Yuran Serendah RM1 Untuk Daptkan Ilmu Pemasaran di Roket Pemasaran Momentum

Hari ni aku nak share dengan korang tentang sebuah seminar yang diberi nama Roket Pemasaran Momentum (RPM) yang telah ditubuhkan dan dikendalikan oleh Najib Asaddok iaitu seorang Pakar Pemasaran Online.



Seminar sebegini sebenarnya memang bagus untuk seorang usahawan macam aku, sebab seminar-seminar sebeginilah yang membimbing usahawan untuk terus 'meroket' dalam perniagaan.

Terus terang, sebenarnya sekitar tahun 2016/2017 aku memang pernah je menghadiri seminar Roket Pemasaran Momentum ni. Hehehe..kelas Najib Asaddok best wei! Memang tak bosan pun. Tiap saat tu memang penuh dengan perkongsian terutama macam mana cara untuk menyusun ayat bagi tujuan menarik pelanggan.



Siapa Najib Asaddok?


Nah ni aku sharekan dengan korang petikan dari Najib Asaddok sendiri melalui laman web beliau iaitu najibasaddok.com


"Saya seorang usahawan internet sepenuh masa & trainer kepada ribuan usahawan. Saya memulakan perniagaan internet ni sejak tahun 2009 bermula dengan menjual produk fizikal di pasaran tempatan & antarabangsa.

Sejak itu juga saya mendalami teknik-teknik melakukan pemasaran di internet. Bukan sekadar menjual produk fizikal saya juga melebarkan sayap perniagaan dengan menjual produk-produk digital yang saya hasilkan.

Alhamdulillah saya berjaya menghasilkan jualan yang konsisten setiap bulan & membina empayar perniagaan sendiri hasil menjalankan teknik-teknik yang saya temui & pelajari dari mentor-mentor hebat. Saya juga telah membantu ramai usahawan baru mahupun lama yang melebarkan perniagaan mereka melalui pemasaran internet.

Ada yang dah mencapai JUALAN 5-6 angka sebulan. Ada tokey umrah, tokey tudung, tokey jubah, tokey makanan, buat direct sales & pelbagai jenis bisnes yang memerlukan cara pemasaran berkesan.

Setelah 6 tahun menjalankan perniagaan/pemasaran di internet, saya nak kongsikan pengalaman dan ilmu kepada anda dalam satu seminar yang santai iaitu ‘Seminar Roket Emel 2016’ . Ramai yang minta saya kongsikan ILMU dan PENGALAMAN sepanjang 6 tahun saya menjalankan perniagaan 100% melalui internet ini & sekarang adalah masa terbaik."

Najib Asaddok
Guru Pemasaran Online
Roket Emel

Momentum Internet Sdn. Bhd.



Pelancaran Roket Pemasaran Momentum 2019 : Nak Tarik Pelanggan

Seperti tahun-tahun yang sudah, RPM turut bakal melancarkan seminar dan kelas anjuran mereka bagi tujuan membantu golongan usahawan di luar sana untuk berkembang maju dalam perniagaan khusunya perniagaan atas talian.

Dan pada tahun ini RPM menyasarkan 50,000 usahawan untuk menghadiri seminar dibawah kelolaan mereka . Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Momentum Internet Sdn.Bhd iaitu Najib Asaddok, mereka memilih dan menyasarkan angka 50,000 sebagai simbolik sempena ulang tahun ke-5 Momentum Internet Sdn,Bhd pada tahun ini.

Dan bersempena itu juga mereka telah membuat tawaran yuran CUMA RM1 SAHAJA untuk seminar yang bakal berlangsung sekitar bulan Julai akan datang.

Perghhh RM1 je wei! Rugi tak datang! Aku dulu tak ingat aku bayar berapa ringgit tapi yang pasti bukan RM1. Singgit je wei untuk dapatkan ilmu berguna dari Najib Asaddok. Dan sebenarnya sebelum aku share ngan korang ni aku dah lebih dahulu mendaftarkan diri aku untuk seminar ni..hahaha..giler weiiii sape tak nak daftar seminar berharga dengan yuran cuma RM1.

Ok la..kalau korang nak daftar dan rebut peluang yuran RM1 ni sila la mendaftar di naktarikpelanggan.com sebab peluang ini akan dibuka kepada 1000 orang terawal sahaja!




Post a Comment

2 Comments

  1. I think that these conference left only positive footprints and everyone has learnt something valuable for themselves.

    ReplyDelete