Bazar Perdana PNB Perdana Hotel & Suites On The Park Tawar Harga Kurang Dari RM100

by - April 11, 2019

Secara jujur..sekarang dah sangat kurang dengar tentang harga buffet Ramadan yang harganya rendah dari RM100 di hotel-hotel. Tapi berbeza dengan PNB Perdana Hotel & Suites On The Park yang terkenal dengan hidangan lazat di restoran meraka. 

Jangan tak percaya..PNB Perdana Hotel & Suites On The Park menawarkan harga kurang dari RM100 untuk hidangan buffet Ramadan di tempat mereka.



Bagi yang follow aku, tentu dah baca entri berbuka puasa aku di PNB Perdana Hotel & Suites On The Park ni tahun lepas. http://www.bebelancikmin.com/2018/06/nostalgia-buffet-ramadan-di-pnb-perdana.html . Dari dulu lagi PNB Perdana Hotel & Suites On The Park ni terkenal dengan hidangan-hidangan lazat terutama ketika bulan puasa.

Bazar Perdana PNB Perdana Hotel & Suites On The Park

2 minggu lepas aku berkesempatan untuk turut bersama majlis preview buffet Ramadan PNB Perdana Hotel & Suites On The Park. Untuk tahun ini, Bazar Perdana PNB Perdana Hotel & Suites On The Park menjadi konsep majlis berbuka puasa di sini.



Terdapat pelbagai jenis bazar yang disediakan bagi memenuhi selera pelanggan setia mereka untuk berbuka puasa di sini. Manakala terdapat sebanyak 188 menu dengan pelbagai variasi dan pilihan. Dan yang istimewanya untuk tahun ini, PNB Perdana Hotel & Suites On The Park turut mengidangkan Kari Kepala Ikan yang menyelerakan dan turut menampilkan beberapa jenis signature dish untuk para tetamu, antaranya :

  • Sup Berempah Binjai
  • Kambing Golek
  • Apam Balik
  • Satay
  • Ais Krim Goyang
  • Air Batu Campur (ABC)
  • Murtabak Cheese


Terdapat pelbagai gerai turut disediakan di Bazar Perdana di PNB Perdana Hotel & Suites On The Park dan gerai-gerai tersebut adalah :

  • Gerai 1 - Warong Tokey Pian yang menghidangkan mee rebus
  • Gerai 2 - Warong Pak Malau Kajang berlipat yang menghidangkan mee goreng
  • Gerai 3 - Warong Mak Peah yang menghidangkan roti canai, murtabak dan roti jala.
  • Gerai 4 - Warung Pak Ali Pangey yang menghidangkan Apam Balik Kampong dengan kelapa parut, kacang merah dan jagung.
  • Gerai 5 - Warung Pak Maun Satay yang menghidangkan satay daging dan ayam serta nasi himpit





Wah..memang meriah ye Bazar Perdana di PNB Perdana Hotel & Suites On The Park ni. Tu blum lagi aku sebut tentang pelbagai jenis kerabu, pencuci mulut, ais krim dan banyak lagi. Pendek kata dengan harga yang tak sampai RM100 tu korang memang akan balik dalam keadaan tak larat nak bawak perut..haha..

Tapi tu la..jangan korang membazir pulak. Jangan tamak ambil makanan banyak-banyak lepas tu tak habis. Seeloknya ambil sikit-sikit dulu untuk rasa, kalau pasti sedap tambah la lagi! Hehehe..tetibe buat khidmat pesanan ringkas pulak. Tapi kan, PNB Perdana Hotel & Suites On The Park pun dah ingatkan dan menyediakan tanda ingatan tu di merata tempat..hehehe..


Kalau ditanya tentang menu pilihan aku untuk tahun ni, sudah semestinya aku akan pilih Rendang Paru. Perghh..bukan nak cakap, tapi Rendang Paru kat sini memang padu! Tapi kalau nak ikutkan keseluruhan, aku lebih suka menu tahun lepas sebab tahun lepas ada Nasi Kerabu dan Patin Masak Tempoyak tahun lepas betul-betul padu sebab Chef nya berasal dari Jerantut, Pahang. Hehehe..tu pendapat peribadi aku la.



Apa pun, hidangan tahun ini tak kurang hebatnya dan tak kurang lazatnya. Jadi, apa kata ayuh beramai-ramai bawak mak pak, adik abang, anak menakan dan sebagainya untuk berbuka puasa di sini. Untuk keterangan harga boleh rujuk kat bawah ni :-

Restoran Binjai

Harga promosi : RM80.00 nett
Harga Biasa : RM 98.00 nett
No Untuk Tempahan : 03-74903838

Restoran 39

Harga promosi : RM100.00 nett
Harga Biasa : RM135.00 nett
No Untuk Tempahan : 03-74903939

You May Also Like

1 comments