Tampil Menawan di Pagi Raya Bersama Koleksi Raya Hermanas X Adira

by - May 10, 2019

Aku peminat tudung bawal. Sungguh! Sebab dari aku di usia remaja memang tudung bawal ni sangat terkenal. Alkisahnya dulu memang aku banyak la koleksi tudung bawal dan kebanyakannya yang aku beli di Kelantan. Haha..cakap je jenis apa..semua aku ada.

Tapi, nak pilih tudung bawal ni sebenarnya aku agak cerewetlah sikit sebab tak semua tudung bawal yang jenis 'dengar cakap' haha..atau istilah lainnya yang memang bila pakai ia akan jadi cantik terletak. Dan kerana masalah itulah, kadang-kadang bila nak cepat terpaksa lupakan hajat dan niat nak pakai tudung bawal.

Mujurlah baru-baru ini aku diperkenalkan dengan tudung bawal jenama Hermanas. Apa yang istimewanya Hermanas ini ialah mereka menggunakan material berkualiti tinggi iaitu Premium Cotton Voile yang mudah dibentuk dan tidak mudah kedut.



Pelancaran Koleksi Raya Hermanas X Adira

Bertempat di The Curve baru-baru ini, Hermanas telah pun melancarkan Koleksi Raya Hermanas X Adira yang menampilkan Adira Suhaimi sebagi duta mereka. 

Koleksi Raya Hermanas X Adira ini menampilkan 12 koleksi menarik tapi untuk bulan Mei ini hanya 6 rekaan sahaja dulu yang dilancarkan dan selebihnya akan dilancarkan pada bulan Jun depan. Perghh..bagi peminat-peminat bawal, inilah masanya untuk korang menambahkan koleksi tudung bawal korang sebab setiap design mempunyai lebih 5 kombinasi warna dan dari koleksi ini sahaja menampilkan lebih 40 kombinasi warna! Pendek kata..korang memang boleh bergaya sakan di pagi raya nanti.


Buat pengetahuan, ini adalah kolaborasi pertama antara Hermanas dan Adira. Ketika diajukan soalan tentang mengapa memilih Adira sebagai duta?, Syed Zulhilmi Tuan Syarif selaku pengasas berkata mereka memilih Adira kerana imej Adira sendiri sebagai muslimah yang bertudung dan ditambah lagi dengan cara pemakaian Adira yang cantik, trendy dan kemas bersesuaian dengan tudung bawal Hermanas.


Ketika majlis pelancaran tersebut, Adira turut menandatangani sehelai tudung istimewa edisi terhad yang akan dibuka untuk bidaan bermula dengan RM1,000 dan hasil lelongan tersebut akan disalurkan ke badan kebajikan sempena menyambut Syawal yang bakal menjelma tidak lama lagi.




Ketika majlis berlangsung, tetamu turut diberi tutorial bagaimana menggayakan tudung bawal Hermanas ni. Wahh..baru aku tahu sebenarnya pelbagai gaya yang boleh digayakan menggunakan bawal ni rupanya. Haha..maklum la selama ni aku asyik gunakan satu gaya yang sama je tiap kali mengenakan tudung bawal.





Material Kain Yang Bermutu Tinggi

Macam yang aku dah bagitahu, aku agak cerewet dalam memilih material kain untuk tudung bawal. Mujurlah Hermanas ni menampilkan koleksi tudung bawal menggunakan material yang berkualiti tinggi. 


Bawal Hermanas sangat berbeza tau dengan tudung-tudung bawal di luar sana sebab mereka menggunakan material yang diperbuat khas untuk Hermanas aitu Hermanas Premium Cotton Voile. Aku sendiri dah mencuba dan memang material jenis ni sangat mudah dibentuk dan tak mudah kedut.


Bukan tu je, memang selesa sangat pakai tudung bawal Hermanas ni sebab materialnya pun sejenis yang sejuk. Jadi jangan bimbang kalau korang nak pergi ke majlis yang terbuka sebab kain untuk tudung Hermanas ni memang tak akan merimaskan korang.

Kalau ditanya pendapat aku mengenai tudung bawal Hermanas ni dan kenapa perlu memilih tudung bawal Hermanas?  Ini jawapan aku :


/

Material dari kain bermutu tinggi


/

Didatangkan dengan kotak yang eksklusif


/

Harga yang sangat berpatutan


/

Mudah dibentuk


/

Ringan


/

Tak panas



Harga & Maklumat Lanjut

Bagi mereka yang berminat untuk mendapatkan Koleksi Bawal Hermanas X Adira ni, harga bagi koleksi ini adalah RM69 sehelai dan sempena musim perayaan ini peminat bawal Hermanas boleh mendapatkan harga istimewa iaitu cuma RM197 untuk 3 helai bawal dengan PENGHANTARAN PERCUMA dan beserta dengan kotak eksklusif.



Macam mana nak dapatkan koleksi tudung bawal yang cantik ni? Haaa..boleh dapatkan di semua stokis sah Hermanas di Malaysia, Brunei, Singapura dan Indonesia atau korang boleh datang sendiri ke butik Hermanas yang terletak di :

29-1 Jalan PJU 5/20E,
The Strand Kota Damansara,
47810 Petaling Jaya,
Selangor.

Tel : 010-3348784
Website : www.hermanas.my
Instagram : hermanas.my

You May Also Like

28 comments

  1. hey !! cantiknya tutorial tu.. confirm cantik pagi raya nanti kan..

    ReplyDelete
  2. Lawa-lawa tudungnya nanti nak try usha la

    ReplyDelete
  3. Wahh sesuai kalau buat hadiah ni kan. Cantik design dia.

    ReplyDelete
  4. Adakah dengan memakai tudung ni anda akan kelihatan seperti artis gituwwww

    ReplyDelete
  5. Cantik nya kalau dipadankan dengan abaya

    ReplyDelete
  6. Cantik sgt design. Ingatkan harga sehelai jejak RM100 tapi ok la masih murah lagi.

    ReplyDelete
  7. Cantik designnya.. sesuai la klau baju plain.. dan kena selera kita la awak.. nak cari jugak nnt

    ReplyDelete
  8. Cantik²nya design dia... Jarang beli bawal yg material selain cotton.. Mgkn boleh beli utk raya ni.. Hehe

    ReplyDelete
  9. lawa juga ye. kena ada jugak satu koleksi ni

    ReplyDelete
  10. Cantik sanga tudung dia.. Macm senang diventuk.. Adira pun lawa

    ReplyDelete
  11. cantik design tudung dengan box dia, secantik Adira! No wonder lah Hermanas ambil Adira sebagai duta. Sakan la raya tahun ni

    ReplyDelete
  12. awak ni adira ke? hahaah cantik kan tudung dia? bak kata adira tak semua review itu tak bagus. nanti nak bagi adik kite pakai lah

    ReplyDelete
  13. lawanya tudung,cantik tgk adira pakai..kebetulan nak raya ni bolehlah beli satu..harga pun berbaloi2 tu

    ReplyDelete
  14. Cantik tudung collection dia. I love the prints. Look beautiful and exclusive. Suitable for gifting too.

    ReplyDelete
  15. how i wish I pakai jadi cam adira kan .. tapi adira nie pakai apa pun cantik, No wonder Hermanas collaborate dengan Adira

    ReplyDelete
  16. I like the design of the tudung. Warnanya cantik can sesuai untuk semua kaum.

    ReplyDelete
  17. wah kak min cantiknya tudung tu. boleh la buat tudung raya 2019 ni. design pun nampak fresh & moden. sesuai dengan trend gaya sekarang. eh nak la beli sehelai untuk mak, kot-kot dia nak pakai buat pergi open house raya nanti

    ReplyDelete
  18. Not bad jugak ya design dia, boleh lah jadikan koleksi pribadi sis..sis pun suka simpan tudung2 macam ni. Kadang2 mana yang baru dan tak pakai lagi sis akan hadiahkan kat kakak2 sis..suka lah diorg dapat tudung cecantik..hehehe

    ReplyDelete
  19. Canyiknya deaign bawal Hermanas ni. Sekarang ni memang duk nak pakai bawal. Malas pulak nak pakai shawl. Pakai bawal senang je kan. Nanti nak beli lah kokeksi bawal hermanas ni

    ReplyDelete
  20. MAkin cantik tengok adira ni. Sesuai la dia jadi duta. Tengok dia pakai tudung hermanas ni pun macam serasi dgn muka dia.

    ReplyDelete
  21. Lawanya design dia. Semua square ke? Ada shawl tak? Kalau ada shawl boleh la emi beli.

    ReplyDelete
  22. Kepala bisnes adira ni. Suka tengok. Boleh pergi lebih jauh. Tengok design tudung ni nampk cantik juga. Tapi kena banyak kaler kot senang pelanggan nak buat pilihan

    ReplyDelete
  23. cantiknya design dia.haritu tengok adira punya launching ni dekat melodi berkenan pulak.nak beli la raya ni

    ReplyDelete
  24. wahhhh sesiapapon pasti tampak cantik dan bergaya mengenakan tudung adira nie. corak dia sangat cantik dan trendy. mesti ramai remaja2 suka dengan corak fresh sebegini. nak belikan lah satu utk kakak

    ReplyDelete
  25. ehh suke2 corak mcm ni sng nk match sbb palette die x colourful melampau! btw material cmni pun best ringan n sejuk!

    ReplyDelete
  26. Mesti harganya pun exclusive ni kan.. Kita pun penggemar bawal. Tapi kalau jenis tudung bercorak ni, kena pakai Dengan baju yang kosong la. Tak bercorak. Baru nampak naik corak di Tudung....

    ReplyDelete
  27. comelnya Adira. dah lama x nampak penampilan dia di mana-mana. btw design design bawal ni sangat menarik dan sangat sesuai untuk mereka yang berperwatakan lembut

    ReplyDelete