Kemenangan Filem Parasite Bukti Inklusiviti Akhirnya diterima

by - February 10, 2020

Siapa sangka filem Asia berjaya memenangi filem terbaik di Anugerah Oscar 2020! Filem karya pengarah Korea Selatan Bong Joon Ho ini telah diangkat sebagai filem terbaik dan sekaligus mengalahkan filem-filem besar yang lain temasuk Joker, Little Women, Marriage Story dan Once Upon a Time In Hollywood.



Kejayaan besar filem Parasite ini membuktikan bahawa filem luar kini turut diterima di Amerika Syarikat yang sebelum ini terlalu ego menidakkan kebolehan filem-filem dari luar terutamanya dari Asia.

Syabas buat pengarah Parasite dan barisan pelakon yang berjaya membuka mata Amerika Syarikat. Selain filem terbaik, Parasite turut mengungguli kategori Filem Antarabangsa Terbaik, Pengarah Terbaik dan Lakon Layar Terbaik.




Sinopsis Filem Parasite


Filem ini mengisahkan seorang lelaki muda bernama Ki-taek serta ahli keluarganya yang semuanya sedang menganggur dan bergelut untuk meneruskan kehidupan. Pada suatu hari, seorang rakan Ki-taek telah membantu beliau untuk mendapatkan kerja sebagai seorang tenaga pengajar terhadap keluarga Park yang kaya raya dan terkenal. 

Kejayaan Ki-taek memperoleh pekerjaan dengan keluarga Park telah mendorong ahli keluarganya yang lain untuk mula menumpukan perhatian bagi mendapatkan pekerjaan yang berpotensi di dalam kehidupan keluarga tersebut. Akhirnya, satu kejadian aneh, tidak diingini dan sukar dijangka telah melanda Ki-taek dan ahli keluarganya sehingga merubah kehidupan mereka sekeluarga. 


Aku tak boleh nak cerita lebih-lebih. Sebaiknya korang tonton sendiri filem ini dan buat penilaian korang. Untuk mereka yang sukakan filem jenis mind-blowing filem ini adalah filem untuk korang dan yes..aku sejenis yang suka filem macam ni.

Jom tengok trailer ni dulu.


Oh ye..Aku suka review yang kawan aku ni tulis. Korang boleh klik sini untuk baca review yang ditulis oleh kawan aku ni. https://m.facebook.com/groups/195519797151850?view=permalink&id=2678708205499651

You May Also Like

15 comments

  1. Dapat tahu cerita ni menang. Teringin gak nak tengok. Jalan cerita macam best je. Suspen nak tahu apa jadi kat Ki-Taek dan keluarganya. Kalau parasite ni agak2 Ki-Taek ni menumpang keluarga kaya ni tak?.

    ReplyDelete
  2. Kalau dah tahap menang, memang best la ni.. ada masa lapang sikit nak cuba tonton jugaklah. nak tau gak apa jadi

    ReplyDelete
  3. Movie ni mengangkat sistem kapitalis dengan baik. Memang terhibur layan movie Parasite ni. Selayaknya menang dan bangga dengan pencapaian movie Korea lepas sekian lama dipandang enteng

    ReplyDelete
  4. nak tengokla cerita ni. macam menarik...bila dapat award...mesti cerita dia best

    ReplyDelete
  5. Ramai bercakap mengenai Filem ni, Sis dah save dah tu, nanti nak tengok...

    ReplyDelete
  6. Kalau dah menang anugerah berprestij makna memang best lah cerita ni. Nak tengokla nanti. Mesti perasaan berdebar je kan nak tahu ending.

    ReplyDelete
  7. Dah lama rasanya sis nak tengok cerita ni, tapi tak jumpa2 tempat nak tengok, sampai le hari ni tak tertengok hinggalah semalam bila tengok tv..ehhh menang le cite ni..so hari ni cari nak tengok..still tak jumpa...huwaaaaaa

    ReplyDelete
  8. Ada baca dekat twitter, ceriat ni best..siap dah menang oscar lagi..fuh..mesti berdebar tu cerita dia..nanti la ada masa nak tengok

    ReplyDelete
  9. Baru tahu ada cerita ni kat wayang. Macam best je filem ni

    ReplyDelete
  10. saya tengok cerita ni masa ura-ura cakap ia masuk list oscard. memang puashati tengok cerita ni ^_^

    ReplyDelete
  11. ada baca review pasal filem ini dari orang lain dulu... Siap tonton babak2 yang menarik dalam cerita ini... Diselitkan pula dengan black humor.... tapi benda macam nie, rakyat malaysia bukannya nak tonton sangat dekat wayang... kalau orang malaysia yang buat

    ReplyDelete
  12. kita dah tonton movie ni. memang terbaik citer dia. penuh dengan nilai2 sebenar kehidupan.

    ReplyDelete
  13. Tahniah PARASITE! Tak sangka sangat2 boleh menang dkt oscar! In shaa Allah lepas ni saya nak tengok filem ni :)

    ReplyDelete
  14. wah mesti best citer ni kan. kena pi tengoklah. menang oscar tu. cayalah. patutla anugerah oscar buat kat Korea kan?

    ReplyDelete
  15. Masa memula keluar tayangan, ruby dan tonton. Netflix pun ada. Garapan dalam filem ni ballance. Sebab tu boleh menang Oscar. Malaysia memang tak boleh buat scene suami isteri, kissing raba semua tu. Haram.

    Tapi untuk filem Korea, kita kita tak rasa kekok, sebab penceritaan yang mereka sampaikan, lokasi, kehidupan yang berbeza, impian, idea gila dan pemilihan pelakon. Semua selari. Siapa sangka dalam yang sedang ingin kemewahan, ada lagi yang nak mewah dan lebih awal keluar idea begini. Siap berbunuhan.

    Bau kemiskinan yang mereka tunjuk dalam filem tu memang ada. Setiap dr kita ada satu bau. Itulah yang membuatkan org kenal kita. Adakah pembersih? Tinggal di kawasan camana? Semua akan tahu.

    Memang layak filem ni menang Oscar. Saya paling happy bila mereka menang. Hehe

    ReplyDelete