Bebelan Cik Min

Facebook Instagram Twitter
  • Home
  • Content
    • Fashion
    • Food
    • Beauty
    • Travel
  • About
  • Contact Me
  • Disclaimer
  • Sitemap
Niat dihati tadi pukul 6.30 terus nak jogging sesudah solat. Tapi hujan turun pulak, jadi batalkan niat. Sambung tarik selimut jap tapi tak boleh tido pun.

Dalam 7.45 tgk hujan dah reda, terus tukar pakaian dan keluar jogging. Aku suka jogging pagi-pagi sebab udara segar. 

Sepanjang berjogging aku suka memerhati gelagat orang dan alam semulajadi. Seronok tengok gelagat orang ni. Boleh tengok macam-macam manusia. Kat kawasan aku jogging ni, memang pagi ke petang ke mahupun malam sentiasa ramai yang berjogging.





Menariknya kat sini hampir kesemua yang aku jumpe memang peramah. Sepanjang jalan akan ada yg menyapa ‘good morning’. Tapi kat sini rata-rata kaum Cina tak pun mat salleh. Melayu ada tapi agak kurang mesra alam.

Sepanjang aku berjogging kat kawasan ni, macam-macam manusia aku jumpa. Ada yang berjogging dengan pasangan sambil pegang tangan, ada pasangan yang jogging sambil tolak mak yg lumpuh diatas kerusi roda, ada nenek tua dalam lingkungan 70-an berjogging. Ada juga yang sekadar amik angin.

Aku..memang berjogging sebab aku suka berjogging. Tapi aku jenis suka tengok alam semulajadi. Maka kadang-kadang jogging kejap pastu amik gambar bunga dan tumbuhan yang aku rasa menarik. 





Tapi kat sini banyak monyet. Aku memang takut monyet. Biasanya aku akan ikut belakang orang ramai yang berjogging. Kalau kebetulan masa tu aku sorang-sorang, aku sanggup tunggu orang lain sampai sebab nak ikut belakang diaorang hahaha..seram la monyet-monyet tu. Takut kena gigit je.

Apa pun aku suka jogging..selain untuk kesihatan, jogging buat aku rasa tenang. Relase segala tension yang ada. Hari ni aku rajin sikit. Lepas jogging gi swimming sebab lama dah tak swimming. Berenang bagus tau..sama je ngan jogging..leh bakar semua lemak yang ada. 



Share
Tweet
Pin
3 comments
Korang pernah dengar tak tentang MPAY? Aku pun sebenarnya baru tau pasal ni semalam sebab aku dijemput untuk menghadiri Program Sahabat Negaraku anjuran Kelab Sahabat Persaudaraan (KSP) yang bertempat di Kelab Darul Ehsan.


Program ini turut menghimpunkan  sekurang-kurangnya 15 buah badan bukan berkanun (NGO) dengan keahlian lebih 12 ribu orang tampil bersama merealisasikan Program Sahabat Negaraku. 


MPAY adalah singkatan kepada ManagePay Systems Berhad yang merupakan penyediaan kaedah bayaran elektronik 'end-to-end', penyelesaian FinTech dan penyedia perkhidmatan untuk bank dan institusi kewangan, pedagang dengan institusi bank serta kewangan, pedagang dengan pengeluar kad dan operasi di seluruh negara.

MPAY mengendalikan sistem pembayaran memudahkan pedagang atau peniaga untuk menerima kad kredit, debit, kad kesetiaan dan nilai simpanan.

Bagi mereka yang belum mengenali MPAY, MPAY merupakan penerima Anugerah Inovasi Produk Baharu dalam Penyelesaian Bayaran.

MPAY bakal mengeluarkan Kad Prabayar Negaraku Mpay Mastercard. Menurut Pengarah Urusan Kumpulan Mpay iaitu Datuk Chew Chee Seng produk yang disediakan amat berbeza dengan kad diskaun yang dikeluarkan oleh MPAY sebelum ini. "kad ini dianggap sara hidup digital yang memberikan peluang kepada semua pengguna kad untuk menikmati produk dan perkhidmatan disediakan dengan harga lebih jimat. Ia bukan sahaja untuk membeli produk dengan murah, tetapi masyarakat boleh berbelanja dengan kehidupan sosial seperti pembelian secara online, menonton wayang, berhibur bersama keluarga di taman tema, pindahan wang dan sebagainya."


Basically camni la..Kad Prabayar Negaraku Mpay Mastercard ni fungsi dia sama macam kad-kad debit lain. Asalkan ada duit dalam tu jadi boleh la guna. Nak lagi faham, aku bagi lagi contoh..macam kad touch n go. Selagi ada duit dalam tu boleh je pakai. Bila dah habis nilai, tambah nilai dan nikmati semula pembelian. Mudah kan?

Tapi yang berbeza dan istimewanya ialah..pemegang kad ini dapat membeli dengan harga yang terlajak murah, tak sama dengan harga di pasaran. Contohnya untuk membeli susu segar jenama Dutch Lady di pasaran mungkin berharga RM5.99. Tetapi bagi pemegang kad Prabayar Negaraku Mpay Mastercard, harga yang dapat dibeli adalah lebih murah daripada harga borong misalnya RM2.80, hampir sama dengan harga modal pengeluar. Ha..faham tak? Maksudnya kita dapat membeli dengan harga terlajakkkk jimat.

Program ini adalah usahasama antara kerajaan termasuk ahli-ahli Badan Berdaftar dan NGO. Program ini dianjurkan bagi tujuan untuk rakyat berbelanja dengan jimat. Ini adalah salah satu usaha kerajaan bagi membantu rakyat berbelanja dengan lebih bijak.

Ini adalah bertepatan dengan visi program iaitu 

  • Menghubungkan kerajaan rakyat termasuk ahli-ahli Badan Berdaftar dan NGO dalam era digital berteraskan semangat Negaraku
  • Mendidik masyarakat ke arah pengguna bijak dan berhemah
  • Memupuk semangat bantu membantu antara satu sama lain mengikut keperluan sebenar.

Kad Prabayar Negaraku Mpay Mastercard ini bakal dilancarkan sepenuhnya menjelang 2018.

Untuk maklumat lebih lanjut mengenai program MPAY ini, bolehlah hubungi :-

Ketua Kelab KSP, Pn Farah Farina Abdul Razak : 017-3921711
Unit Media KSP - Metts Mohd Nor : 019-3660168
Email : mediasp.ksp@gmail.com
Website : www.sahabatpersaudaraan.org

Managepay System Berhad
Ms. Tan Cjia Wei : 016-2337678
Email : chiawei.tan@mpsb.net

Dr Mohd Zamri Noordin selaku Pengasas Kelab Sahabat Persaudaraan (KSP) menjelaskan tentang keistimewaan Kad Prabayar Negaraku Mpay Mastercard ketika ditemuramah oleh pihak media



Share
Tweet
Pin
18 comments
Nauzubillahi Min Zalik..

Tajuk agak extreme kali ni. Kali ni aku nak bawak tajuk tentang DEPRESI sebenarnya. kebelakangan ni, kita sering dikejutkan dengan berita kematian secara bunuh diri. Salah satu punca adalah kerana depresi atau dalam bahasa kita ialah kemurungan.

Jangan pandang remeh pada penyakit kemurungan ni tau. Kemurungan memang sangat bahaya jika tidak dirawat.

Ada beberapa faktor tentang kemurungan ni termasuk tekanan hidup dengan pasangan. Jadi mohon sangat untuk pasangan diluar sana..jangan 'membuli' pasangan anda sesuka hati. Jika anda seorang bos, mohon jangan memberi tekanan melampau pada staff anda.

Ada beberapa tahap atau kategori depresi (kemurungan) sebenarnya :

Kategori Kemurungan

  • Adjustment Disorder
Tekanan akibat berlaku perubahan dalam hidup seperti jatuh bankrap, penceraian dan sebagainya. Pesakit tiada kecenderungan membunuh diri. Kemurungan juga akan hilang bila pesakit dapat menyesuaikan diri dengan situasi baru.

  • Dysthymia
Kemurungan minor tapi berterusan selama bertahun-tahun tetapi tidak menjejaskan aktiviti harian. Tiada perubahan dalam jadual makan, selera tidur dan pemikiran

  • Acute Stress Reaction
Berpunca apabila pesakit mengalami kejadian yang besar yang menakutkan dalam hidup seperti di rogol, cubaan dibunuh, perang, kemalangan, dibuli teruk dan sebagainya. Biasanya akan pulih selepas sebulan

  • Post Traumatic Stress Disorder (PTSD)
PTSD terjadi sekiranya Acute Stress Reaction berterusan melebihi sebulan. 

  • Major Depressive Disorder (Penyakit Kemurungan Major)
Ini adalah tahap yang paling bahaya yang membawa pesakit kepada kecenderungan untuk membunuh diri. MDD mempunyai beberapa kriteria yang khusus, antaranya mempunyai kemurungan berterusan sekurang-kurangnya 2 minggu. Pesakit akan berada dalam keadaan lemah semangat, tidak bermaya, tidak berselera untuk makan, sukar tidur atau pun terlebih tidur. Tiada lagi keseronokan dalam hidup. Sering mengasingkan diri dari kelompok ramai, fikiran bercelaru, tiada keyakinan diri. Kriteria utama MDD ialah semua simptom ini mestilah menggangu fungsi harian penghidap termasuk mengancam nyawa mereka sendiri./

Bagi kita yang beragama Islam, dekatkan diri dengan Allah. Perbanyakkan membaca Al-Quran, melakukan solat-solat sunat serta sentiasa berzikir agar diberikan ketenangan dan kelapangan hati. Andai kita rasa agak tertekan..perbanyakkan doa dan sentiasa mengingati Allah kerana disaat-saat kita lemah inilah syaitan sentiasa membisikkan sesuatu yang akan memudaratkan kita.

Yang penting jangan menyendiri. Cuba bergaul atau cari aktiviti yang dapat mengalih fikiran kita dari fokus kepada masalah yang kita hadapi.

Moga kita dijauhkan dengan segala gejala ini.

Artis yang bunuh diri kerana kemurungan

1. Robbin Williams

Pelakon komedi yang sentiasa menghiburkan orang ramai tetapi mengambil keputusan untuk membunuh diri selepas kemurungan.


2. Chester Bennington

Vokalis Linkin Park yang memang telah diketahui lama tentang masalah kemurungan yang dihadapinya.


3. Kim Jong Hyun

Ahli kumpulan ShiNEE yang baru membunuh diri sekitar minggu lepas. Dipercayai mengalami kemurungan berkaitan bidang nyanyian yang diceburinya.



Alangkah indahnya hidup ini jika tiada masalah dan tekanan kan? Tapi macam mana kita hadapi tekanan sekali pun..kembalilah kepada Allah. Banyakkan zikir, dekatkan diri kepada NYA supaya tiada ruang untuk iblis dan sekutu-sekutunya untuk membisikkan sesuatu yang membawa kita kepada kehancuran. Tengok cik meow ni..hepi je cam x de masalah nak pikir..


Share
Tweet
Pin
10 comments
Aku tau mesti korang sekarang follow cerita Syurga Yang Kedua kan? Aku baru je follow cerita tu. Haha..cerita tu bikin emosi je kan? Pulak-pulak dengan watak Danial yang tak adil tu. Hishh menyampah.


Memang lah tu lakonan tapi jangan tak tau yang realiti kehidupan poligami memang begitu. Maksud aku poligami dikalangan orang melayu yang mengaku Islam. Sebab kalau orang yang sebenar Islam memang tak akan buat perangai macam tu.

Dalam cerita tu, Vivy (Fasha Sandha) dikawinkan dengan Danial (Zarul Umbrella) atas desakan ibu Danial yang tak menyukai Sabrina, isteri Danial. Dari situlah bermula segala konflik kehidupan berumahtangga antara Vivy, Danial & Sabrina. 

Danial yang kononnya kawen terpaksa (alaaa..konon pastu wat Vivy mengandung jugak..huh!) sering mengabaikan Vivy sebagai isteri kedua.

Ok, aku bukan nak ulas tentang cerita Syurga Yang Kedua tu tapi aku nak bagitau pada perempuan di luar sana yang rasa hidupnya teraniaya oleh suami yang zalim (zalim ni luas maksudnya, bila suami tidak memberi kasih sayang yang sepatutnya juga dikira zalim ye) yang sebenarnya dalam Islam kita sebagai kaum isteri boleh menuntut hak kita.



Ketahui Hak-Hak Wajib Diberikan Kepada Isteri

1. Hak mendapat mahar seperti yang diperintahkan Allah dalam surah An-Nisa' ayat 4 yang bermaksud "Dan berikanlah kepada perempuan-perempuan itu mas kahwin-mas kahwin mereka sebagai pemberian yang wajib. Kemudian jika mereka sukahatinya memberikan kamu sebahagian dari mas kahwinnya maka makanlah (gunakanlah) pemberian (yang halal) itu sebagai nikmat yang lazat, lagi baik kesudahannya".

2 (a). Nafkah Zahir iaitu :-

  • Makanan
  • Pakaian
  • Bahan-bahan rempah ratus seperti minyak masak, bawang, garam, gula, lauk pauk (pendek kata barangan dapur)
  • Alat pembersih badan & pencuci pakaian
  • Tempat tinggal yang selesa
2 (b).  Nafkah batin iaitu bukan semata-mata persetubuhan tetapi juga kasih sayang. 

3. Komunikasi yang baik. Ingat ye jangan asyik maki hamun isteri, jangan didik isteri untuk maki hamun juga.

4. Hak mendapatkan bimbingan dan tunjuk ajar (yang ni ramai kaum suami abaikan bab bimbingan dan tunjuk ajar ni)

5. Hak terhadap harta isteri. Ok yang ni pun ramai kaum suami zaman sekarang lupa. Harta isteri adalah harta isteri ye..bukan harta bersama melainkan itu harta sepencarian. Sebab tu bagi yang tahu tentang tanggungjawab, diaorang tak akan sewenangnya meminta isteri tanggung suami.

6. Hak terhadap harta sepencarian.



Tiada Kasta Dalam Islam

Islam melarang untuk kita 'berkasta' dalam hubungan. Maksudnya begini..macam dalam cerita Syurga Yang Kedua tu, Si Danial melebihkan Sabrina (isteri pertama) dan mengabaikan Vivy (isteri kedua). Dalam kes ni Danial bersikap tidak adil dengan mengutamakan isteri pertama dan seolah-olah meletak kan 'kasta' disitu. 

Dalam Islam sebenarnya tak ada pun istilah 'Isteri pertama atau isteri bongsu diutamakan'. Haram pun sebenarnya bersikap begitu. Sebab sebagai suami, menjadi tanggungjawab korang untuk membimbing, menyemai rasa kasih sayang dan berlaku adil antara semua isteri. Bila suami bersikap tidak adil, itu makanya yang isteri-isteri akan bermusuh sama sendiri. Jadi dalam soal ni salah siapa? Suami lah kan? huh..

Boleh ke Kita Sebagai Isteri Menuntut Hak Kita di Mahkamah?

Boleh..sebenarnya banyak je enakmen-enakmen yang termaktub untuk melindungi hak sebagai isteri ni. Tapi ramai yang tak ambil kisah dan akhirnya suami yang jenis zalim ni mula ambil kesempatan dan naik lemak.

Antara yang termaktub dalam Akta 303, Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah Persekutuan) 1984, Bahagian VI - Nafkah Isteri, Anak Dan Lain-lain :

  • Seksyen 62 . Kuasa Mahkamah untuk memerintahkan jaminan diberi bagi nafkah
Mahkamah boleh, apabila menentukan nafkah, memerintahkan orang yang bertanggungan membayar nafkah itu supaya memberi jaminan bagi kesemua apa-apa bahagiannya dengan meletak hak apa-apa harta pada pemegang amanah dengan amanah supaya membayar nafkah itu atau sebahagiannya daripada pendapatan harta itu.

  • Seksyen 69. Menuntut tunggakan nafkah
(1) Tunggakan nafkah yang tanpa jaminan boleh dituntut sebagai suatu hutang daripada pihak yang mungkir itu dan, jika tunggakan itu terkumpul kena dibayar sebelum suatu perintah penerimaan dibuat terhadap pihak yang mungkir itu, tunggakan itu boleh dibuktikan dalam kebankrapannya dan, jika tunggakan itu terkumpul kena dibayar sebelum dia mati, tunggakan itu hendaklah menjadi suatu hutang yang kena dibayar daripada harta pusakanya (Pin. Akta A902:s 21)

(2). Tunggakan nafkah yang tanpa jaminan yang terkumpul kena dibayar sebelum orang yang berhak kepadanya itu mati boleh dituntut sebagai suatu hutang oleh wakil diri orang itu disisi undang-undang orang itu

  • Seksyen 120. Permohonan oleh isteri yang ditinggal langsung
Jika seseorang telah tidak lagi hidup bersama dengan isterinya mengikut cara yang dikehendakinya oleh Hukum Syarak, isteri itu boleh memohon kepada Mahkamah untuk mendapatkan perintah supaya orang itu hidup bersama semula dengan isterinya.

  • Seksyen 127. Menganiaya isteri
Mana-mana orang yang menganiaya isterinya atau menipu harta isterinya melakukan suatu kesalahan dan hendaklah dihukum denda tidak melebihi satu ribu ringgit atau dipenjarakan tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.

Dah baca? Faham kan yang perkara ni bukan perkara main-main. Untuk kaum suami diluar sana, sebelum berkahwin WAJIB tahu ERTI TANGGUNGJAWAB. Bagi yang berniat nak berpoligami tu, mohon dalami Islam dulu. Kalau nak sangat ikut sunnah Rasul, ikut la yang sepadan dengan ilmu yang ada di dada.

Kasih sayang pun ada akta dan hukumnya tau..jangan buat main-main. Jangan suka-suka layan isteri macam sampah, macam tak ada perasaan.

Huh..kan aku dah kata..Ceria Syurga Yang Kedua ni bikin emo je..

Share
Tweet
Pin
9 comments
Sekarang musim durian. Sana sini semua topik durian. Di group-group wassap rata-rata pos gambar durian, apalagi di muka buku..penuh gambar durian je.


Aku bukan lah penggemar tegar. Ada depan mata aku makan la, tak ada depan mata idok la gigih nak mencari sangat hehe..

Cakap soal durian, sekarang aku tengok rata-rata kita yang tak ada dusun ni ibarat merempat di negara sendiri. Kenapa aku cakap macam tu? Sebab harga durian melambung tinggi..pulak-pulak jenis musang king atau dalam bahasa cinanya dikenali sebagai Mao Shan Wang. Hanya yang mampu je boleh beli dan makan. Macam orang yang gaji masuk betul-betul hujung bulan macam aku ni..mampu tengok je la sambil telan air liur hahaha..

Kenapa ye jadi macam ni? Nak ikutkan dulu-dulu, zaman tok nenek kita..kita mewah je dengan durian ni. Sampaikan berlebihan untuk dijadikan tempoyak. Aku ingat lagi, dulu pun arwah tok aku jual durian. Berbakul-bakul durian jual tepi jalan. Dulu orang mampu beli sebakul-sebakul. Sekarang nak beli selonggok pun telan air liur.

Dulu mungkin ekonomi kita cuma dikuasai oleh kaum melayu..sekarang tengok la..rata-rata dusun durian kat kampung aku di Raub tu semuanya milik Cina. Bila Cina menguasai maka lainlah jadinya. Diaorang mula komersilkan durian hingga ke negara China. Bila permintaan tinggi maka jadilah seperti yang kita hadapai sekarang. Jangan salah faham..aku bukan bangkitkan isu perkauman jauh sekali nak bercakap isu yang memecahbelahkan kita. Aku cuma nak sampaikan bagaimana pandainya mereka memanupulasikan harga durian sampai macamni sekali. 

Tengoklah di Raub, memang sepanjang jalan kaum cina je yang kuasai dusun durian. Berbeza dengan zaman aku kecil dulu..rata-rata dusun tu semua hak milk kaum melayu. Di ulu gali, di Sg Ruan, semua banyak dah jadi dusun milik kaum cina.

Dulu sampai tak larat aku nak makan durian ni. Siang malam pagi petang mesti ada je menu durian. Pengat durian la, pulut durian la, lempeng durian la sampaikan cekodok pun buat cekodok durian. Tapi sekarang nak makan durian pun berdikit-dikit, sayang nak habiskan. Tahun ni aku baru sekali makan durian. 

Penjual pun dah pandai sekarang. Dulu-dulu nak beli durian kurang cantik untuk dijadikan tempoyak, mereka masih jual kadang boleh amik sebakul. Sekarang dah tak boleh sebab diaorang sendiri buat tempoyak dan jual hahaha..adess mungkinkah ini dinamakan zaman ekonomi najib?hahaha..tepuk lah dada masing-nasing
Share
Tweet
Pin
5 comments
Bercakap soal nafsu..minggu ni kan kita semua bercuti panjang. Bila bercuti aku biasanya memang jarang keluar kalau bukan ada urusan kerja. Dah memang aku ni jenis begini..banyak habiskan masa di rumah. Tapi tu lah satu masalah aku kalau bercuti..susah aku nak menahan nafsu makan. Selalu je rasa lapar.



Adakalanya ikutkan juga nafsu..lepas makan mula menyesal haha..ntahlah memang susah nak kawal nafsu makan. Kadang tak lapar pun..tapi tengok tv, ada scene makan tetiba rasa nak makan sama haha. Semalam kebetulan ada food review..wahhh gembira betul aku dapat makan hahah..tapi balik cepat-cepat gi skipping.



Pagi tadi pun sama..lama betul aku tak nikmati sarapan tak sihat. Hari ni aku bedal bihun dan roti canai. Lepas makan menyesal..balik skipping haha..tapi kan tu la..camne rajin kita bersenam pun tapi kalau tak jaga pemakanan memang tak boleh. Jadi kena seimbangkan antara kawal makan dan senaman.



Share
Tweet
Pin
5 comments
Semalam aku bertuah sebab diundang ke majlis pembukaan AnT Cafe & Bar yang terletak di The Petalz Residence Jalan Klang Lama.


AnT Cafe & Bar berkonsepkan cafe  santai yang menghidangkan pelbagai menu yang menarik gabungan masakan barat dan asia. Beroperasi sepenuhnya semenjak semalam, AnT Cafe & Bar memberi tawaran menarik semperna hari pembukaan dan hari Natal yang bakal menjelma.

Banyak menu yang aku cuba semalam dan terus terang semuanya sedap belaka. Aku paling suka bihun kari dan ais krim gula melaka yang dihidangkan dengan waffle. Seriously memang sedap nak mampus!.. bihun kari tu memang rasa sangat ‘authencic’ masakan melayu. Susah tau nak makan bihun kari yang rasa sesedap itu.

Nasi Lemak Sotong

Spageti Oglio Olio

Pan-Seared Salmon

Pan Pizza




Ais krim gula melakanya pulak menggunakan gula melaka asli yang dibawa khas dari negeri Melaka tau! Ya Allah rasa dia tak terkata sedapnya. Aku ni sebenarnya kurang sikit makan ais krim..kurang gemar tapi ais krim gula melaka tu betul-betul buat aku jatuh hati. Lain kali nak ajak suami aku pergi lagi dan nak makan ais krim gula melaka tu puas-puas hahaha..


Bagi pelanggan beragama Islam, jangan bimbang..AnT Cafe & Bar ni memang menghidangkan makanan yang halal sahaja. Semalam aku sempat menjenguk ke bahagian dapur memang pekerjanya berbangsa Melayu. Hahaha..takkan lah aku nak promote kedai makan yang tak halal pulak kan?..


Kalau korang ada sekitar KL jangan lupa serbu AnT Cafe & Bar ni sekarang dan 29hb Disember nanti. Ada tawaran menarik menanti korang.


Camne nak datang? Alaaa..waze kan ada..waze je AnT Cafe & Bar mesti jumpe. Alamatnya pula ialah :-

AnT Cafe & Bar
G-01, The Petalz Residence,
Residency Rimbunan, No.2,
Jalan 1/132A, Off Jalan Klang Lama,
58000 Kuala Lumpur

FB : https://www.facebook.com/antcafeandbar




Share
Tweet
Pin
6 comments
Lately ni mesti korang selalu tengok aku update entry pasal jaga pemakanan la..pasal senam la..hurm..aku nak tanya korang..apa tujuan korang bersenam? Untuk cantik? Untuk sihat?


Kalau aku..aku bersenam untuk sihat sekali pakej cantik hahaha..Tak la..aku bersenam sebab aku nak sihat. Aku dah serik sakit terlantar cam orang lumpuh akibat slipped disc.



Aku asalnya dulu selim melim haha..zaman sekolah memang orang panggil bini popeye. Bila dah masuk zaman kolej berat badan naik la sikit, paling berat 47 kg. Masuk alam pekerjaan..badan makin naik hehe..paling berat masa aku bekerja dengan BOH di Cameron Highland, masa tu berat badan naik sampai 57 kg sebab kat sana kan sejuk..staf-staf BOH Tea Centre pulak sebab dah tau aku suka minum hot choc, biasanya kalau nampak aku turun dari office (nak balik rehat..kat sana rehat 1 jam setengah wakaka so balik tidur la dulu sebab rumah sebelah office je haha), diaorang dah sediakan hot chocolate dengan sandwich atau nasi lemak untuk aku. Jadi..dapat bayangkan tak berapa banyak lemak aku dah ternak sebab biasanya aku makan dulu, lepas makan solat pastu tidur dalam selimut yang tebal (zaman aku kerja dulu memang sejuk gile walaupun tengah hari buta).

Bersenam? haha..memang tak pernah la jawabnya. Lepas tu bila dah kahwin, berat badan main la meningkat sampaikan badan dah jadi kembang semangkuk. dari yang paling berat 47 kg dah jadi 69 kg. Sebab kegemaran aku makan..makan..dan makan tanpa senaman. Wakaka..pernah la dulu dapat kesedaran jap so rajin la pergi gym..masa tu badan turun la. 


Dipendekkan cerita, sebab badan mengembang..usia makin meningkat maka awal tahun ni aku kena slipped disc. Doktor suruh turunkan berat badan effectively. Maka sejak itu aku sangat jaga pemakanan dan gaya hidup aku.

Sekarang memang dah rajin la bersenam..hari-hari cuba paksa diri untuk berjalan sekurang-kurangnya 3 kilometer. Kadang aku swimming, jogging atau buat skipping cuma skipping jarang buat sebab aku masih takut kalau-kalau slipped disc berulang.

haha..tetibe ambil gambar orang tengah berjogging..
Sekarang Alhamdulillah berat badan dah turun dari 69 kg ke 60 kg tapi target aku ialah 57 kg. Hehehe..moga aku terus istiqomah. Jadi berbalik pada soalan aku bersenam untuk cantik atau kesihatan..jawapan aku dua-dua hahaha..






Share
Tweet
Pin
7 comments
Semalam aku dan suami berpeluang untuk merasai sendiri masakan 'authentic' Jepun hidangan Bento Don yang terletak di aras 2 Crystal Crown Hotel Petaling Jaya.



Bento Don adalah yang pertama di Malaysia yang menyediakan perkhidmatan penghantaran makanan Jepun di negara ini. Biasakan..kita kalau nak makan Japanese food ni kena walk in ke restoren kan..so kali ni dah tak payah susah-susah nak walk in bagai..order je terus sampai ke rumah. Apa yang lebih menarik adalah..buat masa ini tiada sebarang delivery charge yang dikenakan kepada pelanggan. Maksudnya ialah..korang order, korang akan bayar harga makanan semata-mata tanpa ada sebarang kos penghantaran dikenakan.


Tapi untuk membuat tempahan, bento menyediakan konsep pre-order..maksudnya andai kata korang nak buat tempahan makanan Jepun ni dari Bento Don untuk majlis-majlis atau meeting ke..pastikan korang membuat tempahan sehari sebelum. 

Apa yang ada di Bento Don ni?

Bento Don menyediakan 21 jenis hidangan masakan Jepun yang asli. Terpulang kepada anda untuk memilih masakan yang mana sama ada donburi mahupun bento. 

Apa??21?? ye..21 jenis hidangan untuk anda pilih termasuklah vegetarian. Antara pilihan menarik di Bento Don ialah Beef Sukiyaki, Beef Yaki Niku, Chicken Katsu Curry, Deluxe Tuna Cream, Unagi Kabayaki dan Yasai Yaki Udon.

Bagaimana dengan harga dan pilihan menu?

Harga untuk setiap hidangan sangat berpatutan kerana setiap hidangan 'portion'nya besar dan agak banyak untuk makan seorang. Tambahan pula mereka menggunakan bahan-bahan yang berkualiti untuk setiap hidangan yang di sajikan.

Untuk menu yang disediakan pula antaranya adalah :

Golden Tendon (Hidangan nasi bersama Tempura makanan laut dan sayuran)  - RM23.70


Unagi Kabayaki Don (Hidangan nasi bersama belut bakar dengan sos manis istimewa, telur gulung & sayur) - RM33.70

Gyu Don (Hidangan daging bersama sayuran) - RM23.70


Bagi pelanggan beragama Islam..jangan bimbang, Chef yang menyediakan kesemua masakan ini adalah berbangsa Melayu dan pastinya beragama Islam. Semalam kami sempat berkenalan dengan Chef Shoimi yang mempunyai lebih 18 tahun pengalaman dalam bidang masakan Jepun ni dan kami  juga bertuah kerana dapat berkenalan dengan tuan empunya Bento Don iaitu Mr. Ray Chin.

Maafkan kualiti gambar yang teruk..hehe..yang penting dapat berselfie dengan Chef Shoimi (tengah) dan Mr. Ray Chin (kiri)

Waktu Operasi

Daripada Isnin hingga Sabtu (ditutup pada setiap Ahad & Cuti umum)

Waktu Penghantaran

Makan Tengahari : 11.30am - 12.30pm/ 12.30pm - 1.30pm
Makan Malam : 6.30pm - 7.30pm/7.30pm - 8.30pm

Terma & Syarat :

2 hidangan utama (Penghantaran percuma)
1 hidangan utama (Penghantaran akan di caj sebanyak RM5 per order)

Penghantaran

Jarak 5KM hingga 10KM (Kawasan Petaling Jaya SAHAJA) - penghantaran adalah percuma
Jarak melebihi 10KM akan di caj sebanyak RM5 per order
Sekitar Kuala Lumpur akan di caj RM5 per order
Untuk pesanan minima 6 hidangan utama, penghantaran adalah percuma

Oh ye..lupa pulak nak cerita..hehe..bagi yang mencari peluang pekerjaan, Bento Don sekarang membuka peluang pekerjaan sebagai 'runner'..hehe..sesiapa berminat boleh hubungi pihak Bento Don.



Untuk keterangan lanjut mengenai Bento Don ni, boleh la layari www.bentodon.my atau pergi ke facebook mereka https://www.facebook.com/bentodon.my dan instagram mereka https://www.instagram.com/bentodon.my
Share
Tweet
Pin
28 comments
Bercakap pasal slipped disc, semalam ada kawan-kawan dalam group blogger tanya tentang pengalaman aku. Sape yang follow aku mesti tahu yang awal tahun 2017 ni aku kena slipped disc. sebulan setengah juga aku terlantar macam orang lumpuh..ambil masa 3 bulan juga untuk aku boleh berjalan tapi kesannya masih terasa sampai ke hari ini.

Aku pernah kongsi kisah aku dalam entri aku yang terdahulu http://www.bebelancikmin.com/2017/04/sihat-itu-1-nikmat.html, http://www.bebelancikmin.com/2017/04/tetap-semangat-walaupun-sakit.html, http://www.bebelancikmin.com/2017/03/bila-allah-tarik-1-nikmat.html

Sebelum aku terangkan apa itu slipped disc, meh aku nak cerita sendiri pengalaman aku. Aku ingat sangat masa tu aku sibuk dengan pelbagai event. Aku kan ada produk aku Min'z Sambal Hitam Pahang tu jadi dulu aku memang sangat-sangat aktif dan gigih join event-event. Tahun 2016 semua event-event besar macam Perhimpunan Agong UMNO, Mood Republik, MAHA semua aku join. Memang tiada la erti 'rehat' dalam jadual kehidupan aku masa tu.

Masa mula-mula aku rasa sakit pinggang, aku di Hartamas Shopping joint event anjuran MARDI. Masa tu aku fikir mungkin sakit biasa-biasa je jadi aku abaikan. Lepas seminggu di Hartamas Shopping Center aku terus ke UKM, ada event juga kat sana jadi aku buka booth la. 3 hari di sana agak seksa la sebab berpanas berhujan..tambahan pula di kawasan pelajar jualan agak kurang hehe..masa di UKM aku rasa makin teruk pulak sakit aku..kali ni melarat rasa sakit di bahagian bawah punggung hingga ke jari kaki kiri. Aku mengadu dengan kakak yang sama join booth dan mak angkat aku Datin Lisa masa tu. Ingatkan sakit biasa-biasa, masa to mommy bagi minyak urut, jadi aku cuma sapu je la.


Masa kat Hartamas..kakak ni pelanggan setia sambal aku..kat mana-mana aku buka booth mesti dia datang sampaikan dia bawakan bekal sekali untuk aku..hehe..sedap gile dia masak..tq kak..

Hari terakhir di UKM, cam biasa aku kemas-kemas barang..bila namanya kemas of course la angkat semua barang-barang berat tu masuk kereta..pack semua kaunter booth, meja, kerusi dan yang paling berat stock sambal la. Balik tu aku dah rasa sakit yang sangat melampau. Dari Bangi ke Klang bukan dekat-dekat perjalanan..memang sakit tapi gagahkan diri memandu.

Esoknya kerana terlalu sakit aku mintak tolong suami panggilkan tukang urut..ye la..ingat sakit-sakit urat biasa je. Habis berurut rasa lega sikit..tapiiiiiii..lepas sejam ku dah tak boleh bergerak. Sakitnya masa tu Allah je yang tau. Belah kiri kaki rasa kebas dan panas..pinggang memang langsung tak leh pusing..aku stuck..macam orang lumpuh.



Sakitnya masa tu sampai tahap meraung. Aku bukan jenis yang suka menangis kalau sakit. Biasanya aku jenis yang suka lawan sakit tapi kali ni aku tewas..memang aku meraung. Kadang-kadang meraung tu sekuat hati sebab sakit aku ni sampaikan nak gerakkan sikit kaki dan badan pun tak boleh. Esoknya aku dah start terlantar. Makan minum semua bersuap. Suami pujuk untuk pakai pampers tapi aku tak nak jadi tiap kali nak ke toilet memang meraung. Cuma kuasa Allah, sepanjang sakit memang kurang rasa nak pergi ke toilet.

Macam mana mandi? sepanjang terlantar memang tak mandi la jawabnya..suami la yang lapkan badan. Masa tu memang rasa down sangat. 2 minggu aku nangis tak henti. Sedih, sakit, kecewa, insaf..semua perasaan bercampur baur. Masa tu ambulans ulang alik ambil aku tak yah kira la berapa kali. Keluar masuk hospital macam hospital tu rumah kedua la. Waktu tu hidup bergantung pada ubat tahan sakit kalau tak memang meraung je la ceritanya.

Dipendekkan cerita, bila dah lama terlantar..dah buntu macam mana caranya nak baik, nak boleh bangun, nak boleh makan sendiri sambil duduk..akhirnya abang dan kakak-kakak aku datang, kesian tengok aku, abang aku pujuk ajak ikut dia balik. Mula aku tak nak sebab memikirkan tak nak susahkan dia sekeluarga..anak-anak dia kecil lagi nanti kesian kakak ipar aku nak jaga aku macam orang lumpuh ni. Tapi bila abang aku kata 'jom la kita cuba berubat cara lain pulak'..tu terus aku setuju selepas dapat keizinan suami.

Dipendekkan cerita lagi..kat rumah Jerantut (rumah abang), cam biasa aku ulang alik hospital. Tapi dalam masa yang sama abang panggil sorang tukang urut, tapi bukan tukang urut biasa..dia tukang urut saraf. Dia cuma cari saraf yang sakit. Perghhh..memang sakit oiiii urut ngan dia. Menjerit-jerit sakit dibuatnya. Tapi Alhamdulillah..lepas 3 kali berurut dengan dia aku dah boleh bangun..dah boleh jalan sikit-sikit walaupun tak sempurna. Lepas tu selepas 2 bulan kalo tak silap aku dah boleh jalani kehidupan walaupun tak seperti biasa. 

Aku, bila dah kembali ke Klang..masih lagi teruskan buat rawatan fisioterapi dari pihak hospital dan masih lagi berulang alik cari tempat rawatan urutan saraf. Sebab jauh sangat nak ulang ke Jerantut, aku cuba cari area KL akhirnya aku jumpa 1 tempat yang sesuai dengan aku di Shah Alam iaitu Al Amin Terapi Saraf

Lama ke ambil masa nak baik? Terus terang, baru sebulan ni aku boleh kembali solat berdiri. Sejak baik hari tu aku belum mampu solat berdiri..biasanya aku solat duduk. Dan sampai sekarang saraf aku masih tertekan sebab dua jari kaki kari sebelah hujung masih lagi kebas sebab tu kalau siapa yang perasan, akan perasan yang aku jalan masih lagi sedikit hencot..lom stabil lagi berjalan  tapi Alhamdulillah tu tidak menghalang aku untuk berjoging dan buat aktiviti lasak seperti jungle trekking macam yang aku buat di Tanah Aina.

Apa itu slipped disc?

Slipped disc ni adalah satu istilah perubatan yang merujuk kepada kecederaan yang biasa berlaku pada tulang belakang. Secara jelasnya..slipped disc bermaksud disc pada tulang belakang terbonjol atau tergelongsor keluar sehingga menekan urat saraf pada saraf tunjang.



Tulang belakang manusia ni terdapat 'jelly-like-structure' yang dipanggil disc. Disc ni berfungsi sebagai kusyen pad atau pelindung diantara tulang-tulang pada tulang belakang. Disc ni stabil kerana terdapat ligament yang tebal disekeliling tulang belakang.

Jadi..bila disc terkeluar..ha..memang la sakit. Jangan tak tau..slipped disc ni boleh menjadikan kita lumpuh juga tau. Jadi jangan pandang remeh tentang slipped disc ye kawan-kawan.


Apakah punca slipped disc?

Proses penuaan atara punca berlakunya slipped disc dimana ligament yang memegang disc menjadi lemah dan sekiranya terdapat tekanan atau tergeliat sedikit pun, ia mampu menyebabkan gel disc tersebut pecah.

Jadi..adakah sebab penuaan je terjadi slipped disc?? oh TIDAKKK sebab aku belum tua lagi wakakakaka..sebenarnya slipped disc ni boleh terjadi bila kita :-
  • Membongkok terlalu lama
  • mengangkat beban yang terlalu berat
  • Cara mengangkat beban yang salah
  • Duduk atau baring dalam posture badan yang salah
  • Cara memandu (cara duduk ketika memandu atau menunggang motor yang salah)
  • Berat badan berlebihan
Sakit tak kira umur tau..jadi jaga la kesihatan..ubah cara mengangkat berat, cara duduk mahupun cara berdiri. Jaga berat badan juga sebab berat badan yang berlebihan juga menyumbang kepada terjadinya slipped disc ni sebab tulang tak mampu menampung berat badan kita. Sebab tu sekarang aku jaga sangat pemakanan dan cara hidup..bersenam itu penting sangat.



Hikmah sebalik kejadian?

Memang banyak yang aku pelajari. Sekarang aku belajar untuk rasa lebih bersyukur sebab aku dah alami rasa azab ketika sakit, aku belajar untuk lebih hargai kesihatan aku, aku belajar untuk hargai orang sekeliling aku terutama keluarga sebab tanpa mereka aku tak mungkin seperti sekarang..mungkin aku masih lagi terlantar.

Apa pun, marilah kita sama-sama hargai kesihatan kita. Ingat 5 perkara sebelum 5 perkara..



Share
Tweet
Pin
24 comments
Newer Posts
Older Posts

Pn. Haniza 019-3995566

 


017-2757517 Shaklee


 

About me

About Amalie

Hai. Saya Cik Min, pemilik blog ini yang suka membebel dalam banyak perkara. Namun, bebelan saya bersifat positif demi untuk perbaiki diri dan orang yang membaca blog ini.

Terima kasih.

Follow Me

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter
Min'z Sambal Hitam Pahang

Cik Min

Jangan Copy Paste Artikel Saya :)

Followers


Popular Posts

  • Jatuh cinta dengan Vit E Cream Cosmoderm
  • Jom Bercuti Ke Penang Bersama Traveloka
  • Sandwich Telur Roti Tesco..
  • Tips Memilih Minyak Hitam Untuk Kenderaan Korang!
  • Mee Roti Goreng Hidangan Rare & Unik di Premiere Hotel Klang

Labels

Beauty Fashion Food Review Health Personal Product Review Recipe Travel

Contact Form

Name

Email *

Message *

Instagram Facebook Twitter

Created with by BeautyTemplates| Distributed By Gooyaabi Templates