Siapa sangka ditengah-tengah hutan pakau ni terdapat pemandangan yang sangat indah dan menarik. Tapi dalam banyak-banyak pemandangan aku sangat tertarik dengan sebuah jeti kecil yang sempat aku rakamkan gambar kenang-kenangan.
Masyaallah..cantik sungguh pada aku jeti kecil ni. Kami dibawa menyusuri sungai sepanjang lebih kurang 7km untuk menikmati pemandangan dan keindahan alam semulajadi. Memang sangat berbaloi. Bagi yang memang pencinta alam..inilah tempat yang sesuai untuk anda. Untuk keterangan lebih lanjut mengenai Mangrove River Cruise ni anda boleh lawati sendiri ke laman facebook Hafiz
Bagi yang menginap di The Legend Resort Cherating, anda boleh memilih aktiviti ini dengan bayaran cuma RM70 (Dewasa) dan RM40 (kanak-kanak) sahaja. Sangat berbaloi dan berpatutan.
Aku suka gambar ni..tq Nani https://umminani.com/ untuk gambar yang comel ni |
2 Comments
Jeleslah tengok korang pi mangrove ni, huhuhuu!
ReplyDeletememang cantik..
ReplyDelete