Dilahirkan dengan nama John Wayne Gacy Jr pada 17 March 1942, dibesarkan bersama keluarga kandung namun dilayan teruk oleh bapanya. Gacy tidak disayangi bapanya malah telah didera secara fizikal dan mental. Namun Gacy ketika diinterview didalam tahanan menafikan mempunyai perasaan benci terhadap bapanya malah ketika mengetahui kematian bapanya dia menangis sehingga pengsan. Ketika kecilnya dia digambarkan sebagai seorang 'anak ibu' kerana ibunya sering melindungi Gacy daripada deraan bapanya. Malah dia adalah seorang mangsa buli dan pernah diliwat oleh bapa saudaranya sendiri. Namun dia telah menjadi orang yang berjaya ketika dewasa malahan pendapatannya ialah sebanyak $15,000 setahun (bersamaan $114,044 kiraan dolar dalam tahun 2017) lebih kurang $9000 sebulan. Ayahnya pernah memberitahu Gacy 'Son..i was wrong about you' ketika itu.
Gacy selama hidupnya pernah berkahwin sebanyak 2 kali bersama Marlynn Myers (berkahwin pada tahun 1964 dan percerai pada tahun 1969) dan Carole Hoff (berkahwin pada tahun 1972 dan bercerai pada tahun 1976). Dikurniakan 2 cahayamata iaitu Micheal dan Kristine. Apa yang menjadikan Gacy sebagai pembunuh? Gacy adalah seorang 'biseksual' malah mempunyai keinginan yang lebih kuat terhadap kaum sejenis. Walau bagaimana pun dia digambarkan sebagai seorang yang suka membantu di kejiranan beliau dan dia aktif dalam bidang politik. Pada lewat tahun 1975 telah menyertai Jolly Joker iaitu kumpulan badut sering beraksi dalam majlis keramaian dan kutipan amal. Dia membina sendiri karektor 'Pogo The Clown' dan 'Patches The Clown' malah dia menyolek sendiri mukanya dan melebarkan lukisan senyuman dimukanya dengan alasan untuk tidak menakutkan kanak-kanak. Tetapi diceritakan ketika itulah dia mula mencari mangsa.
Pembunuhan pertama
Pembunuhan pertama yang dilakukan oleh Gacy sebenarnya adalah satu kesilapan yang telah membuka keinginan Gacy untuk membunuh. Pada 2 Januari 1972, Gacy telah mengambil Timothy Jack McCoy daripada terminal bas Chicago's Greyhound. McCoy ketika itu datang daripada Michigan ke Omaha. Dengan mengumpan McCoy untuk berjalan dan membawa pulang McCoy kerumahnya. Namun keesokkan harinya Gacy terjaga dan ternampak McCoy telah berdiri di biliknya dengan pisau ditangan. Kerana terkejut dia bingkas bangun dan McCoy mengangkat kedua belah tangannya seperti menyerah diri. Ketika itu Gacy telah memulas tangan McCoy kebelakang untuk menjatuhkan pisau namun terkena pada lengan Gacy. Akibat terkejut dan salah faham Gacy telah menikam McCoy bertubi-tubi sehingga mati. Namun alangkah terkejutnya Gacy apabila pergi ke dapur dia dapati sebenarnya McCoy sedang menyediakan sarapan pagi untuk mereka. Pisau ditangan McCoy adalah pisau yang digunakan untuk menghiris bakon bagi menyediakan sarapan namun kesilapan McCoy ialah membawa pisau tersebut ke bilik Gacy untuk mengejutkan Gacy supaya bersarapan dan telah disalahertikan oleh Gacy. Kejadian itu langsung tidak disesali oleh Gacy malah disitulah permulaan keinginan Gacy untuk membunuh dan dia sendiri mengatakan 'that's when i realized the death was the ultimate thrill' selepas kejadian itu dia telah membunuh kira-kira 33 orang dan semua mangsanya adalah lelaki. Mereka yang telah dibunuh ialah :-
- Timothy McCoy (16) - 3 Jan 1972
- John Butkovitch (17) - 29 Jul 1975
- Darrell Sampson (18) - 6 Apr 1976
- Randall Reffett (15) - 14 May 1976
- Samuel Stapleton (14) - 14 May 1976
- Micheal Bonnin (17) - 3 June 1976
- William Carrol (16) - 13 June 1976
- James Haakenson (16) - 5 Aug 1976
- Rick Johnston (17) - 6 Aug 1976
- kenneth Parker (16) - 24 Oct 1976
- William Bundy (19) - 26 Oct 1976
- Gregory Godzik (17) - 12 Dec 1976
- John Szyc (19) - 20 Jan 1977
- Jon Prestidge (20) 15 Mar 1977
- Matthew Bowman (19) - 5 July 1977
- Robert Gilroy (18) - 15 Sept 1977
- John Mowery (19) - 25 Sept 1977
- Russell Nelson (21) - 17 Oct 1977
- Robert Winch (16) - 10 Nov 1977
- Tommy Boling (20) - 18 Nov 1977
- David Talsma (19) - 9 Dec 1977
- William Kindred (19) - 16 feb 1978
- Timothy O'Rourke (20) - 16-23 June 1978
- Frank Landingin (19) - 4 Nov 1978
- James Mazzara (20) - 24 Nov 1978
- Robert Piest (15) - 11 Dec 1978
Suspek mangsa yang tidak dikenali
- Micheal Marino (14) - 24 Oct 1976
Manakala terdapat lagi 6 mangsa yang tidak dapat dikenali. Dipendekkan cerita pada 22 December 1978 Gacy telah membuat pengakuan kepada polis bahawa dia telah melakukan pembunuhan sejak 1972. Pada 10 May 1994 (ketika berusia 52) Gacy telah dijatuhi hukuman mati melalui suntikan maut. Kata-kata terakhir Gacy sebelum dijatuhkan hukuman ialah "Kissing my ass". Otaknya kemudian telah diambil oleh Dr Helen Morrison sebagai bahan kajian penyakit 'sociopath'.
2 Comments
Menakutkan. Motif dia bunuh mcm xjelas sgt. Kenapa clown ad kaitan?. Ok. Malas nak baca sumber lqin selain blog kak min
ReplyDeletesebab dia jadi clown..masa tu dia cari mangsa.
Delete