Nostalgia Buffet Ramadan di PNB Perdana On The Park

Selalu aku dengar yang makanan di PNB Perdana On The Park ni sedap-sedap belaka. Jadi, Selasa lepas aku dan rakan-rakan blogger lain sempatlah ke PNB Perdana On The Park untuk merasai sendiri pengalaman berbuka puasa di sini.






Kami memilih untuk berbuka di Restoran 10 Binjai yang terletak di bawah, berdekatan pintu utama ke lobby PNB Perdana On The Park ni.



Melangkah masuk ke Restoran 10 Binjai ni, mata terarah pada 2 naskah Al-Quran yang diletakkan di tepi pintu masuk. Rupanya menurut Cik Sakinah dari Jabatan Pemasaran dan Komunikasi PNB Perdana On The Park, mereka sememangnya berkolaborasi dengan pihak Masjid As-Syakirin KLCC setiap tahun untuk menyediakan hidangan pada setiap Jumaat. Dan pada setiap hari para pengunjung akan dialunkan dengan bacaan Al-Quran dari Imam Masjid As-Syakirin. Patutlah ada 2 naskah Al-Quran di tepi pintu masuk ke Restoran 10 Binjai ni.


Hidangan Nostalgia Buffet Ramadan

Terdapat begitu banyak seleksi makanan yang dihidangkan di Restoran 10 Binjai ni. Hidangan pertama yang menarik mata aku ialah Nasi Ulam. Fuh! betul-betul menggamit nostalgia bulan ramadan aku ni sebab Nasi Ulam adalah menu istimewa yang arwah mak aku akan hidangkan setiap kali tiba bulan ramadan.


Selain Nasi Ulam, terdapat banyak lagi hidangan yang bertepatan dengan tema Hidangan Nostalgia seperti Gulai Tempoyak Ikan Patin, Ayam Masak Beriani, Ikan Tenggiri Masak Taucu, Kupang Sambal Bawang dan Kobis Masak Lemak. Terdapat juga pemanis mulut seperti kuih ondeh-ondeh dan akok yang sememangnya menjadi pilihan utama aku.





Selain hidangan yang di atas, terdapat juga live cooking stall yang menghidangkan Mee Rebus, Kuey Teow, Murtabak, Roti Jala dan aneka pasta.



Makanan di sini ternyata bukan hanya sedap mata memandang tapi juga enak di tekak. Nasi Ulam dan Gulai Tempoyak Ikan Patin tu betul-betul kena dengan selera aku. Memang rasa masakan Pahang. Risik punya risik..patutlah..Rupanya Eksekutif Chef yang menghidangkan masakan ni berasal dari Jerantut, Pahang. Seronok bertemu dengan Chef sebab bila tau aku orang Pahang terus keluar loghat Pahangnya.



Tapi kan korang..lagi 1 perkara aku nak highlightkan di sini..air yang dihidangkan di sini semuanya sedap-sedap belaka. Aku memang puas hati sungguh dengan seleksi pilihan air yang dihidangkan dan yang paling penting gelasnya besar jadi memang puas sangat minum dan tak perlu nak bangun banyak kali semata-mata nak tambah air..hehehe..aku haritu pilih air longan dan sirap selasih..memang umphh!


Kalau korang mencari tempat berbuka puasa, aku memang rekmenkan sangat PNB Perdana On The Park ni sebab korang akan mempunyai banyak pilihan..bukan sahaja makanan tapi juga restoran. Ye! selain Restoran 10 Binjai, terdapat lagi 1 restoran iaitu The 39 Restoran yang bukan sahaja menghidangkan pelbagai jenis masakan tetapi juga menghidangkan pemandangan bandaraya Kuala Lumpur yang cantik.

Antara hidangan yang dihidangkan di The 39 Restoran ialah Nasi Minyak Badam, Ayam Masak Merah, Daging Salai Percik, Ikan Pari Asam Pedas, Sotong Lemak Istimewa dan banyak lagi.

Kemudahan Untuk Para Pengunjung

PNB Perdana On The Park ni terletak di Jalan Binjai, bagi yang familiar dengan tempat ni akan tahu yang kawasan sekitar ni akan sesak menjelang waktu habis bekerja, jadi kalau korang teringin berbuka puasa di PNB Perdana On The Park tetapi tak nak mengambil risiko untuk terperangkap dalam kesesakan lalulintas, aku cadangkan korang datang menaiki LRT. 

Selasa lepas aku pun turut memilih untuk menaiki LRT sebab mudah bagi aku. PNB Perdana On The Park ni cuma terletak 5 minit je berjalan kaki ke stesen LRT Ampang Park. Memang dekat sangat-sangat. Tak sempat nak berpeluh dah sampai dah. Kalau nak ambil grab dari LRT Ampang Park untuk yang acah-acah diva tu pun boleh..cuma RM5 ringgit je tapi pada aku cam rugi je sebab memang dekat sangat berjalan kaki.




Selain kemudahan menaiki LRT, terdapat kemudahan surau yang luas dan selesa yang disediakan pihak PNB Perdana On The Park yang terletak di aras 5. Aku memang puji sangat kemudahan surau yang ada di sini sebab suraunya sangat luas dan selesa. Ni surau kedua yang terbaik selain yang terdapat di Hotel Impiana KLCC. Terus terang aku memang puji sangat kalau hotel menyediakan ruang solat yang luas dan selesa ni, jadi tak adalah para pengunjung bersesak ketika nak menunaikan solat Maghrib.

Selain itu, yang istimewanya  PNB Perdana On The Park ini adalah hotel yang berkonsepkan syariah Islam dan telah mendapat pengiktirafan HALAL dari JAKIM sejak tahun 2007 lagi.



Harga Buffet Ramadan

Harga buffet ramadan di PNB Perdana On The Park ini adalah seperti berikut :

1. Restoran 10 Binjai
Dewasa : RM92.00
Kanak-kanak : RM55.20 (dari umur 4-12 tahun)

2. The 39 Restoran
Dewasa : RM116.00
Kanak-kanak : RM69.60 (dari umur 4-12 tahun)

Untuk sebarang tempahan dan keterangan lanjut, bolehlah hubungi PNB Perdana On The Park di :
Restoran 10 Binjai : 03-74903838
The 39 Restoran : 03-74903939

Post a Comment

1 Comments