Kebaikan Susu Kambing Untuk Kucing Anda

by - January 14, 2020

Bila ada kucing ni sebenarnya macam ada anak. Segala keperluan harus disediakan dan semestinya sebagai tuan kucing kita mesti nak sediakan yang terbaik untuk mereka.


Berbicara soal keperluan terbaik untuk kucing, baru-baru ni aku ada terbaca tentang kebaikan susu kambing untuk kucing. Tertarik dengan segala khasiat yang ada pada susu kambing, terus aku order 1 tin untuk kucing kesayangan aku.


Parie Goat Milk Powder Menjadi Pilihan Hati

Harus difahami bahawa kebanyakan kucing tidak bertolenrasi laktosa yang membuatkan mereka tidak boleh meminum susu lembu biasa dan akan mengalami sakit perut serta menyebabkan masalah penghadaman. 

Akan tetapi susu juga adalah sumber cecair yang terbaik sebagai supplement untuk kucing yang memerlukannya. Antara kucing yang perlukan susu adalah seperti anak kucing , kucing yang kurang berat badan dan juga kucing tua. Jadi, bagaimana kita mahu tentukan susu yang terbaik buat si comel?

Aku memilih Parie Goat Milk Powder untuk memelihara penghadaman si comel aku. 





Parie Goat Milk Powder ini sangat membantu untuk :


1.       Bulu lebat dan bersinar

2.       Meningkatkan system imun

3.       Penglihatan lebih jelas

4.       Penghadaman lebih baik


Jika si comel korang menghadapi masalah seperti :

Masalah penghadaman

√ Kekurangan bulu/bulu sentiasa gugur

√ Tiada selera makan

√ Memilih makan

√ Badan lemah dan tidak bermaya


Parie adalah jawapan kepada segala masalah yang dihadapi oleh kucing kesayangan korang. Umum mengetahui yang susu kambing mengandungi perlbagai kebaikan untuk kesihatan :


Kebaikan susu kambing
1.       Menguatkan tulang.

2.       Bertindak sebagai agen metabolik yang baik

3.       Baik untuk kesihatan jantung

4.       Menghalang keradangan

5.       Mudah untuk dihadam

6.       Meningkatkan kesihatan otak

7.       Menghalang anemia

8.       Seimbangkan tahap pH dalam badan

9. Boleh diminum oleh mereka yang ada masalah ‘lactose intolerants’

10.   Lebih baik dari susu lembu


Packaging Yang Menarik

Aku suka Parie Goat Milk Powder ni sebab selain penuh kebaikan, packagingnya pun cukup menarik. Didatangkan dalam tin sederhana comel, tin pembungkusannya juga didatangkan dalam ciri keselamatan yang sesuai dimana setiap tin yang baru didatangkan mempunyai penutup aluminium bagi memastikan susu dalam keadaan baik. Jadi, kalo korang terima tin yang tak ada penutup aluminium tu janganlah terima ye!


Selain tu, penutupnya juga 'double layer' dimana terdapat penutup tin dan juga penutup lastik bagi memastikan susu benar-benar dalam keadaan kedap udara. Dah namanya 'powder milk' dah pastilah yang susu kambing ini datang dalam keadaan serbuk! Jadi pastikan penutupnya sentiasa ditutup rapat supaya serbuk susu kambing ini tak masuk angin ye.


Setiap tin Parie Goat Milk Powder didatangkan bersama 1 sudu penyukat. Dan setiap sukatan adalah seperti berikut :

Birth Age
Serving (1 spoon = 40 ml lukewarm water

Feeding per day
1 week – 2 weeks
1 spoon
5-6

2 weeks – 3 weeks
1 spoon
5-6

3 weeks – 4 weeks
1 spoon
4-5

4 weeks and above
2 spoon
4-5


Jika korang nak dapatkan kebaikan susu kambing dari Netherlands ini, korang boleh la ke :



You May Also Like

23 comments

  1. Waaa kucing pun dah ada ek susu kambing...Sis ni mindset kalau dengar susu kambing je mesti panas hahahaha...
    Eh jap, ada jual ek di pasaraya? Nak belikan untuk kucing Mak Sis laa...nak skodeng shoppee jap..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe so far ada kat shopee dan link kte bg tu utk tempahan hehe

      Delete
  2. Menarik juga ni... baru je pagi tadi dok fikir nak bagi susu apa kat si bulus sekeluarga ni... bukannya apa, kadang-kadang tu kesian tengok yang baby kecik bulus macam tak cukup minum susu ibu, asyik merengek je... boleh la nanti try bagi susu kambing ni... thanks for the info Cik Min...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha susu ni cam bagus sebab kucing sy cerewet makan minum tp dia suka susu parie ni..lgpun mmg bau dia wangi

      Delete
  3. aida perasan ni kat fb.
    alololo dah up dah ekk mutu makanan kucing.
    terbaik la r&d gini.
    kucing pun perlu makanan yg berkhasiat.
    agar sihat. tak menyebarkan penyakit, kan :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe dah tgk kat fb ek..Alhamdulillah mmg jaga pemakanan dia

      Delete
  4. first dengar susu kambing boleh bagi kucing minum. banyak jugak khasiat susu kambing, tambah lagi kalu kucing kurang sihat tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mmg elok susu kambing utk kucing n manusia juga hehe

      Delete
  5. Uik ingat kucing minum susu kucing jer rupanya susu kambing pun bagus juga yer tak tahu selalu kasi susu lembu wakakakka tapi banyak khasiat dan kebaikan pada kucing guna susu ini yer ok boleh cuba..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Susu lembu bukan tak elok tp kadang kucing ada yg jenis tak leh terima lactose nnt jd cirit birit n byk masalah so better bagi susu kambing

      Delete
  6. Kalau pencinta kucing ni, comfort akan beli jugak untuk anak anak bulus diaorang kan.

    ReplyDelete
  7. Bam bam nya kucing awak. Comel sangat. Dia makan apa?

    Good info about tentang susu tu. nanti bolehlah huda try dkat kucing huda ni once diorg memerlukan.

    Thank you sharing awak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kte bagi Whiskas je tp dia ni prefer makanan yg basah. Tp sy campur bg yg basah n kering. Selebihnya bg susu kambing Parie ni

      Delete
  8. oo ingatkan untuk siapa tadi, cat pun minum susu kambin dah sekarang ni. baguslah kalau menyhatkan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe Alhamdulillah bagus susu ni utk kesihatan

      Delete
  9. bagus yer kucing kak min, sihat dan happy lah dia dapat minum susu kambing.

    ReplyDelete
  10. Wah, saya yang manusia ni pun tak minum susu kambing.. haha kucing kita yang minum susu kambing. Tapi apa-apa pun ni baru tahu yang susu kambing pun banyak kebaikkan untuk kucing.

    ReplyDelete
  11. Unik bila susu kambing dijadikan minuman utk kucing. Kaya dengan khasiat kan

    ReplyDelete
  12. wow x sangka boleh bg susu kambing kt kucing. seems like an interesting and nutritional product.

    ReplyDelete