Grilled Butter Chicken di The Chicken Rice Shop Memang Sedap Wei!

by - November 18, 2019

Kisahnya aku dah beberapa hari terperuk kat rumah. Hari ni rasa cam nak keluar so aku pergilah ke Setia City Mall, jalan punya jalan perut pun berkeroncong..tengok jam dah dekat pukul 12 tengahari dan mula teringat yang memang dari pagi belum makan apa-apa pun lagi.

Kebetulan masa perut berkeroncong tu memang aku betul-betul terpacak di depan The Chicken Rice Shop dan kemudian terpandang bunting 'Grilled Butter Chicken'..pergh..menu ni dah kembali lah! Jadi tanpa berlengah aku terus masuk je la ke dalam The Chicken Rice Shop ni.


Grilled Butter Chicken Kini Kembali!

Buat peminat tegar The Chicken Rice Shop korang pasti tau yang menu Grilled Butter Chicken ni memang dah pernah ada dan kali ini The Chicken Rice Shop kembalikan semula menu ini untuk masa terhad iaitu bermula November 2019 sehingga Januari 2020 sahaja!


Jadi, bagi korang yang memang nanti-nantikan menu yang buat air liur menjejes ni sila la serbu ke mana-mana outlet The Chicken Rice Shop berdekatan korang. 

Menariknya kali ini Grilled Butter Chicken didatangkan dalam 3 set yang berbaloi :

Meal A (1 pax) RM21.90
Meal B (2 pax) RM49.90
Meal C (4 pax) RM88.90
Grilled Butter Chicken
Grilled Butter Chicken
Grilled Butter Chicken
Pak Choy with Oyster Sauce (small)
Single Serve Chicken* (Choice of Roast/Steamed/Soy Sauce)
¼ Chicken*(Choice of Roast/Steamed/Soy Sauce)
1 bowl of Rice
Nyonya Pai Tee (regular)
Nyonya Pai Tee (large)
1 Soup of the Day
Sai To Fish Ball (regular)
Penang Rojak (large)

Pak Choy with Oyster Sauce (regular) or spicy Savoury Ladies’ Fingers (regular)
Penang Famous Chicken Rolls (3 pcs)

2 bowls of Rice
Pak Choy with Oyster Sauce (large) or spicy Savoury Ladies’ Fingers (large)

2 Soup of The Day
4 bowls of Rice


4 Soup of The Day

Kenapa Perlu Pilih Menu Grilled Butter Chicken?

Pada aku sejujurnya menu ni sangat sedap! Bayangkan ayam tanpa tulang yang digoreng rangup dan kemudiannya disimbah dengan sos butter yang memikat dipercikkan pula dengan hirisan cili api yang kemudiannya dicampurkan dengan daun kari yang membangkitkan aroma..perghhh memang meleleh air liur bila teringat menu ni.


Tambahan pula kerangupan ayam goreng tanpa tulang..krup krap korang makan dan pasti senang nak kunyah sebab tak ada tulang yang mengganggu! Hahaha..serious wei..tengah taip entry ni untuk korang pun dah meleleh air liur aku ni..hahaha..

Kalau datang sini jangan lupa order yang set sebab berbaloi pulak-pulak aku memang suka Pak Choy tu! Adusss memang padanan yang sedap yang pasti tak buat korang muak!


Jadi..tunggu apa lagi? Meh la serbu The Chicken Rice Shop sekarang sebab menu ni hanya ada untuk waktu yang terhad (sehingga Januari 2020 sahaja).



Untuk keterangan lanjut mengenai setiap promosi di The Chicken Rice Shop korang boleh la tengok di :



You May Also Like

20 comments

  1. Fuh, tetiba dah rasa lapar ni. Kena cari The Chicken Rice Shop kejap lagi...

    ReplyDelete
  2. prnh skali je mkn kat chicken rice shop..
    lps tu xpegi dh.. haha
    bkn xkena ngn tekak.. sedap tu sedap tp kekangan masa.. huhuuu

    ReplyDelete
  3. Memang sedap uii! Yaya baru try grilled buttermilk chicken di the chicken rice shop ni semalam. Lagi best Yaya ambil side order teh o laici dia ya Allah sedap gila memang puas hati hihi

    ReplyDelete
  4. Wah tmpt fav lunch kite dah ada menu baru. Salted pulam tu. Boleh try ni. Teringinnnn pulak wak..

    ReplyDelete
  5. nampak menariklah promosi terbaru CRS nie. padanlah haritu ramai yang ebratur depan CRS. nanti nak cubalah promosi ayam butter nie. nampak sedap

    ReplyDelete
  6. Wahh.. bolehlah ajak daddy makan sini nanti. Saya memang suka butter chicken. Thanks kak mis share ya, lepas ni nak paksa daddy belanja haha.

    ReplyDelete
  7. Laparnya tengok hidangan Chicken Rice Shop ni memang favourite kalau teringin nasi ayam. Nanti nak cuba pulak la grilled butter chicken ni

    ReplyDelete
  8. TCRS ni mmg fave si anak dara. Kena pulak Grilled butter chicken ni fave si maknya, mmg macam memanggil-manggil la kan...

    ReplyDelete
  9. Grilled butter chicken ni memang nampak sangat menyelerakan, nampak sedap. Meleleh melihatnya

    ReplyDelete
  10. Ya ampunnn dah terbayang nasi ayam dia. Wajib pergi chicken rice shop. Nak rasa butter chicken dia

    ReplyDelete
  11. sedapnya chicken rice shop. semalam baru makan tapi tak try pulak menu ni, rugi rugi!

    ReplyDelete
  12. Yeahh. Dh try jugak. Memang rangup weh. Sedap la jugak . Terasa nak pergi balik lepas tgk gambar2 dalam ni. Haha

    ReplyDelete
  13. Memang sedap! Kita pun dah rasa. Suka sos dia... Tu ari kita bungkus bawak balik.
    Nak pi repeat lagi ni.

    ReplyDelete
  14. Alamak.. buat lapar jelah entri Kak Min! Dahlah saya dah lama tak makan kat The Chicken Rice Shop ni! Oklah esok balik kampung nak bawa famili makan kat sini lah. Hihi.

    ReplyDelete
  15. Memang sedapp creammmy butter esp on fried chicken eh!!! Leleh air loug saya!!

    ReplyDelete
  16. jelesnya. kita tengok gmbar pon dah tahu sedap. nanti nak p cari la kat KB. hope x abis stok la. teringin sangat nak try ni.

    ReplyDelete
  17. sedap sedap sedaaaaap!!! semalam baru je pergi~ bestnya sampai tahun depan menu ni yah. boleh berulang kali makan

    ReplyDelete
  18. Dah lama tak pergi ke the chicken rice shop dah! Time to try new menu!! Thanks for sharing!

    ReplyDelete
  19. sedap ! walaupun tak cuba lagi tapi dah boleh agak hidangan di The Chicken Rice Shop tak pernah mengecewakan. ni kena pergi dengan rakan lunch and spouse juga.

    ReplyDelete
  20. nampak sedap, bolehla bawa anak2 cuba makan time2 cuti sekolah ni. thanks share info

    ReplyDelete