Khasiat Sarang Burung Yang Wajib di Ketahui

by - July 25, 2019

Dah berabad lamanya penggunaan sarang burung untuk kesihatan dan kecantikan diamalkan terutama dikalangan masyarakat Cina. Sarang burung ternyata mempunyai khasiat yang tinggi untuk kesihatan dalaman. 

Bercakap tentang sarang burung, jangan pula salah faham ye..bukan semua sarang burung berkhasiat tetapi aku bercerita tentang sarang burung walit yang memang terkenal dengan pelbagai khasiat. Menurut kajian, dalam setiap 100 gram sarang burung walit, terdapat 281 Cal kalori, 37.5g protein, 0.3g lemak, 32.1g karbohidrat, 485g kalsium, 18mg fosforus, 3mg besi dan 24.5g air. Jadual 1 menunjukkan perbandingan sarang burung walit dengan makanan seperti susu, daging lembu, daging ayam dan telur ayam.


Gambar ihsan google

Antara khasiat sarang burung yang wajib korang ketahui ialah :


  • Zat kolagen yang terkandung dalam sarang burung walit dapat melancarkan pembuluh darah, meningkatkan nafsu makan serta memperbaiki saluran pencernaan.
  • Satu daripada 4 kandungan karbohidrat utama terdapat dalam sarang burung walit ialah Asid Sialik, iaitu terdapat dalam susu badan manusia dalam kepekatan yang tinggi dan merangsang penghasilan susu badan ibu.
  • Meningkatkan sistem imunisasi badan
  • Menghilangkan batuk dan kahak
  • Pengambilan sarang burung ketika hamil dapat mengurangkan rasa sakit pada punggung, menguatkan paru-paru bayi dalam kandungan dan mempercepatkan proses penyembuhan selepas melahirkan.
  • Meningkatkan daya metabolisme dan memperlahankan proses penuaan
  • Pengambilan secara teratur dapat menguatkan urat dan tulang serta meningkatkan daya tahan tubuh terhadap penyakit.
  • Untuk perokok, pengambilan sarang burung secara teratur dapat mengurangkan kesan yang dihasilkan oleh nikotin dan sekaligus membantu untuk mengurangi risiko barah.
Wah..banyaknya khasiat sarang burung ni! Patutlah harga untuk 1 kilogram sarang burung walit ni mampu mencecah sehingga RM3500-RM4500!!


T'Sallee Bird's Nest Drink Memenuhi Keperluan

Dah lama sebenarnya aku tahu tentang khasiat dan kebaikan pengambilan sarang burung secara teratur ni tapi baru sekarang muncul kesedaran..haha.. Jadi berikutan timbulnya kesedaranlah maka aku start mencari minuman sarang burung yang betul-betul asli dan sesuai.

Oh ye! Untuk tips, nak cari minuman sarang burung yang betul-betul asli dan tinggi kandungan sarang burungnya korang boleh tengok di kandungan protein. Jika kandungan proteinnya bermula dengan angka 3 ha..memang itulah yang wajib korang beli!

Baru-baru ni bila aku 'search' tentang minuman sarang burung, aku di temukan dengan jenama T'Sallee. T'Sallee ni ialah pengeluar produk yang berasaskan sarang burung. Macam-macam yang dikeluarkan oleh T'Sallee ni termasuklah produk minuman sarang burung, kordial dan sabun.


Apa yang menarik minat aku untuk consume produk T'Sallee ni ialah apabila aku tengok kandungan proteinnya 3.1 yang mana macam aku terangkan di atas apabila kandungan proteinnya bermula dengan angka 3 memang ternyata produk ini menggunakan sarang burung yang asli tanpa bayak campuran lain.




T'Sallee Keluarkan 5 Jenis Minuman Sarang Burung

Buat pengetahuan, T'Sallee telah mengeluarkan 5 jenis minuman sarang burung yang kaya dengan pelbagai khasiat :


  • American Ginseng (baik untuk tenaga dalaman)
  • Aloe vera (baik untuk detox
  • Ginger (tanpa tambahan gula)
  • Red Date (baik untuk anemia)
  • Collagen (untuk kecantikan kulit)
5 jenis minuman ini khas untuk mereka yang mementingkan kesihatan dan kecantikan. Bagusnya minuman sarang burung keluaran T'Sallee ini selain sudah mendapat sijil HALAL, HACCP, GMP & MESTI.. produk mereka ini memang tiada sebarang :

 Bahan pengawet

 Bahan Pewarna
 Bahan Perisa
 Bahan Penstabil
Malah kebaikan minuman sarang burung ini ialah :

 Meningkatkan kadar metabolik

 Meningkatkan IQ & daya ingatan
 Membantu mengurangkan batuk, kahak & lelah
 Memberi tenaga dalaman
 Mengekalkan kecantikan (anti penuaan)
Secara jujur, aku dah mencuba 3 jenis minuman mereka iaitu :

  • American Ginseng
  • Aloe Vera
  • Red Date
Dan aku sangat sukakan rasa ketiga-tiga minuman ni. Sebenarnya aku memang suka minum minuman sarang burung, jadi bagilah apa perisa pun langsung tak jadi masalah pada aku. Tapi kalau tanya aku secara jujur mana yang paling sedap antara ketiga-tiga perisa yang aku dah cuba ni, aku paling suka rasa minuman sarang burung dengan red date. Memang sedap betul! Lagipun rasanya yang manis manis buah buatkan aku rasa minuman ni sangat ngam dengan tekak aku.



Sekarang, memang hari-hari aku consume minuman sarang burung dari T'Salle ni dan aku berharap agar aku istiqomah dalam jadikan minuman sarang burung T'Sallee sebagai minumana harian aku. Maklum lah, bila usia makin meningkat ni tiada apa yang aku harapkan selain dari menjadi lebih sihat.

Dapatkan Harga Promosi Minuman Sarang Burung T'Sallee di Shopee & Laman Web Mereka

Harga untuk setiap botol minuman sarang burung T'Sallee ni ialah RM25 tapi sekarang mereka tengah buat promosi pembelian 3 jenis minuman sarang burung ni cuma RM50 yang datang dalam kotak dan penghantaran adalah PERCUMA.

Tawaran ini sah jika korang membuat pembelian di Shoppee dan laman web mereka iaitu http://www.tsallee.com.my/. Murah wei korang! 3 botol cuma RM50 je dan korang akan dapat minuman sarang burung yang betul-betul asli.



Sedikit Tips Dalam Memilih Minuman Sarang Burung Yang Asli

Sekarang memang terdapat lambakan minuman sarang burung di pasaran. Tapi macam mana caranya untuk mengenal pasti sama ada minuman sarang burung itu betul-betul berkualiti dan mempunyai kandungan sarang burung yang tinggi?

Jom aku share kan 2 tips untuk korang untuk memilih minuman sarang burung yang berkualiti :

1. Lihat kandungan protein

Macam yang aku dah jelaskan di atas tadi, kandungan protein di dalam sarang burung walit 37.5 untuk setiap 100 gram. Jadi, untuk minuman berasaskan sarang burung ni pastikan kandungan proteinnya juga tinggi la..macam produk T'Sallee ni, kandungan proteinnya 3.1



2. Tiada Stabilizer 

Kalau korang perasan, kadang-kadang minuman sarang burung yang dijual di pasaran tu nampak cantik je bila kandungan dalam botol minuman tu terapung bertaburan cantik dalam air (maksudnya kandungan dalam air tak mendap). Tapi tahukah korang yang minuman jenis tu sebenarnya dah dimasukkan stabilizer.

Minuman sarang burung yang bagus sebenarnya ialah minuman yang tidak di campur dengan sebarang bahan stabilizer di mana segala bahan yang terkandung dalam tu akan mendap, digoncang baru bahan dalam tu bertaburan terapung.



Di Mana Nak Dapatkan Produk T'Sallee?

Bagi yang berminat untuk mendapatkan produk keluaran T'Sallee, boleh la dapatkan di Shopee dan laman web mereka. Untuk keterangan lanjut boleh hubungi mereka di :


Jom korang, dapatkan 3 jenis minuman sarang burung T'Sallee dengan harga cuma RM50 dan penghantaran percuma sekarang!

You May Also Like

2 comments

  1. memang bgus kak min. sebab tu chinese dah jadikan as rutin. kita malay still ada yang tak tahu lagi khasiat sarang burung.

    ReplyDelete
  2. hmm...nak try..tp nantilah. takut tekak tak boleh terima..hahaha

    ReplyDelete