Program Merakyatkan Seni Budaya

Ahad lepas aku berkesempatan menghadiri Program Merakyatkan Seni Budaya yang berlangsung di Summit USJ bermula dari pukul 12 tengahari sehingga pukul 6 petang.


Program yang berlangsung meriah ini telah dilakukan secara terbuka dan menjemput semua tetamu untuk sama-sama melakukan aktiviti menarik seperti :

  • Permainan tradisional seperti congkak, permainan batu seremban dan teng teng
  • Demo masakan budaya oleh Chef Selebriti, Chef Iskandar
  • Persembahan Kebudayaan
  • Persembahan artis jemputan

Program Merakyatkan Seni Budaya turut dihadiri dan dirasmikan oleh Yang Berhormat Datuk Abdul Rashid Bin Asari, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor Darul Ehsan (EXCO) Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kebudayaan Dan Pelancongan, Peradaban Melayu Dan Warisan.



Dalam ucapan beliau, beliau merakamkan ucapan terima kasih kepada Pertubuhan Ikatan Muafakat serta ucapan syabas dan tahniah kepada pihak penganjur Program Merakyatkan Seni Budaya yang berjaya menganjurkan program ini secara bersepadu melibatkan kerjasama pelbagai rakan strategik terdiri daripada jabatan dan agensi Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri.

Menurut beliau lagi "Selangor merupakan salah sebuah negeri yang mempunyai keunikan seni dan budaya, sejarah gemilang pada masa lampau dan track-record yang terus maju ke hadapan. Pemerkasaan program seni kebudayaan yang berteraskan elemn tradisi dan warisan adalah amat wajar untuk disemarakkan supaya ianya tidak lapuk dek hujan dan tidak lekang dek panas. Saya yakin bahawa lebih banyak butiran seni budaya yang boleh dan akan diketengahkan dan dipromosikan sebagai produk pelancongan di Negeri Selangor".

Secara jujur aku sangat tertarik dengan program ini yang turut mempersembahkan pelbagai tarian kebudayaan dari ASWARA. Dari program ni la aku mengenali tarian darling-darling dari negeri Sabah. Selain tarian darling-darling banyak lagi persembahan kebudayaan yang menjadi simbolik Malaysia sebagai negara penuh perpaduan.

Diharapkan dimasa-masa akan datang, lebih banyak program sebegini dianjurkan bagi memartabatkan lagi seni budaya kita,

Post a Comment

1 Comments

  1. Akak suka sangat seni dan budaya, dulu masa sekolah menengah memang masuk seni dan budaya, pernah berlakon teater apa segala...dah tua2 ni je tak pernah pergi dah..ruginya x join pogram ni...menarik...

    ReplyDelete