Hidangan Buffet Ramadan Hebat Dengan Harga Istimewa di Lugar De La Boda

by - April 23, 2019

Baru-baru ni aku berkesempatan untuk merasai sendiri kehebatan hidangan buffet ramadan di Lugar De La Boda yang terletak di Puchong. Buat pengetahuan semua, Lugar De La Boda adalah sebuah dewan perkahwinan yang dimiliki oleh Hanana Group.

Lugar De La Boda merupakan sebuah dewan perkahwinan yang berkonsepkan 'Garden Wedding' dan telah beroperasi sepenuhnya sejak Oktober 2018. Pada tahun ini, buat pertama kalinya Lugar De La Boda telah menyediakan hidangan buffet ramadan di dewan perkahwinan mereka.


Sedikit Tentang Hanana Group

Syarikat Hanana Group Sdn.Bhd telah ditubuhkan pada 06 September 2016. Syarikat ini adalah pengembangan daripada syarikat Hanana Catering & Event Solution yang telah beroperasi sejak 6 tahun lepas.

Syarikat Hanana Group Sdn.Bhd (HGSB) menjalankan perniagaan berasaskan katering, butik pengantin dan juga dewan perkahwinan yang disewa daripada pihak kedua (As-Sofwan Group Sdn.Bhd). Ia dikenali sebagai Hanana Catering & Event Solution untuk perkhidmatan katering, HN Wedding Exclusive untuk pakej pelamin dan andaman.

HGSB ini adalah merupakan syarikat yang pertama di Putrajaya yang mempunyai syarikat katering, butik pengantin dan juga dewan perkahwinan sendiri di Putrajaya. Perniagaan HGSB berkonsepkan pusat sehenti perkahwinan yang memebrikan kemudahan pada setiap pelanggan.


Hidangan Buffet Ramadan Hebat Dengan Harga Istimewa di Lugar De La Boda

Memandangkan bulan Ramadan Al-Mubarak bakal tiba tidak lama lagi, Lugar De La Boda telah membuka dewan serba mewah dan cantik dengan hiasan taman atau 'The Garden Konsep' kepada tetamu untuk menikmati juadah berbuka puasa di sini.

Bukan sahaja dewan yang cantik, Lugar De La Boda turut menghidangkan lebih 60 jenis hidangan buffet ramadan yang sungguh menyelerakan dengan pelbagai seleksi pilihan makanan daripada hidang ringan, makanan berat hinggalah aneka pencuci mulut.

Berkonsepkan gerai makanan, Lugar De La Boda menghidangkan aneka makanan Malaysia seperti Laksa, Nasi beriani, Dim Sum, Roti John, Kambing Bakar dan banyak lagi. Tapi kalau tanya apakah hidangan paling aku suka, dah tentu hidangan kambing bakar! Perghhh..Kambing Bakar kat sini memang terbaik sebab tu hari tu nak ambil kambing bakar ni kena bersabar sikit beratur hahaha..


Sedapnyaaaa Kambing ni..
Lauk pauk kat sini tak kurang enaknya! Boleh rambang mata dengan pelbagai hidangan lauk pauk kat sini dan yang paling aku suka dah tentulah Daging Masak Hitam.


Bercerita soal makanan sebenarnya takkan habis..maklumlah terlalu banyak makanan yang dihidangkan di sini dan sudah semestinya setiap hidangan sangat menyelerakan. Manakala air juga dihidangkan dengan pelbagai jenis air mengikut selera pelanggan. 

Menu utama yang dihidangkan di sini ialah :

  • Nasi Briyani/Nasi Minyak
  • Nasi Putih
  • Ayam Kalio/Ayam Cili Padi/Ayam Rendang
  • Daging Gulai Kawah/Daging Briyani/Daging Masak Lemak Cili Api
  • Ikan Goreng Cili Padi
  • Kupang Goreng Pedas
  • Lala Halia
  • Sayur Campur
  • Kailan Ikan Masin
  • Sayur Masak Lemak Pucuk + suhun
Itu baru sikit yang aku cerita...ada banyak lagi hidangan dan kalau korang nak tahu lebih lanjut apa kata korang datang sendiri merasai keenakan masakan di Lugar De La Boda ni.









Kemudahan Yang Terdapat di Lugar De La Boda

Secara jujur aku sangat sukakan Lugar De La Boda ni. Bukan sebab hanya cantik tapi di sini turut disediakan :

  • Ruangan parkir yang luas
  • Surau berhawa dingin
  • Tandas
Pendek kata memang selesa berbuka puasa bersama keluarga di sini. Bagi yang ingin mengadakan majlis perkahwinan di sini pula, terdapat bilik akad nikah turut disediakan.


Harga & Maklumat Lanjut Mengenai Buffet Ramadan di Lugar De La Boda

Walk-in Price

Dewasa : RM68.00
Kanak-kanak : RM38.00

Early Bird

Dewasa : RM59.00
Kanak-kanak : RM30.00

Special Price

RM580 
1x meja (10 pax)

* Kanak-kanak (6-12 tahun)

Sebarang pertanyaan/tempahan sila hubungi :


  • Sarah : 016-6700471
  • Zuraini : 016-3111074
  • Liana : 016-4318434
  • Atul : 016-6700473
Alamat : Lugar De La Boda @ Puchong
Persiaran Prima Utama, Taman Puchong
Lot 65083, Persiaran Tasik Prima 4,
Lake Vista, 47100, Puchong




Selain berbuka puasa di Lugar De La Boda, Hanana Group turut menyediakan hidangan buffet ramadan di Ambassador Putrajaya


You May Also Like

0 comments