Ailurophobia Sejenis Fobia Terhadap Kucing

by - January 18, 2020

Kucing sememangnya haiwan comel yang menjadi haiwan kesayangan ramai orang. Aku tak terkecuali menjadi antara mereka yang sangat sukakan kucing. Aku sendiri memelihara seekor kucing comel yang diberi nama Iseey Boy (yang selalu aku eja sebagai IC Boy).


Tapi tahu tak korang yang terdapat lebih kurang 20% mereka yang takutkan kucing? Dan untuk mereka yang mempunyai perasaan  takut yang luar biasa terhadap  kucing ini dikenal sebagai Ailurophobia yang berasal dari bahasa Yunani yang bererti ailouros yang bermaksud kucing dan phobos yang bermaksud ketakutan.


Tiap kali kita melihat mereka yang takutkan kucing, kita akan sering ketawa tapi sedar tak korang yang Ailurophobia sebenarnya tidak boleh diambil ringan sebab sama seperti fobia-fobia yang lain, Ailurophobia ni juga akan mempengaruhi kehidupan seharian mereka.


Gejala Ailurophobia

Orang yang mengalami Ailurophobia baiasanya akan memperlihatkan reaksi panik jika terserempak dengan kucing. Ada antara mereka yang terus kaku ketika melihat kucing melintasi mereka seolah-olah melihat harimau yang sedang melintas dihadapan mereka.


Perasaan takut yang keterlaluan ini biasanya akan diikuti oleh jantung berdenyut dengan cepat, gementar, sakit dada, pening, mual, terasa seolah-olah tercekit dan bulu roma berdiri.


Bolehkah Ailurophobia diubati?

Menurut pakar sebenarnya Ailurophia ini boleh diatasi dengan cara 'mengatasi ketakutan tersebut'. Bagaimana caranya? Ini terdapat beberapa tips yang korang boleh ikut :

  • Amalkan melihat gambar kucing yang comel setiap hari bagi menimbulkan keselesaan dalam diri korang terhadap haiwan comel tersebut. Jika korang merasa jijik dan ketakutan, cuba tarik nafas dalam-dalam dan kembali fokus melihat gambar-gambar kucing comel tersebut.

  • Menonton video bergerak tentang kucing yang menunjukkan tingkah laku mereka. Korang boleh melihat secara berperingkat. rasakan perasaan korang selepas melihat video tersebut, adakah perasaan takut semakun menurun? Yakinkan diri korang yang kucing sebenarnya adalah haiwan yang manja dan comel.


  • Lihat dan amati kucing dari jendela rumah korang. Perhatikan setiap gerak geri mereka. Ini akan menimbulkan rasa selamat dalam diri korang.

  • Bila korang sudah yakin, uji diri korang secara langsung dengan berinteraksi dengan kucing dalam jarak yang lebih dekat. Pastikan riak wajah korang ceria bila cuba berinteraksi dengan kucing. Dan jika korang rasa sudah berjaya mengatasi ketakutan, cuba lakukan interaksi melalui sentuhan dan belaian pada kucing.

  • Salah satu cara yang paling berkesan untuk mengatasi Ailurophobia adalah dengan menjalani hypnoteraphy.
Moga perkongsian ini bermanfaat untuk korang. Hehe..ketahuilah sesungguhnya kucing itu adalah haiwan yang paling comel di muka bumi ini.









You May Also Like

19 comments

  1. saya tak fobia tapi takleh tahan bila dia bergesel kat kaki tu. sebab dalam fikiran takut dia cakar T_T

    ReplyDelete
  2. sy ni bukan xsuka kucing tp xtahan kalo kucing duk gesel2 kat kaki..
    lg satu kalo kucing pnjat meja ke.. panjat riba sy ke.. terjerit jgk.. hahahaha

    ReplyDelete
  3. Ada staff Rawlins seorang yang takut pada kucing - memang takleh langsung. Nampak pun dia akan ketakutan. Sian dia

    ReplyDelete
  4. Macam ada sikit je fobia ni. Hehe. Tapi kalau kucing tu senyap je tak berjalan ok lagi. Bila dia start berjalan.....aduhhhhh takutttt

    ReplyDelete
  5. dulu mak pun takut kucing jugak tapi dia amalkan baca ya latif bila kucing datang. Sekarang ni dah boleh bela kucing ke

    ReplyDelete
  6. Selama ni macam haih nyampah la kat org2 yg takut kat kucing ni, yelah kita ni mmg sayang kucing di tahap tertinggi! but ok skrg dah faham sikit! :p

    ReplyDelete
  7. Uish. Rugilah takut dgn kucing. Boleh jadi peneman kucing ni lagi2 kalau tinggal sorang dkt rumah

    ReplyDelete
  8. Faham kalau org tu fobia gan kucin tapi yg bukan fobia buat2 fobia sb tak suka kucin tu yg tak leh hadam tu. Ada tu sb ngada2..rasa nak pelepuk je..hahaha

    ReplyDelete
  9. Ada member takut kucing, dia punya menjerit tak ingta..kadang kesian bila kene sakat..tapi kucing ni comel, tak sangka ada orang takut

    ReplyDelete
  10. Baru tahu ada jenis fobia mcm ni...tapi mmg ada sbb selalu nmpl kt kedai makan

    ReplyDelete
  11. saya suka kucing, tapi malas nak bela. huhu kalau ada dekat memang bagilah makan dan main2 kan.

    ReplyDelete
  12. Fobia ni memang banyak jenis kan. Macam macam ada. Tapi tak sangka ada juga yang fobia pada kucing sedang kucing tuh kan haiwan yang manja. Tapi tak boleh nak hukum orang yang fobia kucing ni. Bukan dia minta pun jadi macam tu kan

    ReplyDelete
  13. Marina pernah bela kucing. Kena cakar tu boasa. Anak2 Marina pon suka kucing. Yg fobia kucing tu normal la. Lain orang lain fobia dia kan

    ReplyDelete
  14. saya faham macm mama erti fobia dengan haiwan. sbb saya pun fobia dengan ular. tapi tak faham yang buat buat fobia ni. heh!

    ReplyDelete
  15. Penah tengok sendiri sorang kwn fobia kucing. Kesian die orang kata gedik cri perhatian. Padehal mmg die takut smpai tahap terkejut tu menjerit panjat kerusi masa kat cafe 😅 kami plak yg terkejut

    ReplyDelete
  16. la adakah itu perkataan untuk panggil orng berfobia kuching. kesian kucing. bagi i kucing comel smgt! Kesian tau tk manjakan bila dia mintak manja. huhu

    ReplyDelete
  17. Saya suka kucing.. Tpi xpndai nak bela... Tpi kalau 🐍 memang saya fobia n geli... Tgk icon pun dah geli oiii...

    ReplyDelete
  18. okay sekarang baru tahu nama fobia kucing ni, kecik2 dulu takut betul dengan kucing, tapi skrg makin suka pula. hehe

    ReplyDelete