FitHub by Women In Motion 100% Untuk Wanita

by - June 19, 2019

Bulan Ramadan telah pun berlalu dan kini kita masih menyambut Syawal dengan gembira. Telah menjadi tradisi di Malaysia yang Syawal akan disambut sebulan. Maka, sebulan ni kita pun beraya 'katak' dengan pelbagai hidangan dan juadah yang enak-enak.

Bagi perempuan macam aku, memang menjadi impian kami untuk makan sebanyak mungkin tapi tak gemul-gemuk! Tapi impian begitu sangat mustahil untuk direalisasikan. Yang pasti,banyak makan maka kecil la semua baju..haha..

Diet Seimbang & Senaman Bantu Kecilkan Size Baju

Nak kurus..nak cantik..perlukan pengorbanan. Bukan tak boleh makan dan beraya sakan, cuma perlulah berpada-pada.

Untuk dapatkan berat badan yang ideal, pastikan kita mengamalkan diet yang seimbang dan bersenam. Kenapa perlu bersenam? Menurut laman web MyHealth Kementerian Kesihatan, bersenam baik untuk :

  • Meningkatkan kecergasan fizikal
  • Memperbaiki keseimbangan, koordinasi dan gaya jalan
  • Meningkatkan tenaga untuk melakukan tugas harian
  • Mempertingkatkan harga diri dan mengurangkan keresahan
  • Mempercepatkan pemulihan dari penyakit dan tekanan mental
  • Mengawal tekanan darah dan menguatkan jantung
  • Memperbaiki keupayaan mengawal paras glukosa dalam darah
  • Melambatkan osteoporosis
Pendek kata, bersenam sangat baik untuk kesihatan fizikal dan mental. Namun, ada satu masalah yang dihadapi oleh kaum wanita untuk bersenam. Untuk bersenam di gym-gym yang ada di Malaysia ni sangat jarang ada gym yang khas untuk wanita sahaja. Kebanyakan gym dimonopoli oleh kaum lelaki.

Bukan kata tak boleh untuk wanita bersenam di gym yang ada kaum lelaki, tetapi memang sangat tak selesa untuk bersenam dalam keadaan bercampur lelaki dan perempuan. Terutama bagi wanita yang bertudung, keselesaan adalah yang paling utama. Maklum lah, bersenam akan mengeluarkan peluh yang banyak..ditambah lagi dengan keadaan yang bertudung liput, pastilah tak selesa.



FitHub by Women In Motion Gym Hanya Untuk Wanita Sahaja

Memahami keperluan kaum wanita dalam bersenam, FitHub by Women In Motion telah ditubuhkan bagi merealisasikan kehendak kaum hawa yang ingin bersenam dalam keadaan yang paling selesa.

FitHub by Women In Motion yang mula beroperasi sejak 17hb Jun 2019 yang lalu memberi peluang kepada wanita diluar sana untuk sama-sama menjaga kesihatan dan bersenam dengan bebas tanpa ada kaum lelaki.


Telah ditubuhkan sejak 5 tahun yang lepas, FitHub by Women In Motion mengorak langkah pertama mereka di Teluk Intan dan Kuala Kangsar sebelum membuka cawangan pertama mereka di Kuala Lumpur iaitu di Plaza Damas, Sri Hartamas.

FitHub by Women In Motion meyediakan barisan jurulatih wanita terlatih yang mempunyai pengalaman dan berlatarbelakangkan pendidikan dalam bidang Sains Sukan dan Pengurusan Sukan. Bukan calang-calang ye jurulatih di sini.



Gym Yang Luas Serta dilengkapi Peralatan Moden

Berkesempatan untuk merasai sendiri pengalaman bersenam di FitHub by Women In Motion yang terletak di Plaza Damas Isnin lalu, aku agak teruja dengan kelas gym yang luas, selesa dan penuh dengan peralatan-peralatan senaman yang serba moden.


Gym ini ditutupi dengan cermin gelap yang membolehkan wanita-wanita untuk bersenam dengan bebas dan selesa tanpa gangguan mata-mata lelaki yang memandang. FitHub by Women In Motion ini mempunyai 2 tingkat di mana tingkat bawah adalah peralatan senaman tanpa mesin dan tingkat atas pula disediakan peralatan senaman dengan mesin seperti treadmill dan sebagainya.




Locker untuk menyimpan barang dan tandas turut disediakan ditingkat atas. Pendek kata, keadaan gym ini sangat-sangat selesa untuk kaum wanita bersenam. 



Pengalaman Bersenam di FitHub by Women In Motion

Macam yang aku dah ceritakan di atas, Isnin lepas aku dah merasai sendiri pengalaman bersenam di FitHub by Women In Motion. 

Memang best bersenam ditempat yang direka khas untuk wanita sahaja ni. Mana taknya, aku bebas untuk melakukan apa-apa senaman tanpa rasa segan. 



Dulu aku pun pernah jadi ahli di gym tapi agak segan nak melakukan senaman yang berbentuk tarian seperti zumba. Maklum la, kita kan perempuan..rasa tak elok sangat nak meloncat-loncat depan lelaki bila kelas zumba turut dihadiri peserta lelaki. Tapi kat sini memang rasa bebas betul..even untuk perempuan bertudung nak bersenam tanpa tudung pun boleh..hehe nak pakai pakaian senaman yang lebih nipis dan selesa pun boleh sebab kat sini memang jaminan 100% wanita sahaja.

Daftar Sekarang Untuk Dapatkan Harga Promosi

Ni berita baik untuk korang yang nak daftar di FitHub by Women In Motion. Sekarang mereka telah mengadakan promosi yuran pendaftaran cuma RM90 sahaja dan korang layak mendapat 1 kemasukan percuma untuk mana-mana kelas dan juga percuma gym kits.

Antara  yang disediakan di sini ialah :

  • Zumba
  • Yoga
  • WIMFit Dance
  • MTVision
  • Rowing
  • Crossfit
  • Hit & tabata
  • Personal Trainer

Mendaftar Menggunakan Aplikasi FitHub

Apa yang membuatkan FitHub by Women In Motion ini lebih istimewa, untuk sebarang pendaftaran serta maklumat sebarang kelas, korang boleh memuatnaik aplikasi FitHub di Google Play atau di App Store.




Bagi yang berminat bolehlah menghubungi pihak FitHub by Women In Motion :

D-0-1 & D-1-1, Plaza Damas, No.60
Jalan Sri Hartamas 1, Taman Sri Hartamas,
50480 Kuala Lumpur

Tel : +603 62111128
Tel : +603 62111127

Instagram : fithubbywim


You May Also Like

12 comments

  1. perlu ada di melaka ni. aida berminat!!!
    mostly sini, gym campur lelaki & perempuan.
    segan lah ha ha ha ha... kita dah le tak brape fit. tak brape kecik :)
    kalau ada lelaki, surely lelaki tu nak muntah tgk aida bersenam ha ha ha ha...
    sgt teringin. sesekali masuk gym gini yg selesa.
    lengkap. kemas. cantik. bagus inisiatif gini. wujudkan khas utk perempuan.

    ReplyDelete
  2. bagusnya ada gym untuk muslimah..kat sini belum ada lagi lah...nak juga ke gym bersenam...almaklumlah lps raya ni bagai dipam2 badannya hihi

    ReplyDelete
  3. Best nya gym utk wanita je. Tak lah rasa segan nak pergi gym. kalau nak berjogging pun kalau tak berteman rasa segan aje.

    ReplyDelete
  4. waa seriously mmg bagus betullaaa mereka bukk gym yg khas unt wanita je mcm nii, congrats!! qeela pon rasa tak selesa nk ke gym sbb rata2 semuanya yg bercampur lelaki dan perempuan, jadinya kita yg bertudung ni rasa terbatas dr pelbagai segi terutama pakaian dan pergerakan kan. almaklumlah klau nk bersenan dan berzumba kan ke lagi selesa pakai legging hehe. anyway, gym tu nmpk sgt selesa & lengkap! mudah-mudahan mereka dpt meluaskn dan perbnykkan lg cawangan ke seluruh negara nnt 😁

    ReplyDelete
  5. Best ada gym khas utk pompuan ni, selesa le sikit nak pakai apa pun..hehehe. kekdang malu gak nak gi gym sb bercampur campur. Sebab tu le sis beli tridmill kat umah, cuma tak ada jurulatih jadi malas le pulak

    ReplyDelete
  6. Bertudung liput (litup eh) katanya. Hehe. Bagus tempat ni buat wanita muslim nak bersenam di FitHub by Women In Motion. Mesti tak selesa kalau pergi gym yg campur kan. Bolehlah i suggest pada kawan-kawan nanti.

    ReplyDelete
  7. Alamak kalau kak Min dah masuk Gym ni kita juga rasa tercabar nak pergi juga tapi bukan kat sini sebab sini khas untuk orang perempuan kita pergi main cardio jer wakakakakaka...

    ReplyDelete
  8. memang sesuailah untuk saing2 saya yang segan bila nak bersenam dan takut nak bersenam dengan cara yang salah.. sebab dorang mesti ada trainer kan ? em.. best nya !!

    ReplyDelete
  9. bestnya dapat pergi gym bebas macam ni. Selalunya workout dekat rumah je sebab dekat gym ramai lelaki. Nak workout pun tak selesa sangat bila ada yang pandang

    ReplyDelete
  10. Bestnya dapat pergi gym khas untuk wanita sahaja. Lepas ni dah tak segan silu la kan nak bersenam. Dan sebenarnya walaupun badan kurus, tetap jugak kena bersenam. Sebab bersenam ni kan untuk menjaga kesihatan badan. Kalau dari gemuk ke kurus tu kira bonus la.. Hehe

    ReplyDelete
  11. siap ada apps lagi. bagus untuk kesihatan dan release tension. tak lah rasa segan bagi kita orang perempuan.

    ReplyDelete
  12. Kalau gini takde alasan la nak skip gym, nak skip Zumba semua kan...mmg selesa kalau takde lelaki

    ReplyDelete