#Bismillah ..Barokah Ramadhan di Dorsett Putrayaja

by - May 06, 2019

Belum terlambat lagi rasanya untuk aku mengucapkan selamat menyambut Ramadan pada semua pembaca yang setia. Tahun ni, hari pertama Ramadan aku dah lembik sebab diserang demam agak teruk. Actually dah berapa hari rasa nak demam tapi buat tak tahu je tapi hari ni tewas juga akhirnya.

Biasa la, bila badan tak sihat memang selera makan agak kurang. Jadi untuk ambil mood berbuka puasa sempatlah aku belek-belek kamera aku dan tadaaaa..nah, aku terus bukan setakat ada mood untuk berbuka tetapi juga ada mood untuk update entry.

#Bismillah..Barokah Ramadhan @ DORSETT PUTRAJAYA

Kalau korang mencari tempat berbuka puasa di sekitar Putrajaya, aku cadangkan korang untuk datang berbuka puasa di Dorsett Putrajaya. Kenapa? Sebab di Dorsett Putrajaya terdapat lebih daripada 300 hidangan istimewa yang akan dihidangkan di Restoran Citra Rasa.


Aku dah pun merasai keenakan rasa hidangan berbuka puasa di sini..memang sedap dan meriah. Mana taknya..antara yang menarik selera tekak aku di sini ialah :

  • Pek Nga Kelapa dengan Kari Ikan
  • Laksam Kelantan
  • Nasi Kerabu
  • Nasi Lemak Delima dengan Sambal Hijau
  • Lempeng Pisang
  • Sup Gear Box
  • Bubur Lambuk istimewa
  • Lemang
  • Nasi Himpit
  • Rendang daging





Dan banyak lagi hidangan istimewa. Ha..bagi yang tak tahu Pek Nga Kelapa tu apa..pek ngan tu ialah lempeng. Aku pun tau sebab tahun lepas aku ke Perlis dan dihidangkan dengan pek nga..hehe..

Tapi kalau tanya aku apa hidangan paling sedap di sini..jawapan aku ialah Nasi Kerabu sebab Nasi Kerabu yang dihidangkan di sini memang Nasi Kerabu asli macam dihidangkan di Kelantan. Dah la mengekalkan Nasi Kerabu yang bewarna biru, lepastu ada pulak tumisannya yang melengkapkan hidangan Nasi Kerabu.

Khas untuk kanak-kanak pula, yang paling menjadi tarikan di Dorsett Putrajaya ini ialah Turkish Ice Cream yang dibawa khas oleh Dorsett Putrajaya  dari Joshafa Sdn Bhd. Hehe..Turkish Ice Cream ni korang tau la kan? Nak dapat ais krim tu kena sabar sikit dipermainkan 'penjual' ais krim hehe..


Bukan tu je..bagi peminat raja buah iaitu durian, jangan lepaskan peluang korang untuk menikmati buah durian ketika berbuka puasa di sini


Kemudahan Bersolat

Menitik beratkan soal solat, sebuah surau yang luas dan selesa turut disediakan khas untuk para pengunjung yang berbuka puasa di Dorsett Putrajaya ni.

Surau hanya terletak bertentangan dengan Restoran Citra Rasa dan disediakan surau khas untuk jemaah lelaki dan jemaah perempuan. Maksudnya surau yang berasingan antara lelaki dan perempuan.




Harga Buffet Ramadan di Dorsett Putrajaya

Bagi mereka yang berminat untuk berbuka puasa bersama keluarga mahupun rakan taulan, harga buffet Ramadan di Dorsett Putrajaya ialah :

Early Bird :

RM99 nett

Harga Biasa :

RM138 Dewasa
RM78 Warga Emas & Kanak-kanak yang berusia 6-12 tahun.

Untuk keterangan lanjut mengenai buffet Ramadan di sini boleh lah menghubungi :

Alamat : Dorsett Putrajaya, Precint 3, 62000 Putrajaya, Malaysia
Tel : 03-88928388


You May Also Like

0 comments