kul 7 lebih kak..saya ingat ni hospital malam pun buka'..hah?? adesss..apalahhhh
Barang lambat sampai kalau ada problem ke apa ke inform la wei..bukan menipu customer cam customer bodoh sangat. Tadi dah deliver barang appear pulak kat sistem diaorang immediately yang barang dah delivered pukul 13:52:51..huh..ok..aku memang banned courier ni sampai mati.
2 Comments
Courier service kalau lambat sampai ai kena call, memang ai jerit je.. Banyak dah pengalaman gini..
ReplyDeleteKAnnnn stress rasa tau..
Delete