SASUKE OUTLET Lancarkan SASUCARE Demi Kerja Amal

by - April 20, 2019

Siapa pernah dengar tentang SASUKE OUTLET? SASUKE OUTLET ialah sebuah butik yang menjual pakaian terpakai yang beroperasi sekitar Lembah Klang antaranya di Pandan Jaya, Danau Kota, Kajang, Bangi dan Bandar Sri Permaisuri.

Pada tahun ini, SASUKE OUTLET telahpun menyambut ulangtahun yang ke-3 dan sempena ulangtahun yang ke-3 ini SASUKE OUTLET telah melancarkan kempen SASUCARE iaitu sebuah kempen kebajikan. SASUCARE adalah singkatan kepada 'SASUKE' dan 'CARE yang membawa maksud SASUKE Prihatin dan program ini buat julung kalinya diadakan oleh SASUKE OUTLET dengan kerjasama KINDNESS MALAYSIA.


Pengarah Urusan SASUKE OUTLET, Cik Nurul Suhaida Bt Abu Sopian

Dan bersempena dengan bulan kesedaran Autisme sedunia yang disambut pada setiap bulan April, SASUKE OUTLET memilih untuk melancarkan SASUCARE sebagai simbolik kepada permulaan bagi kerja kebajikan yang bakal mereka lakukan.





Buat pengetahuan, kempen SASUCARE ini akan dijalankan selama tiga bulan berturut-turut bermula dari 1 Mac 2019 sehingga 31 Mei 2019 dan tujuan utama SASUCARE ini dilancarkan ialah untuk membantu rumah-rumah kebajikan yang memerlukan di sekitar Kuala Lumpur bagi menampung keperluan asas harian dan pendidikan mereka.

Sempena majlis pelancaran yang telah diadakan pada 18 April yang lepas, sebuah majlis yang dihadiri oleh tetamu VIP iaitu pelajar Autisme dari Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PPDK) Taman Desa, artis jemputan khas Dato' Hattan dan Tauke Jambu serta rakan-rakan media turut hadir sebagai tanda sokongan. 



Sebagai penerima pertama kempen SASUCARE, seramai 25 orang pelajar Autisme dari PPDK Taman Desa yang hadir ini telah menerima bantuan dan diraikan sempena majlis pelancaran ini.

Bagaimana kita dapat turut sama membantu? Haa..jika korang semua ingin turut serta dalam melakukan kerja amal ini..korang cuma perlu membeli di SASUKE OUTLET kerana sebahagian daripada kutipan jualan bulanan akan disalurkan kepada rumah-rumah kebajikan yang terpilih, antaranya ialah Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PPDK) Taman Desa (golongan Autisme) bagi bulan Mac, Rumah Titian Kaseh (golongan Ibu Tunggal) bagi bulan April dan Rumah Penjagaan & Rawatan Orang Tua Al-Ikhlas bagi bulan Mei 2019.



Sedikit Tentang SASUKE OUTLET

SASUKE OUTLET adalah anak syarikat NCT Supply & Trading Sdn.Bhd, ditubuhkan pada tahun 2016. Perniagaan utamanya ialah mengimport pakaian terpakai berjenama premium di gudang seluas 42,000 kaki persegi kawasan kitar semula tekstil yang beroperasi di Klang, Malaysia.

Visi utama syarikat ialah untuk menjadi butik francais barangan terpakai yang terbesar di Malaysia pada harga dan nilai yang berpatutan dan berkualiti tinggi. SASUKE OUTLET kini mempunyai tenaga pekerja seramai 70 orang (30 orang di bahagian outlet dan 40 orang di bahagian kilang) 



Untuk keterangan lanjut mengenai SASUKE OUTLET, korang boleh ke :




You May Also Like

1 comments

  1. Sebab tu saya suka Sasuke Outlet. Selain kedai bersih, pakaian berbaloi dan cantik, tak sangka pula ada kempen begini. Semoga makin banyak lagi kempen begini diadakan!

    ReplyDelete