Siapa Tupac Yang disebut Dalam Filem Child's Play??

by - June 21, 2019

 Siapa dah tengok filem Child's Play terbaru yang memulakan tayangannya semalam (20hb Jun 2019)?

Semalam aku berkesempatan untuk menyaksikan filem seram tersebut dan tertarik dengan dialog "this is for Tupac" yang diulang beberapa kali. Kebetulan baru je tak sampai seminggu aku menyaksikan sebuah dokumentari mengenai Tupac.


Siapakah Tupac?

Tupac Shakur adalah seorang penyanyi rap terkenal di awal tahun 1990-an yang seangkatan dengan Puff Daddy.

Antara lagu terkenal beliau ialah Dear Mama, Hit Em Up dan California Love. Tupac berjaya mencipta nama dan menjadi antara penyanyi rap terkenal dunia namun dikatakan mempunyai ramai musuh termasuk dikalangan sahabat beliau.

Kemahsyuran Tupac telah tercatat di dalam Guiness Book of World Record apabila namanya dicatat sebagai artis terlaris dengan penjualan album sebanyak 73 juta album di seluruh dunia.

Namun malangnya artis termasyur ini telah diragut nyawanya dalam satu insiden pembunuhan pada September 1996. Tupac telah ditembak pada 7 September 1996 ketika di dalam perjalanan untuk menyaksikan perlawanan tinju antara Mike Tyson dan Bruce Seldon dan telah meninggal dunia pada 13 September 1996 iaitu 6 hari selepas ditembak.

Tupac telah ditembak sebanyak 4 das tembakan di luar sebuah kelab malam di Las Vegas ketika menaiki kenderaan jenis BMW. Ketika kejadian, Tupac baru berusia 25 tahun.

Misteri kematian dan pembunuhannya masih menjadi tanda tanya sehingga kini, namun antara nama yabg sering disebut terlibat di dalam kes pembunuhan Tupac Shakur ini adalah saingannya iaitu Puff Daddy.




You May Also Like

3 comments

  1. saya masa zaman remaja dulu-dulu memang solo cerita child's play ni. tapi yang latest ni, macam takut pulak nak tengok kat wayang. huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe gi la tgk..best! Cuma agak ngeri sikit

      Delete
  2. such a good information. thanks kak min sudi tulis pasal info ni

    ReplyDelete