5 Filem Seram Terbaik Turki

Jujur, aku sebelum ni tak pernah tahu yang filem-filem seram dari negara Turki tu betul-betul seram. Untuk peminat filem seram yang extreme macam aku ni agak susah sikit nak cari filem seram yang betul-betul seram.

Baru-baru ni aku layan la filem seram dari Turki dan ternyata ye memang seram dan ngeri. Seram filem Turki ni sebab diaorang memang gunakan unsur-unsur sihir maklum la memang ilmu hitam ni berasal dari Tanah Arab sejak zaman Nabi lagi..buktinya baca je kisah Nabi Musa.

Jom, aku sharekan 5 filem seram terbaik yang aku dah tonton setakat ini (yang memang mencapai piawaian tahap seram yang aku impikan). Tapi ingat ye..bagi korang yang penakut JANGAN SEKALI-KALI TENGOK filem-filem ni ye.

1. Siccin 1

Berkisar tentang dendam seorang perempuan yang impikan seorang lelaki idaman namun lelaki yang dah punya keluarga sendiri tersebut lebih memilih keluarganya dan dari situlah bermula dendam wanita tersebut sehingga menggenakan ilmu sihir terhadap keluarga lelaki idamannya.

5 Filem Seram Terbaik Turki


2. Siccin 2

Berkisarkan tentang kisah sebuah keluarga yang porak peranda sejak kematian bayi lelaki mereka dan bermula dari kejadian hitam itu, satu persatu kisah seram mula menghantui keluarga yang menyedihkan ini.

5 Filem Seram Terbaik Turki


3. Siccin 3

Kisah tentang seorang suami yang terlalu mencintai isterinya sehingga melakukan pemujaan demi mendapatkan kembali isteri kesayangannya. Satu per satu kejadian seram menghantui keluarga sang isteri.

5 Filem Seram Terbaik Turki



4. Siccin 4

Oh ye..sebelum aku pergi lebih lanjut suka aku nak ingatkan yang filem Siccin ini memang pernah viral dan antara filem seram terhebat Turki. Atas sambutan yang menggalakkan mereka mengeluarkan sehingga Siccin ke 6 tapi setiap kisah sangat berbeza antara 1 sama lain.

Siccin 4 ni tak kurang seramnya juga ye. Aku banyak kali terkejut dengan kehadiran hantu-hantunya. Mengisahkan tentang sebuah keluarga yang mengamalkan ilmu hitam demi kepentingan diri masing-masing sehingga mendatangkan kesan buruk pada generasi seterusnya


5 Filem Seram Terbaik Turki



5. Beddua

Antara kelima-lima filem di atas, aku rasa filem Beddua ni agak lain sedikit walaupun masih berkisar tentang ilmu hitam. Mengisahkan tentang 4 sahabat yang mana salah seorang dari mereka mengalami kecelakaan sehingga menyebabkan dia menjadi cacat. Namun selepas kejadian 3 orang sahabat yang lainnya sering  diganggu oleh makhluk halus.

Aku sukakan filem ini sebab diakhir ceritanya korang akan nampak kelainan. Aku malas nak jadi spoiler jadi korang tengoklah sendiri ye. Yang pasti filem ni buat korang tak senang duduk!


5 Filem Seram Terbaik Turki



Tu 5 filem seram yang pada aku memang seram lah. Seakarang aku tengah tengok 1 lagi movie. nanti apa-apa aku update semula ye. Hahaha..sekarang aku agak free nak layan semua filem-filem ni. Pada yang kenal aku mesti tahu aku memang sejenis yang sukakan filem-filem seram..

Post a Comment

22 Comments

  1. Kita dah tgk siccin 1 tu. memang seram and tak sangka ending dia. Pastu org cakap kalau lemah jgn tgk sebab mantra dia guna sume real kan! Takottt.

    ReplyDelete
  2. Dah tonton dah Siccin 1 dan Siccin 2 waktu anak2 balik bercuti..mmg seram tu kena tunggu diaorng balik utk tonton sesama tu..

    ReplyDelete
  3. Alahaiii kalau cerita seram mmg kita surrender awal-awal. Masa kecik-kecik je tgk cerita seram xtau nape makin besar makin penakut hahaha

    ReplyDelete
  4. aduh rasa lemah jantung kejap. huhu. mek bukan genre ni. tapi yes, cite ni pernah viral kat fb hari tu.

    ReplyDelete
  5. Suka tengok cerita seram tapi kadang2 siap membayangkan lagi. Hahaha...Anak kalau tengok dia tutup muka dengan bantal. Nanti nak cuba tengok Siccin ni. Ishhh macam seram je.

    ReplyDelete
  6. siccin 1 sampai 3 tu tak seram pun, quite overrated to me plus lots of jumpscare which kind of predictable. Nanti kalau jumppa Beddua ni boleh layan kot

    ReplyDelete
  7. fuh kak min keluarkan list cerita hantu ni mesti dah dekat hallowen kan. first time tengok trailer cerita hantu turki, biasa hantu mat salleh, indonesia, thailand & lokal je.. boleh tahan seram jugak hantu dorang ye

    ReplyDelete
  8. Hai geng seram. Thanks share movie seram dari Turki. Memang eiza tak pernah tahu sebelum ni. Halaa... nak tengok ke tak...nak tengok ke tak.

    ReplyDelete
  9. Siccin mmg dah tgok..serius terkejut2 sis dibuatnya. Nanti nk try tgok cerita seram diorg yg lain pulak

    ReplyDelete
  10. Layan juga cerita seram. Tp cerita Turki tak lagi. Banyak betul siri Siccin. Nak kena tengok ni. Tapi tu lah..kalau terlajak seram sehari dua jugak jadi penakut.Hihi.

    ReplyDelete
  11. Takut nak tengok cerita seram. Teringin tapi takut. Kang susah nak tido malam.hihi

    ReplyDelete
  12. pernah dengar yang siccin tu. tapi tak berani nak tengok sebab orang kata bacaan jampi-jampi dia tu semua guna bacaan yang betul. betul ke eh? takut kita.

    ReplyDelete
  13. Tak pernah tengok. Tapi baca review ni mcm best je layan cerita seram. Boleh simpan ni, mana tahu lupa apa nama movie dia. Thanks share..

    ReplyDelete
  14. Thanks kak min. Finally dpt juga senarai filem nk layan tiap2 malam. Haha saya mmg minat filem seram.

    ReplyDelete
  15. tengok tajuk aja dah takut. dah agak siccin menjadi pilihan utama. sebabnya adik-adik semua pakat suruh tengok. semua kata paling baik punya movie hantu. tapi sebab dah lama berhenti tengok cerita hantu, trailer saje boleh buat tak tidur malam. hahaha.

    ReplyDelete
  16. haritu tengok siccin 6. boleh laa. not bad. lebih banyak terkejut kejut hahaha. and macam pending sikit sebab tak tengok langsung siccin 1-5, so tetibe tengok siccin 6 so otak kena kerja keras nak faham jalan cerita hahaha.

    ReplyDelete
  17. Wahhh cite siccin ni, pernah dgr org duk cite cite, tapi dpt tahu lebih details dari blog ni, thank youu

    ReplyDelete
  18. Akak punya pasal la kami cari filem Turki di Netflix. Tapi kami jumpa Dabbe6. Hahaha. Kemudian kami tengok, real sungguh la darah dan bacaan ayat - ayat puja Jin. Husband saya tak boleh tidur malam tu. Kami ngeteh kat mamak. Hahaha

    ReplyDelete
  19. best pulak tengok review cite seram,nanti boleh tengok semua cite seram.

    ReplyDelete
  20. Entah kenapa Rawlins masih lagi tak menonton mana-mana movie yang kak min sebut di atas sebab takut, walaupun Rawlins gemar layan movie seram

    ReplyDelete
  21. Semua dah tengok kecuali beddua..lain macam dorang punya ilmu hitam kan..

    ReplyDelete