Gula pembunuh disebalik kemanisan

Menurut kajian yang pernah dipaparkan di dalam akhbar Utusan Malaysia, 2.6 juta rakyat Malaysia tidak sedar hidap diabetes. Ngeri kan? Sebenarnya dalam tak sedar gula adalah antara pembunuh paling bahaya kerana dia berselindung disebalik kemanisan..faham tak? Takut kan dengan kenyataan itu?  Anggaran penggunaan gula di rumah dalam sehari bagi rakyat Malaysia :

  • Sarapan pagi - 3 sudu teh
  • Tea break - 3 sudu teh
  • Makan & minum tengahari - 4 sudu teh
  • Minum petang  - 3 sudu teh
  • Makan & minum malam - 4 sudu teh
  • Minum malam - 3 sudu teh
Anggaran 20 sudu teh sehari amat berpotensi untuk dapat diabetes. Rakyat Malaysia pada amnya mengambil lebih kurang sebanyak 19 sudu teh (76 gram) gula tambahan setiap hari. Ini bermakna kira-kira 300 kalori daripada jumlah kalori harian kita datangnya daripada gula. Pakar kesihatan menganggap ini adalah jauh melebihi had. Kita sepatutnya mengambil gula tidak lebih daripada enam sudu teh (100 kalori) bagi wanita dan sembilan sudu teh (150 kalori) bagi orang lelaki seperti yang disyorkan oleh Persatuan Jantung Amerika.
Arghhh..bahaya kan gula? Persatuan Jantung Amerika (American Heart Association - AHA) telah meletakkan gula tambahan dalam senarai penyebab yang boleh menjejaskan jantung selain daripada pengambilan terlalu banyak garam, lemak, kolestrol dalam diet. Menurut AHA pengambilan gula yang tinggi dikaitkan dengan kesihatan yang tidak baik termasuk
  • Obesiti
  • Diabetes
  • Tekanan darah tinggi
  • radang
Semua diatas merupakan faktor risiko penyakit jantung dan strok. Sebenarnya APA ITU GULA? Gula pasir juga dikenali sebagai sukrosa adalah bentuk gula paling biasa tetapi bukan satu-satunya jenis gula. Bentuk-bentuk lain termasuk gula perang, fruktosa, maltosa, gula melaka, glukosa, madu dan sirap mapel..jadi jangan ingat kalau tak amik gula pasir semata-mata kita dah selamat ye. 

Sekarang aku memang berusaha gigih untuk kurangkan pengambilan gula. Sekarang minuman manis sebolehnya aku tak akan sentuh. Makanan manis pun begitu juga la, sesekali terambil juga macam biskut. Tapi seminggu sekali pun susahlah aku nak sentuh benda-benda tu..nak tinggalkan terus memang belum mampu lagi setakat ini jadi cuma kurangkan je la pengambilannya. Nasi pun aku kurang ambil. Cam sekarang dah beberapa bulan ni aku mmg amik seminggu sekali atau dua minggu sekali je nasi. Tapi seriously ketara rasa perubahan, badan rasa lebih ringan dan berat badan makin kurang. Percaya tak? Aku dah turun hampir 9kg sebab aku jaga pemakanan. Ni la yang aku nak share dengan korang..jom la ubah cara pemakanan kita, tak banyak..sikit pun jadilah janji kurangkan gula dalam makanan/minuman tapi tambahkan gula dalam senyuman cia..cia..cia..



Post a Comment

3 Comments

  1. Sugar is a silent killer behind our body! Taking in moderation will be better hehe

    ReplyDelete
  2. memang benar. terlalu banyak sangat tidak baik. Apalgi bagi wanita.

    ReplyDelete
  3. sekaramg sha mmg dh kurangkan gula. sampai takrasa nak minum air manis sgt hehe

    ReplyDelete